Followers
Tuesday, August 24, 2010
MBM dilantik sebagai Penolong Pendaftar Pemilih oleh SPR
KUALA LUMPUR 19 Ogos - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersetuju untuk melantik Majlis Belia Malaysia (MBM) sebagai Penolong Pendaftar Pemilih dalam usaha menarik golongan belia mendaftar sebagai pemilih.
Pegawai Perhubungan Awam SPR, Sabri Said berkata, kerjasama itu tercetus hasil perjumpaan antara Presiden MBM, Mohamed Maliki Mohamed Rapiee dan beberapa wakil majlis tersebut dengan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof di Ibu Pejabat SPR, Putrajaya.
"Sebagai pengelola aktiviti belia di negara ini, MBM diharap dapat menambahkan jumlah warganegara yang layak untuk mendaftar sebagai pemilih.
"SPR yakin MBM boleh memainkan peranan yang berkesan kerana mempunyai rangkaian dengan belia-belia di peringkat negeri dan daerah di seluruh negara," katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.
Menurut Sabri, rekod daftar pemilih SPR sehingga suku pertama tahun ini adalah 4,194,190 atau 37 peratus pemilih berdaftar adalah dalam kategori belia iaitu 21 hingga 40 tahun.
"Namun masih terdapat 4.3 juta atau 28 peratus warganegara yang berusia 21 tahun ke atas yang layak tetapi belum mendaftar sebagai pemilih," katanya.
Beliau berkata, MBM turut mengemukakan kertas cadangan bertajuk Program Pendidikan Masyarakat Mengenai Hak dan Tanggungjawab Mengundi di Kalangan Pemimpin Belia Tempatan kepada SPR.
Menurutnya, cadangan itu bertujuan membantu meningkatkan kesedaran golongan belia mengenai kepentingan mendaftar sebagai pemilih.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
MELAKA 8 Dis. - Datuk Seri Mohd. Ali Rustam akan melepaskan jawatan Presiden Gerakan Belia 4B Malaysia yang disandangnya sejak 15 tahun lalu...
-
20 Mac 2007 Ust Dr Abdullah Yasin ( di petik dari http://www.al-nidaa.com.my/artikel.php?id=142&action=view) Menyadari tentang apa yan...
-
Pada 21 Mac 2011 GB4B Permatang Pauh dengan kerjasama Mat Salai Sdn Bhd telah menganjurkan bengkel keusahawanan kepada ahli...
-
Allahyarham Zulkefli Abu Bakar Mayat arwah ketika ditemui Pada 20 hb November yang lalu telah berlaku satu tragedi yang mengejutkan ...
-
penyampaian cenderahati kepada Datuk Arif Shah oleh GB4B penyerahan kertas kerja program belia Sdr Amirudin meluahkan masalah dalam pertubu...
-
Pada 16 Feb 2011 , GB4B Permatang Pauh bersama 2 NGO telah membuat laporan polis bagi meminta pihak berkuasa menyiasat penyebaran risala...
-
Dimaklumkan Lembaga Penduduk Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dengan kerjasama Gerakan Belia 4B Permatang Pauh akan menganjurkan KEM PERM...
-
Pengerusi GB4B Sinar Jaya Kg Pelet , Sdr Syamsuri Din menyampaikan sumbangan amal hasil kutipan ahli-ahli belia cawangan. ...
-
Kuala Lumpur: Kerajaan semalam mengumumkan penubuhan Dana Sukarelawan 1Malaysia (DRe1M) dengan peruntukan RM100 juta untuk kegiatan kesuka...
-
Tetamu istimewa Setiausaha Politik Menteri KPWKM , Datuk Suhaimi Ibrahim iaitu Mantan Presiden GPMS memberi kata-kata nasihat dan pandang...
No comments:
Post a Comment