Followers

Wednesday, September 15, 2010

Pelancaran KOPERASI PERWARIS PERMATANG PAUH




Kepada semua Pengerusi cawangan2, belia2 dan beliawanis2 Gerakan Belia4B (Caw) di Permatang Pauh dipelawa untuk menjadi anggota KOPERASI PEWARIS PERMATANG PAUH yang baru ditubuhkan pada bulan Ramadhan yang lalu baru2 ini, yang berminat sila print borang di atas dan isi butir-butiran anda dan hantarkan bersama-sama wang Pendartaran RM 10 dan Modal Syer RM50 kepada:-

Mohd Amiruddin Bin Hj Abd Hamid (Pengerusi Gerakan Belia 4B Kawasan Permatang Pauh)
Tel: 016-4541902
Mohd Hilmi Bin Elias (Setiausaha Gerakan Belia 4B Kawasan Permatang Pauh)
Tel: 012-4419941
Untuk keterangan yang lebih jelas berkenaan KOPERASI PEWARIS PERMATANG PAUH sila hubungi Pengerusi Gerakan Belia 4B Kawasan Permatang Pauh seperti diatas.

Thursday, September 9, 2010











Kepada semua belia2 dan beliawanis2 4B di Permatang Pauh, dengan kesempatan ini AJK GB4B Kaw Permatang Pauh ingin mengucapkan


" Selamat Hari Raya Aidil Fitri...Maaf Zahir & Batin"


dan berbahagia bersama keluarga,sanak-saudara di hari raya ini...dan berhati-hati dijalan raya...ketika mengunjung kawan2 dan sanak saudara...



Friday, September 3, 2010

GB4B Malaysia bantah insiden membakar Jalur Gemilang

GB4B Malaysia bersama Pemuda UMNO dan NGO lain
membuat bantahan insiden membakar Jalur Gemilang
di kedutaan Malaysia di Indonesia .


Pemuda Umno serta empat NGO, termasuk Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menyerahkan nota bantahan kepada Kedutaan Besar Indonesia, berhubung insiden membakar dan mengotorkan Jalur Gemilang oleh sekumpulan rakyat republik itu.
Nota tersebut diserahkan kepada wakil kedutaan tersebut, Widyarka Ryananta selepas mengadakan pertemuan selama setengah jam. Wakil Pemuda Umno, PERKASA, Belia 4B dan Gerakan Kebangkitan Rakyat (GERTAK) dibenarkan memasuki kedutaan tersebut pada kira-kira jam 3 petang. Mereka terdiri daripada exco Pemuda Umno, Rizalman Datuk Mokhtar, Tengku Azman Zainul Abidin; ketua wira PERKASA, Arman Adzhar Abu Hanifah; Presiden Belia 4B, Mu'ammar Gadaffi dan presiden GERTAK, Razali Idris. Kira-kira 20 anggota polis ditugas di situ ketika kira-kira 25 penyokong Pemuda Umno dan NGO berkenaan, hadir untuk menyerahkan nota bantahan tersebut. Dalam satu akhbarnya, Rizalman berkata, mereka menyifatkan tindakan membakar dan mengotor Jalur Gemilang sebagai satu provokasi melampau.







Dalam pertemuan tersebut, katanya, mereka menyatakan kekesalan mereka kepada pihak kedutaan mengenai insiden tersebut. Menurutnya apa yang berlaku itu "seolah-olah tiada jalan penyelesaian dan seolah-olah ia menjadi perkara tahunan setiap kali Indonesia menyambut kemerdekaan". Sehubungan itu, katanya, mereka menggesa pihak berkuasa Indonesia supaya menghentikan segera apa yang berlaku sekarang. Dalam pertemuan itu juga, katanya, wakil kedutaan tersebut, menjelaskan pandagnan dan senario yang berlaku di Jakarta. Katanya, mereka juga berharap pertemuan menteri luar kedua negara di Kota Kinabalu Isnin ini akan dapat menyelesaikan masalah antara Malaysia dan Indonesia.

Sementara itu, nota bantahan tersebut antara lain menegaskan bahawa mereka tidak berniat untuk mencampuri urusan pemerintah Indonesia, tetapi atas rasa tanggungjawab serta cinta kepada negara Malaysia.

Nota menegaskan bahawa tindakan berterusan kumpulan Benteng Demokrasi Rakyat (BENDERA) yang membakar Jalur Gemilang dan cubaan menceroboh Kedutaan malaysia, termasuk menghalau rakyat Malaysia, merupakan tindakan biadap yang langsung tidak menghormati kedaulatan Malaysia.

Oleh itu, mereka meminta kepimpinan politik di Indonesia agar memahami dan menghormati undang-undang Malaysia dan berhenti mengeluarkan kenyataaan yang bersifat provokasi yang boleh memburukkan lagi keadaan.

"Menjadi harapan kami agar pemerintah Indonesia mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap kumpulan BENDERA supaya menghentikan segala bentuk provokasi melampau terhadap rakyat Malaysia umumnya dan negara Malaysia khasnya.

"Dalam kontek ini, pemerintah Indonesia perlu memainkan peranan yang lebih dalam menghalang dan menghentikan tindakan melampau Kumpulan BENDERA secara total.

"Kita khuatir jika kerajaan Indonesia tidak mengambil langkah segera, perkara ini boleh menjejaskan hubungan baik kedua negara, malah bakal memberi pelbagai kesan buruk yang merugikan kedua-dua pihak.

"Kami percaya sebarang isu atau perasaan ketidakpuashatian yang wujud antara dua negara, hendaklah diselesaikan melalui hubungan diplomatik yang ada tanpa mengguris hati rakyat kedua negara," nota bantahan itu dipetik.

Popular Posts