Followers

Showing posts with label GB4B Malaysia. Show all posts
Showing posts with label GB4B Malaysia. Show all posts

Monday, August 13, 2012

Kembara Indahnya Ramadhan GB4B Malaysia di Permatang Pauh




Pada 5 Ogos 2012 yang lalu , program konvoi Kembara Indahnya Ramadhan  GB4B Malaysia telah diadakan & telah  memilih  Parlimen Permatang Pauh sebagai lokasi   program penyampaian sumbangan barang keperluan harian  kepada ibu tunggal ,keluarga   fakir miskin & anak yatim .

 Menariknya program ini ia diadakan di waktu sahur iaitu sebelah malam bermula jam 11 pagi di cawangan Tanah Liat dan berakhir di Kompleks D.Seterusnya  diikuti program bersahur bersama Penyelaras Parlimen Permatang Pauh Dato Abd Jalil Majid di kediamannya di Permatang Pauh .Ia bagi  menarik golongan muda untuk menyemarakkan kerja amal & kebajikan bertujuan mencari keberkatan pada bulan mulia ini.

Pengerusi GB4B Permatang Pauh , Sdr Mohd Amiruddin Abd Hamid  berkata program yang diadakan kali ini oleh GB4B Malaysia  bertujuan merapatkan silaturahim sesama umat Islam khususnya masyarakat setempat.

 Bersahur bersama Dato Abd Jalil Majid 









Cawangan  Sinar Jaya  Kg Pelet 



Cawangan Mengkuang Semarak 



Cawangan Kg  Padang Ibu 


Cawangan Kg Guar Perahu 




Cawangan Taman Guar Perahu  



Cawangan Kg Pertama 





Cawangan Kompleks D  & Taman Baru 





Saturday, June 9, 2012

PM @NajibRazak lancar Evolusi KNR GB4B Malaysia





Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan golongan belia di negara ini agar tidak terikut-ikut dengan golongan yang menongkah arus menuntut perubahan menerusi pendekatan dan tindakan yang tidak betul.
Sebaliknya, Perdana Menteri berkata, belia perlu menuntut perubahan dalam bentuk yang lebih terpuji dan berakhlak mulia dalam menjamin kelangsungan masa depan negara.

"Tidak ada makna kalau menuntut sesuatu perubahan seperti pilihan raya umum yang bebas dan adil tetapi mengadakan rusuhan jalanan dan menyerang polis.

"Semua orang mahukan perubahan, namun tindakan itu bukan cara yang baik. Sebab kita tahu masa depan negara bergantung kepada peranan kaum pemuda dan belia, negara akan berjaya sekiranya belia kita mempunyai akhlak terpuji lagi mulia," tegasnya.

Perdana Menteri menyampaikan peringatan tersebut di hadapan kira-kira 15,000 belia dari seluruh negara ketika berucap melancarkan Perhimpunan Evolusi KNR (Kelab Najib Razak) Gerakan Belia 4B Malaysia di i-City di sini hari ini.

Hadir sama Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar dan Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed.

Turut hadir, Menteri Belia Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek; Presiden Alumni Gerakan Belia 4B, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam yang juga Ketua Menteri Melaka dan Presiden Gerakan Belia 4B Malaysia, Muammar Ghadafi Jamaludin.

Perdana Menteri yang menyedari orang muda mahukan perubahan yang pantas mengingatkan bahawa langkah ke arah itu perlu dilakukan dalam evolusi sebagaimana disaksikan melalui kejayaan sejarah pembangunan di negara ini sejak merdeka.

Beliau menegaskan, perubahan secara evolusi adalah pendekatan terbaik yang harus dipegang oleh semua pihak dalam memastikan perubahan berjalan dengan teratur dan baik.

"Berdasarkan sejarah manusiawi dan peradaban sejak dahulu hingga ke hari ini, dalam konteks kontemporari, evolusi adalah lebih berkesan daripada revolusi.

"Siapa yang dapat bayangkan evolusi Malaysia yang bermula dari sebuah negara miskin, kecil, tidak mempunyai keyakinan dan tidak optimis bahawa kita mungkin berjaya sebagai sebuah negara bangsa.
"Siapa yang membina bandar Shah Alam kalau tidak lain dan tidak bukan kepimpinan kita. Siapa yang membangunkan Putrajaya kalau tidak lain tidak bukan kepimpinan kita," katanya.

Berbanding dengan perubahan dalam bentuk revolusi, kata beliau, pendekatan itu dilihat tidak berkesan dalam usaha mewujudkan satu keadaan yang baik.

"Kita lihat Mesir, walaupun perubahan patut berlaku tetapi hari ini belum dapat tenteramkan keadaan, ekonomi mereka tidak menentu dan hampir lumpuh, pelancongan mereka sedikit sangat orang hendak pergi, pengangguran bertambah dan perkembangan ekonomi mendatar.

"Ini kerana mereka tidak dapat menangani perubahan dengan cara tersusun berbanding Malaysia, perubahan secara terancang dan sistematik serta perubahan kepimpinan dengan baik,'' tegasnya.

Wednesday, March 21, 2012

Kunjung Hormat GB4B Malaysia bertemu Perdana Menteri





Hari ini barisan Majlis Kerja Tertinggi Gerakan Belia 4B Malaysia diketuai Sdr Muamar Gadaffi   telah melakukan lawatan kunjung hormat kepada Pejabat YAB   PM di Putrajaya  .

Tahniah !

Wednesday, December 21, 2011

Mesyuarat GB4B Negeri P.Pinang 2011


Pada 18 Disember 2011 yang lepas , GB4B Negeri P.Pinang telah mengadakan Mesyuarat Perwakilan Tahunan 2011 di Wisma Umno Bagan .  Mesyuarat kali ini dirasmikan oleh Setiausaha Politik Menteri KBS , Datuk Dr Junaidi Abd Wahab .


 Sdr Roslan Rahim , Pengerusi GB4B Negeri P.Pinang 

 Datuk Dr Junaidi Abd Wahab menyampaikan ucapan seterusnya 
merasmikan Mesyuarat Perwakilan GB4B Negeri P.Pinang 





 memakai baju rasmi GB4B Malaysia sebagai cenderahati 




Naib Pengerusi GB4B P.Pinang , Sdr Ir Shaik Hussein menyampaikan
ucapan penangguhan mesyuarat  


 Sdr Amiruddin Abd Hamid mewakili AJK GB4B 
Negeri menyampaikan ucapan penangguhan 





 antara perwakilan & tetamu jemputan yang hadir





 perwakilan Permatang Pauh bergambar dengan Ir Shaik Hussein 



Monday, October 3, 2011

Jamuan Aidilfitri GB4B Permatang Pauh di Tanah Liat meriah

Pada 25/9/2011 , GB4B Permatang Pauh dengan kerjasa JKKKP Tanah Liat/ Simpang 3 Berapit telah menganjurkan Jamuan Aidilfitri  di Tanah Liat. Kehadiran lebih 1000 tetamu yang di luar jangkaan mengambarkam sambutan masyarakat sekitar terhadap program NGO belia  cukup baik.

Turut hadir ke majlis ini ialah Penyelaras Parlimen Prmtg Pauh Dato Abd Jalil Majid dan Presiden GB4B Malaysia Sdr Muammar Ghadafi


penyampaian kerusi roda kepada penerima 







kehadiran di luar jangkaan penduduk  sejak pkul 8 malam lagi ..



macam-macam air ada ...







sdr Muamar Ghadafi segak bergaya berbaju Melayu merah 


Dato Abd Jalil menyampaikan ucapan kepada hadirin sedang 
menjamu selera 

Popular Posts