Followers

Tuesday, January 26, 2010

Kunjungan Mesra GB4B Permatang Pauh dengan Pegawai Jabatan Belia dan Sukan (SPT) yang baru

AJK GB4B Permatang Pauh bergambar bersama Tuan Razali


Pada 26-Jan-2010 baru2 ini AJK GB4B Kaw. Permatang Pauh telah membuat kunjungan ke pejabat Jabatan Belia dan Sukan (SPT) untuk bertemu-bual dengan pegawai yang baru iaitu Tuan Razali Bin Rashidi. Dalam pertemuan tersebut AJK GB4B telah disambut baik dari pihak jabatan,Tuan Razali telah berkata bahawa GB4B Permatang Pauh adalah gerakan NGO yang pertama yang menlakukan kunjungan keatas beliau setelah ditukar ke Jabatan Belia Dan Sukan (SPT).
Di dalam perbualan Pengerusi GB4B Sdr Amir dan juga AJK memberitahu bahawa GB4B Kaw.Pmtg Pauh dan Cawangan2 nya bergerak secara aktif untuk memajukan belia2 khususnya di Permatang Pauh dan juga GB4B telah mempunyai blognya sendiri untuk mereka lawati dan mengetahui perkembangan GB4B Permatang Pauh, bagi pihak Jabatan Belia dan Sukan (SPT) , mereka akan memberi kerjasama penuh kepada GB4B dalam program2 bersama yang akan diadakan dimasa hadapan.

Unit Media GB4B Permatang Pauh
Jabatan Belia dan Sukan (SPT)

Monday, January 25, 2010

Sejarah Tercipta: GB4B Taman Baru-Program Derma Darah dan Pemeriksaan Kesihatan

Bergambar kenangan bersama pemimpin
Daftar utk derma darah
mendapat sambutan orang ramai



Pameran Anti Dadah

Adun Sbg jaya merasmikan program
wakil GB4B kaw. Pmtg Pauh bersama Pengerusi GB4B Tmn. Baru

AJK GB4B juga menderma darah

Menjamu selera

Pemenang cabutan bertuah yg hadir


Cenderamata pada agensi terlibat
Sdr Anuar Zamani
Pemenang Rumah Bertuah

Makanan tghari disediakan

Kaunseling kesihatan

Sukaneka

Permata Hijrah

Kuanter daftar ahli GB4B

Tempat derma darah

Pameran JKJR

Daftar SPR

Pameran Cate@Teen(LPPKN)



Tahniah diucapkan kepada GB4B Kg. Taman Baru atas kejayaan julung kali menganjurkan Program Derma Darah dan Pemeriksaan Kesihatan di Kg. Taman Baru pada 24 Januari 2010 yang lalu. Dihadiri hampir seluruh komuniti kg dan pemimpin2 kawasan setempat.

Kata2 Pengerusi GB4B Kg. Taman Baru:-
“ Bersyukur kepada Allah Taala atas sedikit usaha GB4B kami, kami dapat mengumpul hampir keseluruhan penduduk2 di Taman Baru dan beramah-mesra sesama komuniti yang berbilang bangsa, kerana selama ini belum ada satu pun program dapat diadakan di sini...tetapi kali kami dapat menjayakan program ini julung kali dengan jayanya”
AJK GB4B Kaw. Permatang Pauh mengucapkan ‘Syabas’ atas kerja keras GB4B Kg.Taman Baru dan terutamanya kepada Pengerusi GB4B Kg. Taman Baru kerana dapat menjayakan program pertama kali yang besar dalam program GB4B dengan cemerlang bagi kawasan mereka. Hasil usaha keras mereka juga dapat mengumpul hampir keseluruhan belia2 dan penduduk2 kg. Taman Baru.

Unit Media GB4B Permatang Pauh
Kg. Taman Baru

Tuesday, January 19, 2010

BELIA MENUJU PILIHANRAYA UMUM 13


oleh : NOBISHA

Setahun dulu, saya menulis dalam blog ini perbualan dengan seorang anak gadis yang berusia awal 20an. Itulah kali pertama saya berbual dengannya, kami bertemu selepas saya muncul di Astro Awani, sewaktu saya minum petang bersama rakan-rakan.

Masih ingat lagi, pertanyaan saya, "Parti manakah yang akan kamu pilih dalam PRU13 nanti?"

Dia masih muda. Belum pernah mengundi sebelum ini. Saya tak pasti adakah dia telah mendaftar sebagai pengundi atau tidak. Namun tanpa ragu, dia segera menjawab, "Pakatan Rakyat."

Anak gadis itu cukup yakin dengan jawapannya. Dia tidak malu-malu menyatakan sokongan kepada parti tersebut.

Setahun berlalu; dan secara kebetulan saya berjumpanya sekali lagi baru-baru ini. Saya ajukan soalan yang sama. Kali ini dia mengambil masa yang agak lama untuk menjawab.

"Pakatan Rakyat?" tanya saya.

Dia menggeleng-gelengkan kepala.

"Barisan Nasional?" tanya saya sekali lagi.

Dia senyum, tetapi tidak mengangguk.

"Semuanya sama saja. Masing-masing gila kuasa," kata anak gadis itu.

Entahlah, saya tidak tahu adakah pendapat beliau itu boleh dianggap sebagai kesimpulan pandangan masyarakat terhadap politik dan pemimpin politik Malaysia. Bagaimanapun, komentar anak-anak muda dalam Facebook saya apabila diajukan soalan yang hampir sama memberikan jawapan yang hampir serupa.

Inilah komen yang ditinggalkan dalam Facebook saya:
"Kini politik perpecahan. Tidak ada usaha dari kedua-dua belah pihak untuk mencari titik pertemuan dan berjuang untuk rakyat. Politik kini ialah politik benci dan politik mencari aib."

"Politik Malaysia sudah berada di tahap tepu dan memualkan. Cuma belum muntah saja lagi!"

"Pemerintah dengan pembangkang sama saja, menghabiskan beras."

"Politik cacamerba. Letih kalau melayannya."

"Siapa yang kalah, siapa yang menang? Pandangan saya, akhirnya nanti semuanya kalah."

Itu sebahagian pandangan mereka. Sekiranya pemimpin politik kita ingin tahu pandangan rakyat, itulah pandangan mereka. Pemimpin politik boleh memilih untuk mendengar atau memekakkan telinga.

Dalam PRU12 lalu, PKR, DAP dan PAS mendapat undi kerana berjaya meyakinkan rakyat bahawa Barisan Nasional tidak baik. Slogan "ABU" dicanang -- "Asalkan Bukan UMNO", undilah. Ini merupakan strategi menolak Barisan Nasional dan mereka berjaya dalam PRU12 lalu. Barisan Nasional hilang majoriti dua pertiga di Parlimen.

Rakyat tidak jelas apakah yang ditawarkan oleh PKR, DAP dan PAS. Manifesto pilihanraya banyak yang tidak dapat dilaksanakan. Jalan keluar? Salahkan Barisan Nasional; hinggakan sekarang sudah menjadi lawak jenaka kalau ayam kena langgar kereta pun, salahkan Barisan Nasional kerana membina jalanraya!

Inilah yang berlaku. Selepas 19 tahun memerintah, Kerajaan PAS Kelantan masih menyalahkan Barisan Nasional dalam kes di mana Mahkamah Tinggi Kota Baru mengarahkan kerajaan negeri membayar RM800 juta kepada syarikat Timbermine Sdn Bhd akibat pelanggaran perjanjian.

Orang berjaya memberikan hasil, orang gagal memberikan alasan. Saya teringat bagaimana Dato' Seri Tony Fernandes membeli Air Asia dari DRB-Hicom. Dia membeli syarikat penerbangan itu dengan harga token RM1 dan memikul semua liabiliti syarikat. Hari ini, Air Asia menjadi salah sebuah syarikat yang berjaya. Kita tidak mendengar Tony Fernandes menyalahkan DRB-Hicom.

Apabila PAS menawarkan diri dalam pilihanraya untuk membentuk kerajaan, adakah ia tidak tahu bahawa ia harus menguruskan sebuah kerajaan -- termasuklah aset dan liabiliti? Selepas 19 tahun, sepatutnya apa sahaja masalah ditangani oleh parti itu yang menerajui Kerajaan Kelantan. Menjadi kerajaan bukan hanya untuk mengambil kredit apa yang berlaku, tetapi juga liabiliti yang datang bersama-samanya.

Dalam PRU12 lalu, PKR, DAP dan PAS mengeluarkan manifesto yang berbeza di negeri yang berbeza. Banyak janji-janji dalam manifesto itu tidak ditunaikan. Salah siapa tak dapat laksanakan? Sekali lagi, salahkan Barisan Nasional.

DAP, umpamanya, berjanji untuk mengadakan pilihanraya tempatan sekiranya memerintah. Itu tidak dilakukan. Salahkan Barisan Nasional kerana Akta Kerajaan Tempatan 1976. Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata kepimpinan Pakatan Rakyat sepakat bahawa pilihanraya tempatan tidak akan diadakan.

Adakah pemimpin Pakatan Rakyat tidak mempunyai kehebatan pemikiran untuk merumuskan strategi bagaimana mewujudkan satu sistem di mana rakyat boleh memilih ahli majlis PBT tanpa melanggar peruntukan akta itu? Atau, adakah mereka mengambil manfaat kewujudan Akta Kerajaan Tempatan 1976 untuk memberikan ganjaran politik (political reward) kepada penyokong parti masing-masing sama seperti yang dilakukan oleh Barisan Nasional sebelum ini?

Sekiranya Pakatan Rakyat mengharapkan untuk bermain sentimen kebencian kepada Barisan Nasional untuk menang PRU13, saya fikir elok mereka memikirkan semula strategi itu. Ketiga-tiga parti itu mengetuai kerajaan negeri dan rakyat ingin melihat bagaimana mereka mentadbir, bukannya kehebatan menyerang parti lawan semata-mata.

Rakyat melihat bagaimana selepas mendapat kuasa, PKR dan PAS menghadapi masalah dalaman parti. Wakil rakyat PKR melompat seorang demi seorang di Perak, Kedah dan Selangor. Wakil rakyat Bebas yang kemudiannya masuk PKR (Bukit Selambau) terpaksa meletakkan jawatan Exco Kerajaan Negeri Kedah kerana masalah peribadi. Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang meletakkan jawatan ADUN dan pilihanraya kecil terpaksa diadakan. Kemuncak kepada siri perletakan jawatan ialah apabila Setiausaha Agung PKR Dato' Salehudin Hashim meletakkan jawatan tersebut.

PAS juga bergolak teruk. Pertembungan kumpulan Erdogan dan bukan Erdogan (istilah yang diberikan oleh blogger penyokong PAS sendiri) yang memuncak sewaktu Muktamar PAS 55 tahun lalu sampai sekarang belum reda. Dari satu isu ke satu isu, ada saja perbalahan antara mereka. Mursyidul Am PAS, Dato' Nik Aziz Nik Mat turut terpalit apabila isu-isu membabitkan menantunya didedahkan kepada umum. Politik adalah persepsi. Persepsi masyarakat sekarang ialah PAS hari ini sudah jauh berubah dari sebelumnya.

Pada masa yang sama, Barisan Nasional juga tidak bertambah baik. Pemimpin MCA masih bertelagah (adakah ini wayang atau tidak, itu soal lain), dan masyarakat India belum kembali kepada MIC walaupun dalam pilihanraya kecil Bagan Pinang mereka memberikan undi yang besar kepada Barisan Nasional.

Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak telah mengambil beberapa inisiatif bagi meningkatkan sistem penyampaian rakyat dengan memperkenalkan KPI dan NKRA bagi sektor awam. Insiatif ini sedikit-sebanyak mengubah persepsi rakyat kepada kerajaan. Bagaimanapun, parti UMNO masih belum banyak berubah selepas PRU12.

Walaupun dalam Perhimpunan Agung UMNO lalu, perwakilan bercakap soal perubahan, namun sehingga kini rakyat belum melihat perubahan yang ketara. Pada masa yang sama, Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional dilihat tidak menjalankan tugas sebagai anggota legislatif dengan baik apabila Bajet 2010 diluluskan dengan undi 63 - 60, majoriti paling tipis dalam sejarah negara. Sekiranya beberapa orang Ahli Parlimen PKR, DAP dan PAS tidak ponteng sidang Dewan, tidak mustahil pengundian itu berakhir dengan kekalahan kepada kerajaan.

Selepas hampir dua tahun, inilah politik yang dilihat oleh rakyat. Agak menarik untuk melihat bagaimanakah parti-parti politik Malaysia yang dilanda pelbagai masalah ini keluar dari masalah tersebut menjelang PRU13 nanti. Masanya tidak lama; dua tahun atau mungkin kurang dari itu.

Saya ingin untuk bertemu semula dengan anak gadis 20an itu setahun dari sekarang; berharap untuk bertanya soalan yang sama untuk kali ketiga: "Parti manakah yang akan kamu pilih dalam PRU13 nanti?"

Sunday, January 17, 2010

Program memasak Bubur Asyura GB4B Sinar Jaya Kg Pelet

AJK GB4B Kawasan Prmtg Pauh juga hadir





proses membungkus bubur asyura untuk
diagihkan kepada ahli dan penduduk
kampung








Bendahari Cawangan, Sdr Hamizan memasak
nasi untuk jamuan tengahari berserta
gulai pisang

Pada 17/1/2010 , GB4B Cawangan Sinar Jaya menganjurkan program kemasyarakatan di kampung iaitu memasak bubur asyura di rumah Pengerusi GB4B Cawangan , Sdr Syamsuri . Program ini mendapat sambutan menggalakan oleh belia kampung dan penduduk yang sama-sama bergotong-royong memasak bubur asyura dan juga sedikit jamuan tengahari .
Bubur asyura ini dibungkuskan dan diagihkan kepada ahli belia dan penduduk sekitar kampung .


Pengerusi dan AJK Gerakan 4B Permatang Pauh mengucap "Tahniah dan Syabas" kepada Pengerusi GB4B Sinar Jaya Kg Pelet kerana berjaya mengadakan program ini bersama belia dan masyarakat kampung.


" Semoga GB4B Sinar Jaya Kg Pelet akan terus bersinar "



Unit Media GB4B Prmtg Pauh
Kampung Pelet

Thursday, January 14, 2010

Tawaran kepada semua ahli-ahli belia & beliawanis GB4B

Program - program Belia Antarabangsa:-

1) Ship for South East Asia Youth Programme
2) M'sia - Fukuoka Youth Exchange Programme
3) M'sia - Indonesia Youth Exchange Programme
4) M'sia - Korea Youth Exchange Programme
5) M'sia - S'pore Youth Camp
6) Program2 Asean
7) Program2 CYP
8) Lain2 program antarabangsa yang berkaitan
9) KLD Tunas Samudera (kelayakan umur <30 thn, tahu berenang & tidak mabuk laut)

* program 1 - 8 had umur <30 thn, fasih berbahasa Inggeris)

Sesiapa berminat dapatkan borang di Pejabat Belia Dan Sukan Daerah/Kawasan masing-masing .

sumber : GB4B Malaysia

Program Kempen Derma Darah dan Pemeriksaan Kesihatan



Pada : 24 Januari 2010 ( Ahad )

Tempat: Perkarangan Dewan orang ramai Taman Baru , Seberang Jaya

Jam : 9.00 pagi - 2 .00 petang

Anjuran : GB4B Permatang Pauh , Pusat Khidmat Yb Arif Shah , MayCare, JKKKP , JKKK


CABUTAN BERTUAH & PAMERAN MENANTI ANDA


9.00pg - Ketibaan Orang Ramai

- Majlis Bermula

- Pemeriksaan Kesihatan

- Kempen Derma Darah

- Pameran

10.30pg - Ucapan Aluan oleh Pengerusi Belia 4B Cawangan Taman Baru

- Ucapan oleh Pengerusi Belia 4B Kawasan Permatang Pauh

- Ucapan Perasmian Program Kempen Derma Darah &

Pemeriksaan Kesihatan Oleh:

YB Datuk Ariff Shah Hj Omar Shah

ADUN Kawasan Seberang Jaya, Majlis Perpaduan dan Kebajikan Rakyat

Negeri Pulau Pinang (MPKRPP)

- Penyampaian Sijil Penghargaan Kepada Agensi Yang Terlibat

- Cabutan Bertuah

12.00tgh - Jamuan Tengahari

2.00ptg - Majlis Tamat

Monday, January 11, 2010

Sekitar Gotong-Royong Bubur Asyura

Surau Permatang TengahBelia2 GB4b
tengah mengacau bubur Asyura

Bahan2 bubur asyura
belia2 sedang memasak gulai nangka

Sdr Ridzuan sedang mengoreng ikan masin

AJK GB4B Permatang Pauh

Khemah penyediaan bahan2 bubur Asyura

Bubur asyura yang sudah masak



Sewaktu makan tengah hari diperhatikan sdr Hakim




Pada 10-01-2010, satu lagi program bersama masyarakat dapat dijayakan oleh dua GB4B di Surau Permatang Tengah, program ini mendapat sambutan mengalakkan daripada belia2 dan penduduk2 setempat. Program ini juga di hadir oleh Ketua Bahagian Permatang Pauh, Dato Jalil.


Pengerusi PB4B Permatang Janggus, Sdr Ridzuan berkata:-

"Program seperti ini amat baik untuk masyarakat setempat kerana mampu mengeratkan hubungan diantara belia muda dan orang yang lebih tua dan juga mampu mengeratkan hubungan silaturahim sesama jiran Permatang Tengah dan Permatang Janggus"


Pengerusi GB4B Permatang Tengah, Sdr Hazarul juga berkata:-

"Seharusnya program beginilah harus selalu dianjurkan untuk mengerat hubungan sesama jiran kampung dan saya merasa bangga program ini dapat berjalan dengan baik, apa yang telah dirancang"


Pengerusi dan AJK Gerakan 4B Permatang Pauh mengucap "Tahniah dan Syabas" kepada Pengerusi2 GB4B Permatang Tengah dan GB4B Permatang Janggus kerana kali pertama mengadakan program bersama masyarakat dan telah berjaya mengumpul ramai belia2 dan penduduk2 sekitar Permatang Tengah dan Permatang Janggus.



Unit Media GB4B Permatang Pauh
Surau Kampung Permatang Tengah

Sunday, January 10, 2010

Kejohanan Futsal Terbuka Piala Pemuda 1 Malaysia 2010


YB Datuk Razali bersama Ketua UMNO Bagan ,
KP Pemuda UMNO Bagan dan KP UMNO PP

team GB4B Permatang Pauh turut hadir



Sdri Nor Azah menerima sumbangan daripada
YB Datuk Razali mewakili GB4B Negeri PP




sepak mula oleh YB Datuk Razali , Naib Ketua
Pemuda UMNO Malaysia menandakan perasmian
kejohanan futsal ini










kaunter urusetia futsal dikelolakan Pemuda UMNO Bagan


kaunter SPR juga dibuka untuk golongan muda
yang ingin mendaftar menjadi pengundi



Hari ini 10 Januari 2010 bertempat di Safira Sport Futsal , berlangsungnya Kejohanan Futsal Piala Pemuda 1 Malaysia anjuran Pemuda UMNO Bagan , Gerakan Belia 4B Bagan dan Gerakan Belia 4B Negeri Pulau Pinang. Kejohanan mendapat sambutan cukup menggalakan dari seluruh negara dengan pernyertaan 104 pasukan yang akan bermain format secara liga.

Syabas buat Pemuda UMNO Bagan dan GB4B Pulau Pinang yang menganjurkan kejohanan fitsal yang besar seperti ini .
1 Belia 1 Malaysia


Unit Media GB4B Prmtg Pauh
Safira Sport Futsal ,Seberang Jaya

Popular Posts