Followers

Showing posts with label GB4B Permatang Pauh. Show all posts
Showing posts with label GB4B Permatang Pauh. Show all posts

Tuesday, February 24, 2015

SEKITAR MESYUARAT AGONG GB4B KAWASAN PERMATANG PAUH 2014



7.2.15- Selesai Mesyuarat Agong Tahunan GB4B Pmtg Pauh 2014 di Restoran Mengkuang Semarak malam tadi .
Ia dirasmikan oleh Ketua Pemuda Umno Pmtg Pauh Abu Bakar Sidekh yang mewakili KB Datuk Mohd Zaidi Mohd Said . Turut hadir Pengawai Belia dan Sukan SPT En Rohairy dan Pengerusi GB4B Bkt Mertajam En Ismail .
Alhamdulillah Sdr Abu Bakar Sidekh mengumumkan Datuk KB sudi menyampaikan sumbangan RM1 Ribu serta sumbangan beliau sendiri juga berjumlah RM1 ribu untuk aktiviti dan program ahli Belia 4B .
Selain itu ,satu kejutan dibuat rakan2 AJK 4B apabila meraikan hari jadi Pengerusi 4B Kawasan Sdr Nawi Mohd yang jatuh pada hari mesyuarat .
Terima kasih kepada semua ..









Sunday, February 1, 2015

KUNJUNG HORMAT AJK GB4B PMTG PAUH BERTEMU PEGAWAI BELIA & SUKAN SPT



Kunjung hormat barisan AJK GB4B Kawasan Permatang Pauh bertemu Pegawai Belia & Sukan SPT yang baru En Rohairi menggantikan En Mozakir Buyong Moktar  .

 Selain  membincangkan perancangan Pejabat Belia & Sukan SPT untuk pembangunan belia dan masyarakat untuk tahun 2015 , ia juga dapat mengeratkan hubungan antara  pejabat belia dengan  NGO Belia seperti GB4B Permatang Pauh .

Thursday, August 28, 2014

SOLIUDARITI BELIA 4B PERMATANG PAUH DI PERHIMPUNAN KASIH GAZA


27 Julai 2014 -  GB4B Permatang Pauh turut bersolidariti di Perhimpunan Kasih GAZA di Masjid Bandar Perda bersama NGO Islam yang lain di P.Pinang . #saveGAZA





Thursday, July 10, 2014

Belia 4B Permatang Pauh buat laporan polis kenyataan Ramasamy




BUKIT MERTAJAM - Selepas bekas Pengarah JSJ Tan Sri Zaman Khan membuat laporan polis terhadap Ramasamy yang mengeluarkan kenyataan berunsur subversif mengancam keselamatan dan keamanan negara , Pemuda UMNO & Gerakan Belia 4B Permatang Pauh turut membuat laporan di IPD Bandar Perda semalam .

 Laporan dibuat oleh Ketua Pemuda Abu Bakar Sidekh manakala Sdr Hilmi Elias mewakili Gerakan Belia 4B Pmtg Pauh . Mereka mendesak Polis menyiasat kenyataan Ramasamy ini yang boleh mengugat ketenteraman dan keselamatan negara & dikenakan tuduhan di bawah akta Hasutan .







Program Santai Ihya Ramadhan 2014


 Pada 9 Julai baru -baru , Ahli Jawatankuasa 4B Pmtg Pauh mengadakan program santai di Route 69 selepas solat Tarawikh .

Selain mengeratkan silaturahim  sesama rakan belia ,  ia turut membincangkan beberapa  program 4B akan dilaksanakan pada bulan Ramadhan .



Sunday, July 6, 2014

PERTANDINGAN BOWLING ANTARA 4B BUKIT MERTAJAM & PERMATANG PAUH



Pada 28 Jun yang lalu telah diadakan pertandingan bowling antara AJK Belia 4B Kawasan Permatang Pauh dengan AJK Belia  4B Bukit Mertajam di GIANT Kulim  yang bertujuang mengeratkan silaturahim sesama ahli belia serta kawasan lain .  

Tahniah kepada semua yang sertai !!










BELIA 4B PERMATANG PAUH GOTONG ROYONG SELAMI HATI RUMAH ANAK YATIM PERMATA KASIH




PERMATANG PAUH 4 Mei - Seorang lulusan bidang kejuruteraan elektronik sanggup melupakan cita-cita menjadi guru selepas memilih berbakti kepada masyarakat dengan membuka rumah anak yatim.

Subiha Safar dan suaminya, Wan Mohd. Shahrun Wan Mohd. Nasir yang masing-masing berusia 31 tahun berkata, dia tidak pernah terfikir menjadi ‘ibu’ kepada 25 anak-anak yatim yang kini berada di bawah tanggungjawabnya kerana bercadang mengejar cita-cita sebagai pendidik selepas tamat belajar di Politeknik Seberang Perai.

“Semuanya berlaku secara tiba-tiba lebih lapan tahun lalu apabila saya secara tidak sengaja memelihara tiga kanak-kanak yang kematian ibu bapa dan selepas itu bertambah lagi kepada beberapa orang," katanya.

Subiha ditemui dalam program Selami Hati Bersama Rumah Anak Yatim Permata Kasih dan gotong-royong anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Permatang Pauh di Pusat Jagaan Permata Kasih, di sini hari ini.



Sempena program itu, lebih 40 anggota Pemuda UMNO bersama Gerakan Belia 4B Permatang Pauh & Cawangan  Kampung Padang Temusu membersihkan kawasan persekitaran rumah teres dua tingkat berkenaan selain menyampaikan sumbangan seper­ti barangan makanan, bantal dan sumbangan wang tunai berjumlah RM4,190.

Rumah berkenaan yang dibuka sejak 2010 di Taman Pauh Jaya dekat sini, ketika ini menjadi tempat berteduh kepada sebanyak 23 pelajar perempuan berusia antara tujuh hingga 12 tahun manakala pelajar lelaki tinggal di sebuah rumah lain yang terletak tidak jauh dari situ.



Menceritakan cabaran yang ditempuhinya, Subiha berkata, selain perbelanjaan meningkat, dia juga perlu bijak mengawal emosi dan membahagikan masa sebaik­nya kerana turut mempunyai lima anak sendiri.

“Saya pernah menangis tetapi bukan di hadapan mereka kerana berasa sangat sedih kerana salah seorang anak-anak yatim ini meluahkan kerinduan kepada ibu bapa kandung yang meninggal dunia.

“Tetapi apabila memikirkan tugas ini sebagai tanggungjawab, saya bertekad menjadi kuat dan memberi sepenuh kasih sayang kepada mereka," katanya.

Tambahnya, pada permulaan operasi, dia dan suami yang meng­usahakan perniagaan sewa kereta secara kecil-kecilan tidak berasa beban kewangan kerana hanya menjaga beberapa orang anak yatim.
Tetapi katanya, keadaan berubah selepas jumlah kanak-kanak yang berada di bawah jagaan mereka semakin bertambah.

“Sekarang, setiap bulan kami memerlukan sekitar RM11,800 untuk operasi yang merangkumi bayaran sewa rumah dan kenderaan, makanan dan minuman, bil elektrik dan air, barangan keperluan diri, rawatan kesihatan, pendidikan kanak-kanak serta bayaran sagu hati untuk tiga petugas," katanya.

Dalam keadaan itu, katanya, dia bersyukur kerana ada pihak yang prihatin dan sentiasa tampil menghulurkan pelbagai sumbangan.

“Jika niat kita baik, Allah akan membantu dengan memberi rezeki. Sebelum ini, pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) pernah datang mengecat rumah dan hari ini, saya berterima kasih kepada Pemuda UMNO yang sudi datang melawat dan memberikan bantuan," katanya.
Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO Bahagian, Abu Bakar Sidekh Zainul Abidin berkata, pihaknya mengambil keputusan menjadikan Pusat Jagaan Permata Kasih itu sebagai anak angkat bagi meme­nuhi tanggungjawab sosial kepada masyarakat.

Menurut beliau, pihaknya akan memberi bantuan RM500 setiap bulan untuk membantu pemiliknya menguruskan rumah itu.

“Pada masa yang sama, saya akan berusaha mendapatkan bantuan daripada pelbagai pihak lain untuk kegunaan pendidikan anak-anak di sini dan kami juga menyeru orang ramai turut memberi sumbangan," katanya.


Tuesday, July 16, 2013

MESYUARAT PERWAKILAN TAHUNAN 4B KAWASAN PERMATANG PAUH 2012







Alhamdulillah , Gerakan Belia 4B Permatang Pauh telah berjaya melaksanakan Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan 2012 pada 3 Julai yang lalu di Dewan Kg Pertama . Ia dirasmikan oleh En Mozakir Bin Buyong Moktar , Pegawai Belia & Sukan SPT.

Mesyuarat kali ini juga adalah bagi memilih ahli jawatankuasa baru GP4B Kawasan untuk penggal  2012 -2015 .   Pengerusi GB4B Kawasan Permatang Pauh ,   Sdr Mohd Amiruddin Abd Hamid  bersama Timb Pengerusi Sdr Anuar Zamani Ibrahim  tidak mempertahankan jawatan mereka  kerana sudah melepasi umur had keanggotaan belia .

Maka di dalam mesyuarat perwakilan tahun  dan setelah dipersetujui sebulat suara , Pengerusi GB4B Kawasan Permatang Pauh yang baru  disandang oleh Sdr Mohd Nawi Md Ismail  & Timbalan Pengerusi ialah Sdr Zaini .

Admin berharap kepada semua ahli Belia 4B dapat memberi kerjasama dan sokongan padu  kepada ahli jawatankuasa baru kawasan ini .




cenderamata kenangan kepada Sdr Mohd Amiruddin  di atas
sumbangan baktinya  kepada Belia 4B



 cenderamata kenangan kepada Sdr Anuar Zamani  di atas
sumbangan baktinya  kepada Belia 4B


 cenderamata kenangan kepada Sdr Hairil Anuar di atas
sumbangan baktinya  kepada Belia 4B

Beliawanis baru 4B 



Pengerusi kawasan yang baru bersama orang kuat 4B 

Thursday, April 18, 2013

Bilik Operasi Jentera Belia bantu kempen BN di Permatang Pauh


Pada 17 April 2013 , bilik Operasi Jentera Belia PRU13 Parlimen Permatang Pauh telah dibukan secara rasmi selepas dilancarkan oleh calon BN Permatang Pauh Dr Mazlan Ismail .

Penubuhan bilik operasi ini adalah inisiatif sendiri  Gerakan Belia 4B Permatang Pauh  adalah  untuk membantu jentera  BN di parlimen ini  dalam kempen PRU13 .

Ketika pelancaran bilik operasi ini turut diadakan juga penyampaian sumbangan barangan keperluan harian kepada  30  warga emas & golongan memerlukan daripada Kg Pelet & Pdg Ibu . Turut hadir majlis ini ialah Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh Dato Abd Jalil Majid , Ketua Pemuda UMNO Prmtg pauh Sdr Mohd Zaidi Mohd Said serta calon-calon BN yang bertanding .









Sunday, March 10, 2013

GB4B Permatang Pauh bantah kebiadapan Tian Chua hina polis





BUKIT MERTAJAM -  Kenyataan biadab Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua yang menyifatkan insiden pencerobohan di Lahad Datu sebagai sandiwara UMNO turut menimbulkan kemarahan NGO-NGO di P.Pinang

Ekoran itu, seramai 3  orang wakil daripada  14 NGO  seperti  Gerakan Belia 4B Permatang Pauh , Kelab Warisan P.Pinang, Sekretariat Perhimpunan Melayu P.Pinang    tersebut tampil membuat laporan di di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah  (SPT) di sini hari ini.


Menurut wakil kumpulan itu, Mohd Amiruddin Abd Hamid  laporan tersebut bertujuan membolehkan polis mengambil tindakan segera kerana kenyataan Tian Chua boleh menimbulkan suasana tegang dalam kalangan penduduk di negara ini.

Beliau yang juga Pengerusi Gerakan Belia 4B Permatang Pauh berkata kenyataan Ahli Parlimen Batu itu dilihat sebagai  satu penghinaan kepada anggota keselamatan  termasuk adiknya  sendiri yang sedang bertugas Lahad Datu .

Monday, February 25, 2013

Sembang Santai Belia P.Pinang bersama YB Shabery Chik




Satu Majlis Sembang Santai Belia Bersama YB Dato Sri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Belia dan Sukan malaysia telah diadakan pada 21 Februari 2013 bertempat di Route 69, Bandar Baru Perda, Bukit Mertajam jam 9.00 malam. Seramai 200 orang belia setempat khususnya dari Parlimen Permatang Pauh telah hadir dan beramah mesra dengan YB Menteri Belia dan Sukan.

Tidak ketinggalan pemimpin-pemimpin belia peringkat kawasan, daerah dan negeri turut sama memeriahkan majlis tersebut. Di dalam Majlis tersebut beberapa permasalahan belia setempat telah dibangkit kepada YB Menteri.

 Rata-rata belia-belia yang hadir berpuashati dengan maklumbalas yang diberikan oleh YB Menteri. Kesudian YB Menteri beramah mesra bersama belia-belia dan sanggup turun padang di Parlimen Permatang Pauh mendapat perhargaan dan pujian pemimpin-pemimpin setempat yang turut hadir termasuk Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid dan Timbalan Pengerusi Pehubungan UMNO Negeri Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir yang juga Ketua UMNO Bahagian Bukit Mertajam.

 Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang, En. Zakaria Bin Kasa, Sdr. Fauzi Shariff, Ketua Pemuda UMNO Bukit Mertajam dan Sdr. Wahid Osman, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Batu Kawan.- SGB-



SGB5




SGB2




SGB1



SGB6



SGB4



SGB3

SGB7


Popular Posts