Followers

Friday, January 21, 2011

PM lancar Dana Belia 1Malaysia bernilai RM20 juta

KUALA LUMPUR 21 Jan. - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan Dana Belia 1Malaysia bernilai RM20 juta iaitu geran di bawah syarikat pembangunan strategik milik kerajaan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Dana itu bertujuan mewujudkan platform kepada generasi muda berumur antara 15 hingga 40 tahun untuk menzahirkan idea, kreativiti dan harapan mereka menerusi projek-projek yang mempromosikan pembangunan belia dan semangat perpaduan. - Dari Utusan Malaysia Online

Monday, January 17, 2011

Perdana Menteri dijangka lancar Dana Belia 1Malaysia Jumaat ini

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dijadual melancarkan Dana Belia 1Malaysia berjumlah RM20 juta, Jumaat ini dan beliau juga akan mengumumkan butiran lanjut bagaimana ia boleh dimanfaatkan.

Perdana Menteri berkata demikian dalam video terbaru www.1malaysia.com hari ini sebagai menjawab soalan Danial Fahmi di #tanyanajib. Danial menyoal perdana menteri jika ada pembangunan lanjut untuk belia bagi mencapai potensi mereka dan membantu menghapuskan masalah sosial. "(Dana tersebut ialah) secara dasarnya satu idea yang perlu kita lakukan sebagai insentif kepada belia menjalankan projek pilihan mereka selagi ia selari dengan tema nasional 1Malaysia kita," kata Najib.

Beliau berkata, idea dana itu dibangkitkan pada makmal belia tahun lalu.

Kerajaan memperuntukkan RM20 juta untuk dana 1Malaysia bagi pembangunan belia di bawah Bajet 2011. - BERNAMA

Popular Posts