Followers

Showing posts with label NGO Melayu. Show all posts
Showing posts with label NGO Melayu. Show all posts

Friday, April 22, 2011

Majlis Sillaturahim bersama NGO Melayu Pulau Pinang

27 Mac 2011 - Gerakan Belia 4B Prmtg Pauh telah menghantar 3 orang wakil ke program Majlis Silaturrahim NGO Melayu anjuran Kelab Warisan Malaysia Cawangan Pulau Pinang . Majlis bertujuan merapatkan ukhwah antara NGO Melayu di negeri ini dalam  menghadapi  isu-isu semasa yang semakin memecahbelahlkan perpaduan orang Melayu .


Belia 4B Prmtg Pauh bersama NGO Melayu desak Suruhanjaya Diraja 
ditubuhkan siasat video seks pemimpin utama pembangkang


 4B Prmtg Pauh bantah  kehadiran pusat Gay  di PP





 Sdr Hafizal bersama Amir sebagai wakil belia 4B Prmtg Pauh







YB Farid Saad Adun Pulau Betong menyampaikan ucapannya di majlis ini

Wednesday, March 10, 2010

NGO belia pertikai isu perlantikan Pengerusi PUZ PP


PULAU PINANG 9 Mac - Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) menyifatkan cadangan kerajaan negeri untuk melantik Timbalan Ketua Menteri I, Mansor Othman sebagai Pengerusi Pusat Urus Zakat (PUZ) mempunyai matlamat tersirat.
Presidennya, Jais Abd. Karim berkata, beliau percaya cadangan tersebut dibuat bagi membolehkan kerajaan negeri menguasai wang zakat dari institusi itu untuk digunakan bagi kepentingan kerajaan negeri dan parti-parti politik tertentu.
Beliau menambah, jika cadangan berkenaan berhasil, ia sudah tentu akan menyukarkan pentadbiran PUZ kerana sudah menjadi tradisi sejak penubuhannya, jawatan itu diperuntukkan untuk individu yang dilantik sebagai Pengerusi Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP).
"Kalau orang lain pegang, saya rasa akan berlaku satu percanggahan yang besar dari segi pentadbiran antara kedua-dua institusi yang selama ini mampu menjalankan tugas dengan baik untuk kepentingan umat Islam.
"Namun, kerana ada agenda tersendiri, kerajaan negeri sanggup membuat tindakan sembarangan dengan bercadang menempatkan Mansor sebagai Pengerusi PUZ," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Sehingga kini, MAIPP masih belum membuat keputusan mengenai siapa yang akan menerajui PUZ.
Yang Dipertua MAIPP, Ellias Zakaria berkata, perkara itu masih pada peringkat perbincangan dengan beberapa pihak.
Menurut Jais, PUZ merupakan sebuah institusi yang dijadikan sebagai pusat untuk pelbagai pihak membayar zakat dan wang itu kemudiannya disalurkan kepada mereka yang layak termasuk orang miskin.
"Tidak sepatutnya perkara ini terjadi kerana kita takut, wang zakat yang sepatutnya diperuntukkan untuk golongan yang layak disalurkan kepada pihak lain," katanya.
PUZ yang ditubuhkan pada 1994 merupakan organisasi di bawah MAIPP dan mampu memungut kutipan zakat sekitar RM50 juta setahun.

Wednesday, January 6, 2010

Norol Azali guna kabel PM untuk merebut Presiden MBM


n
Presiden Majlis Belia Pahang, Norol Azali Sulaiman disebut-sebut bakal dipilih sebagai presiden baru Majlis Belia Malaysia (MBM) pada pemilihan pertubuhan belia itu minggu ini, menggantikan Datuk Shamsul Anwar Nasarah.

Difahamkan, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri 'merestui' pemilihan Norol Azali dan pada masa yang sama mengharapkan 300 perwakilan menolak Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang turut berhasrat merebut jawatan itu yang disifatkan sebagai 'boleh membawa masalah besar'.
Nama Norol Azali yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guai, Pahang, muncul pada saat-saat akhir menjelang penamaan calon yang dijadualkan esok dan Jumaat ini, setelah sebelum ini hanya dua calon disebut-sebut merebut jawatan berkenaan iaitu Presiden Majlis Belia Pulau Pinang, Mohamed Maliki Mohamed Rapiee dan bekas Presiden Penaja Gerakan Belia 4B, Shukor Mohd. Yusof.

Bagaimanapun usaha-usaha bagi memastikan tidak berlaku pertandingan bagi merebut jawatan Persiden MBM itu sedang dijalankan sebaliknya semua calon terlibat diminta berkompromi memberi laluan kepada Norol Azali.

Ini memandangkan sebelum ini sudah kedengaran berlakunya perpecahan dalam MBM untuk pemilihan Ahli Jawatankuasa Kerja sesi 2010-2013, apabila Mohamed Maliki dan Shukor yang dikenali sebagai dua 'orang kuat' MBM mahu berentap merebut jalan itu.

Tambah menimbulkan kebimbangan apabila Reezal Merican yang juga bekas Setiausaha Politik Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan kini bergelar 'Datuk Seri' dalam usia belum mencecah 40 tahun, turut berhasrat merebut jawatan berkenaan.

Norol Azali, 38, yang juga merupakan Ketua Eksekutif Persatuan Francais Malaysia (MFA) dan beliau pernah mengacarakan program Selamat Pagi Malaysia kelolaan Radio Televisyen Malaysia (RTM) selain menjadi Timbalan Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Pahang.

Lepasan Ijazah Sarjana Pengurusan dan Perniagaan dari Universiti Utara Malaysia (UUM) ini juga bergiat aktif dalam politik kampus apabila memegang jawatan Timbalan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) universiti tersebut 15 tahun lalu.

Beliau dilihat sebagai antara mereka yang boleh ditonjolkan untuk menjadi pemimpin pelapis dan perlu diketengahkan dalam politik arus perdana dalam tempoh beberapa tahun lagi.

Sebelum ini Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Jais Abdul Karim berharap Mohamed Maliki dan Shukor dapat mencapai kata sepakat agar tidak berlaku pertandingan dalam pemilihan kali ini.

"Kedua-duanya merupakan pemimpin yang hebat. Sayang sekali jika salah seorang daripada mereka tewas lalu bertindak menjauhkan diri daripada perjuangan belia Malaysia yang kian berkembang.

"Saya ada menghubungi mereka dan berpendapat kesepakatan itu bukanlah sesuatu yang mustahil. GPMS selaku badan gabungan MBM sedia mengambil tanggungjawab sebagai orang tengah bagi menemukan kedua-dua mereka agar berlaku perbincangan dalam suasana muhibah," katanya.

Perdana Menteri akan merasmikan Mesyuarat Agung MBM malam ini.

sumber : malaysian instinct

Popular Posts