Followers

Thursday, October 30, 2014

Gambar barisan AJK 4B Kawasan Permatang Pauh


Semalam diadakan mesyuarat AJK 4B Kawasan Pmtg Pauh di Pejabat Belia & Sukan SPT.

Selain membincangkan agenda aktiviti yang bakal diadakan bulan November ini ,  penyampaian baju korporat rasmi AJK 4B turut diadakan .

Turut dijemput hadir mantan Pengerusi GB4B Pmtg Pauh Sdr Amiruddin Hj Abd Hamid .

BERGERAK !





Wednesday, October 29, 2014

Ketua Beliawanis mengikuti bengkel pengurusan gelanggang futsal


Tahniah kepada Ketua Beliawanis Pn Noranizawati   kerana menjadi peserta tunggal wanita yang  menjalani bengkel pengurusan gelanggang futsal di Kompleks Belia & Sukan Batu Uban anjuran Kementerian Belia & Sukan .

Bengkel  ini bertujuan  membantu beliau dalam menguruskan gelanggang futsal yang telah  dibina di Mengkuang Semarak atas usaha Gerakan Belia 4B Permatang Pauh .

Friday, August 29, 2014

UMNO BERI SUMBANGAN UNTUK AKTIVITI GB4B PERMATANG PAUH


24.8.2014 -  Gerakan Belia 4B Permatang Pauh menerima peruntukan RM3 RIBU  oleh UMNO Permatang Pauh yang disampaikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Permatang Pauh .

Terima kasih kepada Ketua Bahagian Cikgu Mohd Zaidi ..



Thursday, August 28, 2014

SOLIUDARITI BELIA 4B PERMATANG PAUH DI PERHIMPUNAN KASIH GAZA


27 Julai 2014 -  GB4B Permatang Pauh turut bersolidariti di Perhimpunan Kasih GAZA di Masjid Bandar Perda bersama NGO Islam yang lain di P.Pinang . #saveGAZA





Thursday, July 10, 2014

Belia 4B Permatang Pauh buat laporan polis kenyataan Ramasamy




BUKIT MERTAJAM - Selepas bekas Pengarah JSJ Tan Sri Zaman Khan membuat laporan polis terhadap Ramasamy yang mengeluarkan kenyataan berunsur subversif mengancam keselamatan dan keamanan negara , Pemuda UMNO & Gerakan Belia 4B Permatang Pauh turut membuat laporan di IPD Bandar Perda semalam .

 Laporan dibuat oleh Ketua Pemuda Abu Bakar Sidekh manakala Sdr Hilmi Elias mewakili Gerakan Belia 4B Pmtg Pauh . Mereka mendesak Polis menyiasat kenyataan Ramasamy ini yang boleh mengugat ketenteraman dan keselamatan negara & dikenakan tuduhan di bawah akta Hasutan .







Program Santai Ihya Ramadhan 2014


 Pada 9 Julai baru -baru , Ahli Jawatankuasa 4B Pmtg Pauh mengadakan program santai di Route 69 selepas solat Tarawikh .

Selain mengeratkan silaturahim  sesama rakan belia ,  ia turut membincangkan beberapa  program 4B akan dilaksanakan pada bulan Ramadhan .



Sunday, July 6, 2014

PERTANDINGAN BOWLING ANTARA 4B BUKIT MERTAJAM & PERMATANG PAUH



Pada 28 Jun yang lalu telah diadakan pertandingan bowling antara AJK Belia 4B Kawasan Permatang Pauh dengan AJK Belia  4B Bukit Mertajam di GIANT Kulim  yang bertujuang mengeratkan silaturahim sesama ahli belia serta kawasan lain .  

Tahniah kepada semua yang sertai !!










BELIA 4B PERMATANG PAUH GOTONG ROYONG SELAMI HATI RUMAH ANAK YATIM PERMATA KASIH




PERMATANG PAUH 4 Mei - Seorang lulusan bidang kejuruteraan elektronik sanggup melupakan cita-cita menjadi guru selepas memilih berbakti kepada masyarakat dengan membuka rumah anak yatim.

Subiha Safar dan suaminya, Wan Mohd. Shahrun Wan Mohd. Nasir yang masing-masing berusia 31 tahun berkata, dia tidak pernah terfikir menjadi ‘ibu’ kepada 25 anak-anak yatim yang kini berada di bawah tanggungjawabnya kerana bercadang mengejar cita-cita sebagai pendidik selepas tamat belajar di Politeknik Seberang Perai.

“Semuanya berlaku secara tiba-tiba lebih lapan tahun lalu apabila saya secara tidak sengaja memelihara tiga kanak-kanak yang kematian ibu bapa dan selepas itu bertambah lagi kepada beberapa orang," katanya.

Subiha ditemui dalam program Selami Hati Bersama Rumah Anak Yatim Permata Kasih dan gotong-royong anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Permatang Pauh di Pusat Jagaan Permata Kasih, di sini hari ini.



Sempena program itu, lebih 40 anggota Pemuda UMNO bersama Gerakan Belia 4B Permatang Pauh & Cawangan  Kampung Padang Temusu membersihkan kawasan persekitaran rumah teres dua tingkat berkenaan selain menyampaikan sumbangan seper­ti barangan makanan, bantal dan sumbangan wang tunai berjumlah RM4,190.

Rumah berkenaan yang dibuka sejak 2010 di Taman Pauh Jaya dekat sini, ketika ini menjadi tempat berteduh kepada sebanyak 23 pelajar perempuan berusia antara tujuh hingga 12 tahun manakala pelajar lelaki tinggal di sebuah rumah lain yang terletak tidak jauh dari situ.



Menceritakan cabaran yang ditempuhinya, Subiha berkata, selain perbelanjaan meningkat, dia juga perlu bijak mengawal emosi dan membahagikan masa sebaik­nya kerana turut mempunyai lima anak sendiri.

“Saya pernah menangis tetapi bukan di hadapan mereka kerana berasa sangat sedih kerana salah seorang anak-anak yatim ini meluahkan kerinduan kepada ibu bapa kandung yang meninggal dunia.

“Tetapi apabila memikirkan tugas ini sebagai tanggungjawab, saya bertekad menjadi kuat dan memberi sepenuh kasih sayang kepada mereka," katanya.

Tambahnya, pada permulaan operasi, dia dan suami yang meng­usahakan perniagaan sewa kereta secara kecil-kecilan tidak berasa beban kewangan kerana hanya menjaga beberapa orang anak yatim.
Tetapi katanya, keadaan berubah selepas jumlah kanak-kanak yang berada di bawah jagaan mereka semakin bertambah.

“Sekarang, setiap bulan kami memerlukan sekitar RM11,800 untuk operasi yang merangkumi bayaran sewa rumah dan kenderaan, makanan dan minuman, bil elektrik dan air, barangan keperluan diri, rawatan kesihatan, pendidikan kanak-kanak serta bayaran sagu hati untuk tiga petugas," katanya.

Dalam keadaan itu, katanya, dia bersyukur kerana ada pihak yang prihatin dan sentiasa tampil menghulurkan pelbagai sumbangan.

“Jika niat kita baik, Allah akan membantu dengan memberi rezeki. Sebelum ini, pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) pernah datang mengecat rumah dan hari ini, saya berterima kasih kepada Pemuda UMNO yang sudi datang melawat dan memberikan bantuan," katanya.
Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO Bahagian, Abu Bakar Sidekh Zainul Abidin berkata, pihaknya mengambil keputusan menjadikan Pusat Jagaan Permata Kasih itu sebagai anak angkat bagi meme­nuhi tanggungjawab sosial kepada masyarakat.

Menurut beliau, pihaknya akan memberi bantuan RM500 setiap bulan untuk membantu pemiliknya menguruskan rumah itu.

“Pada masa yang sama, saya akan berusaha mendapatkan bantuan daripada pelbagai pihak lain untuk kegunaan pendidikan anak-anak di sini dan kami juga menyeru orang ramai turut memberi sumbangan," katanya.


Popular Posts