Followers
Wednesday, June 9, 2010
Jemputan ke Rally 1Malaysia
Pemuda Barisan Nasional akan menganjurkan Rally 1Malaysia di Stadium Putra Bukit Jalil pada 12 Jun bermula jam 12 tengah hari. Program yang akan dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Dato' Sri Mohd. Najib Tun Razak dan bakal menghimpunkan seramai 15 ribu orang golongan muda dari pelbagai latar belakang agama dan kaum, termasuk penyertaan pertubuhan-pertubuhan belia dan NGO.
Rally 1Malaysia adalah program yang menonjolkan semangat 1Malaysia di kalangan belia negara yang mampu menerima keunikan dan perbezaan masing-masing demi mencapai satu hasrat bersama sebagai generasi muda Malaysia.
Rally 1Malaysia akan dimeriahkan dengan persembahan artis-artis terkemuka tempatan dari pelbagai kaum dalam satu konsert percuma - Sasi The Don, Yise Loo, Aizat Amdan dan Meet Uncle Hussain bakal menghiburkan para hadirin dengan sajian lagu-lagu popular mereka. Disamping itu, Rally 1Malaysia akan menyaksikan persembahan seni mempertahankan diri oleh lebih 1000 orang belia Melayu, Cina dan India serta persembahan eksklusif lagu “1Malaysia” oleh kumpulan koir dari Universiti Teknologi Kreatif Lim Kok Wing, Cyberjaya.
Pemuda Barisan Nasional menjemput ANDA untuk hadir pada hari Sabtu ini berbekalkan semangat 1Malaysia. Jemputlah keluarga dan sahabat handai untuk sama-sama menjayakan himpunan raksasa ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
23 Mac 2011 - GB4B Prmtg Pauh telah mengadakan lawatan kunjung hormat ke Bahagian Penapisan Filem KDN Cawangan P.Pinang. Secara...
-
Pada 8 Mei 2011 ( Ahad ) telah diadakan program Sembang Santai & Jamuan BBQ anjuran Majlis Keselamatan Negara dan GB4B Permatang Pauh...
-
penyampaian cenderahati kepada Datuk Arif Shah oleh GB4B penyerahan kertas kerja program belia Sdr Amirudin meluahkan masalah dalam pertubu...
-
Banner kursus Sdr Helmi sewaktu ditemubual oleh wartawan Sinar Harian Fasilitator Syeikh Mohamad Hussain B Ismail sedang menerangkan ...
-
bacaan Ikrar GB4B oleh Presiden baru Sdr Muammar Ghadafi delegasi perwakilan dari PP P engerusi 4B Pmtg Pauh bersama Tim.Pengerusi Negeri PP...
-
MELAKA 8 Dis. - Datuk Seri Mohd. Ali Rustam akan melepaskan jawatan Presiden Gerakan Belia 4B Malaysia yang disandangnya sejak 15 tahun lalu...
-
Dimaklumkan Lembaga Penduduk Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dengan kerjasama Gerakan Belia 4B Permatang Pauh akan menganjurkan KEM PERM...
-
Pada Ahad malam yang lepas, telah berlangsungnya Forum Anak Muda 13 anjuran Gerakan Belia 4B Permatang Pauh dengan kerjasama Pemuda UMNO P...
-
Hari ini lebih daripada 30 badan bukan kerajaan (NGO) Melayu “Gabungan Sedaq” yang diketuai Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali ma...
No comments:
Post a Comment