Followers

Wednesday, April 28, 2010

GB4B Permatang Pauh sokong kempen Kami Prihatin


PERMATANG PAUH 27 April - Kempen Kami Prihatin anjuran Utusan Malaysia terus mendapat sokongan dengan yang terbaru, Gerakan Belia 4B Permatang Pauh bersedia membantu menjayakan kempen kemanusiaan itu.

Setiausaha GB4B Permatang Pauh , Mohd Hilmi B Elias berkata, pertubuhan belia itu sangat menghargai usaha sedemikian kerana ia adalah tanggungjawab sosial yang seharusnya dipikul oleh segenap lapisan masyarakat di negara ini bagi membendung gejala sosial yang semakin menular ini

" Kami menyokong penuh kempen kami prihatin yang dianjurkan oleh Utusan Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat kerana berpendapat kempen sebegini mampu menyedarkan masyarakat tentang nilai-nilai murni agar tidak terdedah kepada gejala mendera dan membuang bayi yang semakin berleluasa sekarang.

Mengikut statistik yang dikeluarkan, jelas sekali kes pembuangan bayi banyak melibatkan golongan muda di bawah usia 25 tahun malah lebih membimbangkan apabila ada yang masih berumur di bawah 18 tahun juga turut terlibat di dalam kes pembuangan bayi.

Golongan Belia ini sepatutnya diberi penekanan yang lebih tentang hala tuju kehidupan agar mereka tidak terus hanyut dengan keseronokan alam remaja yang bakal membawa kesan negatif kepada mereka di kemudian hari "


" Golongan muda masa kini harus didekati dengan pelbagai kaedah dan mekanisma yang lebih efektif agar mereka dapat menjiwai setiap informasi yang cuba disampaikan. Pendekatan kepada iklan & hiburan dengan lagu tema yang dinyanyikan oleh golongan artis popular belum tentu mampu memberikan kesan" katanya ketika dihubungi Unit Media GB4B Permatang Pauh di sini hari ini.

Kempen Kami Prihatin dianjurkan oleh Utusan Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) serta Astro.

Pengerusi Penggerak Media Komunikasi GB4B Permatang Pauh, Mohd Ikhwan Hakim berkata sebagai permulaan sokongan GB4B Permatang Pauh kepada kempen ini , blog utama pertubuhan ini akan diletakkan logo Kempen Prihatin sebagai tanda sokongan .

" Bagi menyatakan sokongan kepada kempen Kami Prihatin ini , blog GB4B Permatang Pauh akan meletakkan logo kempen ini bagi menyahut saranan untuk bersama-sama menjayakan kempen tersebut kepada orang ramai mengenai isu penderaaan kanak-kanak dan buang bayi.

Tuesday, April 27, 2010

Kursus Asas Adobe Photoshop


KURSUS ASAS

ADOBE PHOTOSHOP

ANJURAN

GIATMARA TASEK GELUGOR

&

GERAKAN BELIA 4B CAWANGAN TANAH LIAT

DENGAN KERJASAMA

GERAK MEDIA & KOMUNIKASI 4B NEGERI P.PINANG

TARIKH: 22-23 MEI 2010

MASA: 9.00 PAGI

TEMPAT: GIATMARA PRIMA TASEK GELUGOR


Maklumat lanjut hubungi :

Saudara Faizul : 017-4011515 @ Saudara Munzir : 012-5606369

TARIKH TUTUP PENYERTAAN : 14 MEI 2010

Friday, April 16, 2010

Kejohanan Bowling Tertutup GB4B Permatang Pauh










Pertandingan bowling tertutup anjuran GB4B Permatang Pauh telah diadakan di Pusat Bowling Ampang Bowl Summit Bukit Mertajam pada 14 April 2010 bermula jam 9.00 malam. Majlis ini dirasmikan oleh Pengerusi Penggerak Sukan Negeri GB4B Negeri PP iaitu Sdr Amiruddin Bin Abd Hamid yang juga Pengerusi GB4B Kawasan Prmtg Pauh .

Majlis ini diadakan untuk mengeratkan lagi hubungan diantara ahli 4B kawasan dan cawangan berjaya mendapat penyertaan cukup menggalakan . Malah Pengerusi Gb4B kawasan juga memaklumkan kejohanan bowling ini akan dijadikan sebagai program wajib kawasan . Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Pengerusi GB4B Kawasan Prmtg Pauh serta Jawatakuasa Kawasan .


Keputusan Kejohanan Bowling Tertutup GB4B Prmtg Pauh


Kategori Kumpulan


1. Kampung Kota
2. Kampung Petani Jaya
3. Taman Baru Seberang Jaya


Kategori Individu

a) Khairul Amir ( Kg Kota ) - Lelaki

b) Adibah ( Taman Baru Sbrg Jaya ) - Perempuan




Unit Media GB4B Prmtg Pauh
Ampang Bowl Summit Bkt Mertajam

Belia 4B Permatang Pauh dalam Sinar Harian

Friday, April 9, 2010

Pertandingan Sajak 1Malaysia

Gambar hiasan

Kepada yang berminat!!!!!Jangan Lepas Peluang KeEmasan ini...


Pertandingan Sajak 1Malaysia

Johan : RM1500.00
Ke 2 :RM1000.00
Ke 3 :RM750.00

Jadual Pertandingan dan syarat-syarat seperti Berikut:

Saringan Sajak 1Malaysia

Tempat : Dewan Taman Baru,Seberang Jaya

Tarikh : 16hb~ 23hb April 2010

Waktu : Sila telefon Sdr Mohd Nawi Bin Md Ismail (Tel: 012-4794329) untuk ketahui waktu

Syarat-syarat seperti berikut:-

1. Tajuk sajak adalah bebas bertema 1Malaysia sahaja yang layak menyertai pertandingan ini.
2. Terbuka kepada semua belia2/beliawanis2/pelajar2 dan penduduk2 di Parlimen Permatang Pauh sahaja.
3. Dibenarkan menggunakan Sajak dari karya orang lain dengan syarat menberitahu nama yang mengkaryakan sajak tersebut.
4. 10 orang finalis sahaja yang terpilih ke pertandingan Akhir di Dewan Budaya USM seperti berikut:-

Tempat: Dewan Budaya USM

Tarikh : 30 April 2010

Hadiah Kemenangan :- Seperti di atas.

Popular Posts