Followers
Thursday, July 10, 2014
Belia 4B Permatang Pauh buat laporan polis kenyataan Ramasamy
BUKIT MERTAJAM - Selepas bekas Pengarah JSJ Tan Sri Zaman Khan membuat laporan polis terhadap Ramasamy yang mengeluarkan kenyataan berunsur subversif mengancam keselamatan dan keamanan negara , Pemuda UMNO & Gerakan Belia 4B Permatang Pauh turut membuat laporan di IPD Bandar Perda semalam .
Laporan dibuat oleh Ketua Pemuda Abu Bakar Sidekh manakala Sdr Hilmi Elias mewakili Gerakan Belia 4B Pmtg Pauh . Mereka mendesak Polis menyiasat kenyataan Ramasamy ini yang boleh mengugat ketenteraman dan keselamatan negara & dikenakan tuduhan di bawah akta Hasutan .
Program Santai Ihya Ramadhan 2014
Pada 9 Julai baru -baru , Ahli Jawatankuasa 4B Pmtg Pauh mengadakan program santai di Route 69 selepas solat Tarawikh .
Selain mengeratkan silaturahim sesama rakan belia , ia turut membincangkan beberapa program 4B akan dilaksanakan pada bulan Ramadhan .
Sunday, July 6, 2014
PERTANDINGAN BOWLING ANTARA 4B BUKIT MERTAJAM & PERMATANG PAUH
Pada 28 Jun yang lalu telah diadakan pertandingan bowling antara AJK Belia 4B Kawasan Permatang Pauh dengan AJK Belia 4B Bukit Mertajam di GIANT Kulim yang bertujuang mengeratkan silaturahim sesama ahli belia serta kawasan lain .
Tahniah kepada semua yang sertai !!
BELIA 4B PERMATANG PAUH GOTONG ROYONG SELAMI HATI RUMAH ANAK YATIM PERMATA KASIH
PERMATANG PAUH 4 Mei - Seorang lulusan bidang kejuruteraan elektronik sanggup melupakan cita-cita menjadi guru selepas memilih berbakti kepada masyarakat dengan membuka rumah anak yatim.
Subiha Safar dan suaminya, Wan Mohd. Shahrun Wan Mohd. Nasir yang masing-masing berusia 31 tahun berkata, dia tidak pernah terfikir menjadi ibu kepada 25 anak-anak yatim yang kini berada di bawah tanggungjawabnya kerana bercadang mengejar cita-cita sebagai pendidik selepas tamat belajar di Politeknik Seberang Perai.
Semuanya berlaku secara tiba-tiba lebih lapan tahun lalu apabila saya secara tidak sengaja memelihara tiga kanak-kanak yang kematian ibu bapa dan selepas itu bertambah lagi kepada beberapa orang," katanya.
Subiha ditemui dalam program Selami Hati Bersama Rumah Anak Yatim Permata Kasih dan gotong-royong anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Permatang Pauh di Pusat Jagaan Permata Kasih, di sini hari ini.
Sempena program itu, lebih 40 anggota Pemuda UMNO bersama Gerakan Belia 4B Permatang Pauh & Cawangan Kampung Padang Temusu membersihkan kawasan persekitaran rumah teres dua tingkat berkenaan selain menyampaikan sumbangan seperti barangan makanan, bantal dan sumbangan wang tunai berjumlah RM4,190.
Rumah berkenaan yang dibuka sejak 2010 di Taman Pauh Jaya dekat sini, ketika ini menjadi tempat berteduh kepada sebanyak 23 pelajar perempuan berusia antara tujuh hingga 12 tahun manakala pelajar lelaki tinggal di sebuah rumah lain yang terletak tidak jauh dari situ.
Menceritakan cabaran yang ditempuhinya, Subiha berkata, selain perbelanjaan meningkat, dia juga perlu bijak mengawal emosi dan membahagikan masa sebaiknya kerana turut mempunyai lima anak sendiri.
Saya pernah menangis tetapi bukan di hadapan mereka kerana berasa sangat sedih kerana salah seorang anak-anak yatim ini meluahkan kerinduan kepada ibu bapa kandung yang meninggal dunia.
Tetapi apabila memikirkan tugas ini sebagai tanggungjawab, saya bertekad menjadi kuat dan memberi sepenuh kasih sayang kepada mereka," katanya.
Tambahnya, pada permulaan operasi, dia dan suami yang mengusahakan perniagaan sewa kereta secara kecil-kecilan tidak berasa beban kewangan kerana hanya menjaga beberapa orang anak yatim.
Tetapi katanya, keadaan berubah selepas jumlah kanak-kanak yang berada di bawah jagaan mereka semakin bertambah.
Sekarang, setiap bulan kami memerlukan sekitar RM11,800 untuk operasi yang merangkumi bayaran sewa rumah dan kenderaan, makanan dan minuman, bil elektrik dan air, barangan keperluan diri, rawatan kesihatan, pendidikan kanak-kanak serta bayaran sagu hati untuk tiga petugas," katanya.
Dalam keadaan itu, katanya, dia bersyukur kerana ada pihak yang prihatin dan sentiasa tampil menghulurkan pelbagai sumbangan.
Jika niat kita baik, Allah akan membantu dengan memberi rezeki. Sebelum ini, pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) pernah datang mengecat rumah dan hari ini, saya berterima kasih kepada Pemuda UMNO yang sudi datang melawat dan memberikan bantuan," katanya.
Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO Bahagian, Abu Bakar Sidekh Zainul Abidin berkata, pihaknya mengambil keputusan menjadikan Pusat Jagaan Permata Kasih itu sebagai anak angkat bagi memenuhi tanggungjawab sosial kepada masyarakat.
Menurut beliau, pihaknya akan memberi bantuan RM500 setiap bulan untuk membantu pemiliknya menguruskan rumah itu.
Pada masa yang sama, saya akan berusaha mendapatkan bantuan daripada pelbagai pihak lain untuk kegunaan pendidikan anak-anak di sini dan kami juga menyeru orang ramai turut memberi sumbangan," katanya.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Popular Posts
-
Kepada Semua....!!!! Dijemput ke Program Senamrobik di Empangan Mengkuang Dam anjuran Pejabat Belia dan Sukan SPT dan bersam...
-
Hari Belia Negara 2010 Tawar Peluang Usahawan Muda Untuk Mengembangkan Perniagaan Sempena Hari Belia Negara 2010 pada 14, 15 dan 16 Mei ini,...
-
BUKIT MERTAJAM - Hampir 500 keluarga India diraikan sempena perayaan Deepavali kali ini apabila menerima sumbangan barangan dapur da...
-
bergambar kenangan di Kem Bina Negara Balik Pulau jalan menuju ke Kem Bina Negara Balik Pulau di Penang Bridge majlis pelepasan peserta di B...
-
PERMATANG PAUH 4 Mei - Seorang lulusan bidang kejuruteraan elektronik sanggup melupakan cita-cita menjadi guru selepas memilih berb...
-
Witch Sign or Moon Sign Used to salute the rising moon. Also used by surfers and football teams. This is the sign that the furor should be ...
-
Semalam diadakan mesyuarat AJK 4B Kawasan Pmtg Pauh di Pejabat Belia & Sukan SPT. Selain membincangkan agenda aktiviti yang bakal d...
-
bacaan Ikrar GB4B oleh Presiden baru Sdr Muammar Ghadafi delegasi perwakilan dari PP P engerusi 4B Pmtg Pauh bersama Tim.Pengerusi Negeri PP...
-
Pada 19 Mei 2012 , bertempat di Pusat Komersial Prmtg Pauh telah diadakan satu program Skrin Besar Final Champion League 2012 antara k...
-
Permohonan kemasukan secara on-line sila layari : http://www.ekbs.gov.my Sebarkan iklan ini kepada golongan belia lepasan SPM yg kura...