Followers

Wednesday, November 25, 2009

Lemas: Adik Mantan KB 4B Permatang Pauh

Allahyarham Zulkefli Abu Bakar

Mayat arwah ketika ditemui

Pada 20 hb November yang lalu telah berlaku satu tragedi yang mengejutkan seluruh penduduk Permatang Pauh, seorang anak belia dari kampung Pertama telah terjatuh dan lemas di pintu air lapan yang berhampiran dengan Taman Burung Seberang Jaya, beliau adalah Allahyarham Zulkefli bin Abu Bakar adik kepada Mantan Ketua Belia 4B Permatang Pauh iaitu Abdul Halim Bin Abu Bakar, kejadian berlaku ketika arwah pergi memancing bersama seorang kawannya iaitu Mohd Zaini.
Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), orang ramai, kawan2 arwah, sahabat2 arwah dan juga penduduk kampung Pertama datang bersama mencari dan menyelamat beliau. 

Mereka semua berkampung ditebing sungai sehingga pagi dalam misi usaha mencari dan menyelamat. Akhirnya mayat arwah ditemui pada pukul 7.30 pagi hari Ahad 22 hb November, mayatnya terdampar di seberang sungai kira-kira 400 meter dari tempatnya terjatuh. Kemudian jenazah dihantar ke hospital untuk proses postmortem dan jenazah selamat dikebumikan pada hari yang sama pada pukul 3.00petang. Tragedi ini juga telah disiarkan di media cetak tanah air-klik sini,klik sini.

Dengan ini mantan Ketua Belia 4B Permatang Pauh, Abd Halim mengucapkan ribuan Terima Kasih kepada semua yang terlibat dalam usaha mencari dan menyelamat adik beliau sehingga jenazah adik beliau ditemui dan jenazah selamat dikebumikan.

Dengan itu marilah kita semua bersama-sama membaca Al-Fatihah sedekah kepada arwah dan berdoa semoga rohnya diletak dikalangan roh2 orang2 yang beriman. 

Al-Fatihah.
Amin.

Tuesday, November 24, 2009

KEMAH MOTIVASI BELIA BERPERSATUAN

Peserta2 yang menyertai program di Pulau Aman

Menjamu selera-mee udang di Pulau Aman

Peserta2 bersajak bertema patriotik

Para peserta2 menuruni bukit

Aktiviti berkayak

Pertandingan susun cawan

Pada 14~15hb Nov 09 yang lalu Pengerakan Belia 4B caw. Kampung Pertama telah berjaya mengadakan satu program iaitu KEMAH MOTIVASI BELIA BERPERSATUAN, dengan bersama-sama 32 orang belia Kg. Pertama, program ini dijalankan di sebuah pulau di negeri ini yang terkenal dengan belacannya ini iaitu Pulau Aman.

Semua aktiviti2 yang telah dirancang mendapat kerjasama yang baik dari peserta2 belia dan beliawanis, semua peserta2 berjaya mengharungi cabaran2 setiap aktiviti2 yang disediakan oleh pihak penganjur. Bagi peserta2, mereka amat gembira dengan mendapat pengalaman baru sepanjang program ini, dan ada dikalangan peserta2 pada mula takut dengan aktiviti2 yang baru pada mereka, tetapi akhirnya mereka menjadi berani dan berminat dengan aktiviti2 tersebut.

AJK Gerakan Belia 4B Permatang Pauh mengucapkan tahniah pada Pengerakan Belia 4B caw. Kampung Pertama kerana berjaya menjalankan program ini dengan selamat selama 2 hari satu malam dan dapat mendidik belia2 kampung erti sebenar Belia Berpersatuan.

Thursday, November 19, 2009

Perkhemahan Remaja Rakan Muda

gambar hiasan


Kelab Rakan Muda Permatang Pauh akan mengadakan program perkhemahan remaja seperti berikut:


Tarikh: 21hb-23hb November 2009
Tempat:Ulu Lawin, Grik, Perak Darul Ridzuan.

Penyertaan adalah terhad. Masa bertolak adalah pada 21hb (Sabtu) jam 2.00 petang bekumpul di Masjid Bandar Perda, Bukit Mertajam.

Untuk penyertaan, hubungi Cik Rosaida ( 012-5960919 )

Tuesday, November 17, 2009

Kem Remaja Ideal 2009 ( 13 Nov - 15 Nov )


















Keda Resort Kg Bendang Man ,Sik



peserta menjamu selera



khemah ala kem tentera di sempadan



sesi perbentangan kumpulan - Heart Simple team



kumpulan JOKER



kumpulan Soyus Rite





peserta remaja perempuan


peserta remaja lelaki


demo oleh En Azuhan kepada peserta





Fasilitator En Azuhan menyampaikan ceramahnya bertajuk
Positive Your Mind


Aktiviti luar - game The Mummy





senaman pagi dengan latihan asas kawad



senaman pagi dengan Tai Chi Qigong


Pada 13 Nov lepas , Kem Remaja Ideal anjuran KEMAS PP dengan kerjasama Gerakan Belia 4B Prmtg Pauh telah diadakan selama 3 hari di bertempat di Keda Resort Kg bendang Man ,Sik . Program ini diuruskan oleh konsultan iaitu IP Minda Sdn Bhd dari Kuala Lumpur . Program ini terbuka untuk golongan remaja yang berumur dari 15 tahun ke 30 tahun di sekitar SPT dan seramai 48 orang peserta menyertai kem remaja ini yang terdiri daripada 27 orang lelaki dan 21 orang perempuan.

Syabas kepada adik-adik semua yang sanggup berkorban meninggalkan keluarga untuk menyertai Kem ini yang banyak memberikan kesedaran kepada remaja agar tidak terjebak dengan gejala sosial yang semakin menular masa kini .Program ini juga banyak membentuk dan membimbing remaja mempertingkatkan kemahiran insaniah dan kerohanian bagi menjadi remaja yang ideal .

link

Kem Remaja Ideal KEMAS Pulau Pinang - IP Minda

Unit Media GB4B Prmtg Pauh
Kg Bendang Man, Sik

Sunday, November 8, 2009

Sekitar Mesyuarat Gerakan Belia 4B Negeri Pulau Pinang 2009



barisan perwakilan Belia 4B kawasan Prmtg Pauh




ucapan penangguhan oleh Pengerusi Gerakan Belia 4B Negeri PP yang baru Sdr Roslan Abd Rahim dari kawasan Tasek Gelugor



ucapan oleh calon Presiden Gerakan Belia 4B Malaysia Sdr Mua'amar Ghadafi



ucapan penangguhan oleh Sdr Amiruddin wakil kawasan Prmtg Pauh


penyampaian cenderahati kepada bekas pemimpin Belia 4B Negeri Pulau Pinang . Sdr Abd Halim, bekas Pengerusi Belia 4B Prmtg Pauh menerima cenderahati





ucapan perasmian oleh Yb Shahbudin Yahya



para perwakilan belia 4B dari seluruh kawasan di PP


Nyanyian lagu negaraku dan lagu Belia 4B









sesi pendaftaran para perwakilan





Popular Posts