Followers

Wednesday, November 17, 2010

Majlis Makan Malam GB4B Prmtg Pauh bersama Penyelaras Parlimen Permatang Pauh

simbolik penyerahan kertas kerja dari GB4B Prmtg Pauh
kepada Dato Abd Jalil Majid














Beliawanis 4B , Kak Nora & Sakinah

antara AJK 4B Permatang Pauh yang hadir


ketibaan Dato Abd Jalil

menunggu kehadiran Dato Abd Jalil



Pada 13 /10/2010 yang lepas , telah diadakan satu majlis ringkas makan malam GB4B Permatang Pauh bersama Penyelaras Parlimen Permatang Pauh , Dato Abd Jalil Majid bertempat di Cinta Sayang Golf & Country Club , Sg Petani . Seramai 15 orang AJK Kawasan GB4B Permatang Pauh diketuai Sdr Amiruddin Abd Hamid hadir majlis berkenaan .

Di majlis itu juga, GB4B Permatang Pauh telah menyerahkan secara rasmi kertas kerja program belia untuk pertimbangan Dato Abd Jalil Majid selaku Penyelaras Parlimen Prmtg Pauh .

Terima kasih diucapkan kepada Dato Abd Jalil kerana sudi menjemput kami Belia 4B Prmtg Pauh menghadiri majlis makan malam ini .



Unit Media 4B Permatang Pauh
Kelab Cinta Sayang , Sg Petani



Thursday, November 11, 2010

Transformasi Belia 4B Tanah Liat Ke Kancah Politik



Barisan tetamu jemputan
Sdr Hilmi, Penggerak utama yang menarik golongan belia menyertai politik

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pmtg Pauh, Sdr Zaidi Mohd Said
Dato Abd Jalil Abd Majid, Ketua UMNO Bahagian Pmtg Pauh
45 borang ahli baru UMNO

Arena Baru, Cabaran Baru


Warga belia yang menyertai UMNO
Belia 4B Tanah Liat menerima sumbangan baju daripada Sdr Abd Aziz

Golongan Belia menyerahkan borang menyertai UMNO kepada Dato Abd Jalil Abd Majid


Pada 7hb November 2010, seramai 45 orang ahli Belia 4B Cawangan Tanah Liat telah menyerahkan borang untuk menyertai parti politik UMNO. Kemasukan mereka ini bertujuan untuk membantu masyarakat melalui platform politik pula setelah giat berkecimpung di dalam pertubuhan belia.

Majlis penyerahan borang kemasukan mereka kedalam UMNO telah disampaikan kepada Dato Abd Jalil Abd Majid, Ketua UMNO Bahagian Pmtg Pauh. Turut hadir ialah Sdr Zaidi Mohd Said, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pmtg Pauh, Cikgu Zaki Mohd Nor, Ketua UMNO Cawangan Kmpg Uma serta beberapa orang-orang penting UMNO Bahagian Pmtg Pauh serta orang-orang kampung Tanah Liat.

Dato Abd Jalil Abd Majid di dalam ucapannya berharap kemasukan ahli-ahli belia ini mampu membantu UMNO untuk melaksanakan tugas membantu masyarakat serta seterusnya mampu menarik lebih ramai warga belia untuk menyertai arena politik. Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO Bahagian, Sdr Zaidi mengucapkan tahniah kepada ahli-ahli belia yang telah membuat keputusan untuk menyertai parti politik kerana kata beliau pada masa kini kurang sekali anak-anak muda yang ingin mengambil berat tentang politik. Beliau berharap ini merupakan satu permulaan yang baik untuk melihat lebih ramai lagi golongan belia memainkan peranan mereka di dalam politik.


Kesemua ahli-ahli belia ini juga telah mendaftarkan diri mereka sebagai pemilih dan bakal menggunakan hak mereka di dalam PRU ke-13 yang akan datang. Syabas diucapkan kepada warga belia yang terlibat. BERGERAK!


Sekitar Mesyuarat Perwakilan Tahunan 2010 GB4B Negeri Pulau Pinang




Mesyuarat Perwakilan GB4B PP 2010 dirasmikan oleh
Pn Aishah , Pen Pengarah dari ICU JPM PP




antara perwakilan 4B yang hadir


ambil tempat awal perwakilan Prmtg Pauh



Sdr Amiruddin ketika menyampaikan ucapan usul



ketibaan 4B Prmtg Pauh di Hotel Vistana

Popular Posts