Followers

Monday, July 19, 2010

Mesyuarat Agung GB4B Prmtg Pauh & MoU dengan Kolej Komuniti Bkt Mertajam


MoU GB4B Prmtg Pauh - Kolej Komuniti Bkt Mertajam .


En Amiruddin menandatangani MoU sambil disaksikan
Pn Jamilah Awang , Pengerusi Beliawanis GB4B PP





perwakilan yang hadir


Sdr Amiruddin Abd Hamid, Pengerusi Gb4B Prmtg Pauh


En Ryzal , wakil dari Kolej Komuniti Bkt Mertajam


En Razali Abd Rashid menyampaikan ucapan


mesyuarat agung GB4B dimulakan

Pada 4 Julai 2010 lepas , Mesyuarat Agung Tahunan GB4B Kawasan Permatang Pauh 2010 telah diadakan di dewan kuliah Kolej Komuniti Bukit Mertajam . Lebih istimewa lagi pada mesyuarat kali ini , GB4B Permatang Pauh menandatangani perjanjian persefahaman ( MoU) dengan pihak Kolej Komuniti Bukit Mertajam bagi mendekati golongan muda melalui program penganjuran berorientasikan pembangunan belia .

Majlis ini disempurna kan oleh Pengerusi GB4B Prmtg pauh Sdr Mohd Amiruddin Abd Hamid dan Ketua Jabatan Kolej Komuniti , En Rizal Kasryno Ghazali . Ia disaksikan Pegawai Belia dan Sukan SPT , Razali Abd Rashid dan Pengerusi Beliawanis Gb4B PP , Pn Jamilah Awang .

" Kerjasama ini diharap diharap dapat merintis kerjasama lebih erat antara NGO belia seperti GB4B dengan kolej awam dan swasta dalam mengadakan program belia " katanya ketika di sidang media .

Pada masa yang sama , kerjasama ini dilihat sebagai permulaan yang baik dalam membuka peluang kepada golongan belia untuk melanjutkan pelajaran di kolej berkenaan melalui kursus yang ditawarkan .

" Kerjasama yang dijalankan ini merupakan satu cabang yang baik dalam kita mengeratkan lagi perhubungan antara NGO dengan kolej komuniti selain membantu golongan belia dalam mendapatkan ilmu di sini ."

Di samping itu , ia juga dapat menjimatkan kos dari segi tempat jika kami ingin mengadakan aktiviti memandangkan bantuan yang disalurkan kepada pertubuhan belia telah dikurangkan .



Unit media GB4B Prmtg Pauh
Kolej Komuniti Bkt Mertajam

Sunday, July 4, 2010

Kempen Bumi Hijau

majlis penyampaian bungkusan kempen Bumi Hijau
berupa baja , skop ,benih sayur secara percuma kepada
belia2 yang hadir


menu utama ikan keli bakar

Pegawai Pertanian Daerah SPT menyampaikan
ucapan



barisan jawatankuasa 4B Prmtg Pauh yang hadir
serta AJK 4B negeri, Sdr Syed Harun





ceramah mengenai perniagaan ikan keli organik



Pada 27hb June 2010 lepas, Jabatan Pertanian Negeri PP dengan kerjasama GB4B Prmtg Pauh telah menganjurkan program Kempen Bumi Hijau di bilik gerakan GB4B Cawangan Mengkuang Semarak .

Program ini bertujuan menggalakkan para belia menerokai bidang usahawan pertanian disamping berkempen menanam pokok bagi menghijaukan semula bumi kita. Selain itu , sebuah syarikat Bumiputra dari Melaka yang menjalankan perniagaan ikan keli organik juga turut sama memberi penerangan mengenai cara mengusahakan peniagaan yang memberi pulangan yang lumayan ini .

Turut sama hadir ke majlis ini adalah Sdr Shukri selaku Pengerusi Gerak Asas Tani Negeri PP dan juga Sdr Syed Harun AJK GB4B Negeri PP . Syabas kepada GB4B Prmtg Pauh yang terus aktif dengan aktiviti2 bersama belia Permatang Pauh ..




Unit Media GB4B Permatang Pauh
Bilik GB4B Mengkuang Semarak

Sekitar Hari Belia Negara Peringkat Negeri Pulau Pinang 2010 di Stadium Bt Kawan

kaunter GB4B Negeri Pulau Pinang

pameran BOMBA


auto show di Hari Belia Negara

proton wira club

Popular Posts