Followers

Showing posts with label Sinar Jaya Kg Pelet. Show all posts
Showing posts with label Sinar Jaya Kg Pelet. Show all posts

Saturday, June 9, 2012

Belia 4B Sinar Jaya beri sumbangan amal ..

Pengerusi GB4B Sinar Jaya Kg Pelet , Sdr Syamsuri Din menyampaikan sumbangan 
amal hasil kutipan ahli-ahli belia cawangan.





Sdr Mohamad bertanya khabar kepada salah seorang ahli
keluarga ini




Sunday, August 8, 2010

Gotong Royong membaiki rumah di Kg Pelet

bergambar kenangan ...

Dato Abd Jalil menunjukkan skil susun bata sambil
diperhatikan Datuk Arif , Pak Hashim dan Abg Din .



Pada 8/8/2010 , satu program gotong royong telah membaiki rumah Abg Din anjuran UMNO Cawangan Kg Pelet dengan kerjasama GB4B Cawangan Sinar Jaya Kg Pelet. Turut sama hadir Dato Abd Jalil Majid , Ketua UMNO Bahagian Prmtg Pauh dan YB Datuk Arif Shah Omar Shah .



Saturday, March 20, 2010

Majlis Sambutan Maulidul Rasul 1431 H di Masjid Jamek Kg Pelet








Pada 14 Mac 2010 yang lepas, Kementerian Luar Bandar & Wilayah telah menganjurkan Forum Perdana Modal Insan " Ilmu Penyuluh Akal , Adab Cahaya Amal " bersempena dengan Sambutan Maulidul Rasul 1431H untuk peringkat negeri Pulau Pinang di Masjid Jamek Kg Pelet .Selain aktiviti perarakan murid-murid Sekolah Agama Rakyat Kg Pelet , forum perdana dan jamuan tengahari pada waktu siangnya , pada malamnya juga diadakan aktiviti ceramah agama bersempena sambutan Maulidul Rasul .

Pihak GB4B Sinar Jaya Pelet juga turut tidak ketinggalan untuk sama-sama membantu pihak qaryah masjid dalam majlis ini yang dihadiri hampir semua penduduk qaryah Masjid Kg Pelet.


Unit Media Gb4B Prmtg Pauh
Masjid Jamek Kg Pelet

Monday, February 15, 2010

"Perkhemahan Kembara Semalam " GB4B Kg Pelet di Lata Celak


semua peserta perkhemahan Kembara Semalam di Lata Celak
bergambar kenangan sebelum pulang


Pada 14 - 15 Februari 2010 yang lepas , GB4B Sinar Jaya Kg Pelet telah menganjurkan aktiviti perkhemahan Kembara Semalam di Lata Celak , Kupang Baling. Lata Celak ini merupakan tempat peranginan terbaru di daerah Baling yang terletak di Hutan Simpan Gunung Inas berdekatan Kg Masjid Bukit Iboi .


Gb4B Sinar Jaya Kg Pelet dengan peserta seramai 22 orang menyertai aktiviti ini dengan dibantu oleh 3 orang pakcik dari Rela sebagai jurupandu arah . Perjalanan mendaki ke tempat perkhemahan yang terletak di kaki bukit Gunung Inas mengambil masa selama 2 jam untuk sampai sejauh 3 batu .

Antara aktiviti yang dijalankan semasa berada di dalam hutan belantara ini ialah mendaki gunung , menangkap ikan dalam sungai , memasak , membina rak barang makanan , mengumpul kayu untuk memasak dan aktiviti beriadah .

Walaupun hanya semalam sahaja aktiviti perkhemahan kembara ini , ternyata ia memberi pengalaman baru merasai berkhemah di dalam hutan sebenar dan memupuk semangat setiakawan yang jitu antara semua peserta . Pengembaraan yang melibatkan kawasan hutan simpan seperti di Hutan Simpan Gunung Inas yang mana peserta dapat merasai akan keindahan alam sekitar dan juga perasaan cinta kepada alam sekeliling.






suasana malam di dalam hutan Gunung Inas

aktiviti riadah dan mandi di sungai

gotong royong masak

yeh dan mat lie sedang membuat rak untuk barang makanan


Pengerusi Gb4B Kg Pelet , Sdr Syamsuri ala John Rambo

"Nak cari kayu " merupakan aktiviti wajib bila berada dalam hutan



penat punya pasal , sardin pun sedap ..


nasi berlaukan sardin Ayam brand beserta ikan kering goreng



memasang khemah

pendakian bermula

antara orang penting aktiviti ini Sdr Hamizan


barang2 makanan untuk perkhemahan


sebelum naik mendaki ke kaki bukit Gunung Inas

taklimat sebelum masuk hutan oleh pakcik dari RELA


taklimat ringkas dari Sdr Mohamad kepada semua peserta sebelum bertolak ke Lata Celak

** Untuk melihat lagi gambar perkhemahan ini , klik di sini


Unit Media GB4B Permatang Pauh
Lata Celak ,Hutan Simpan Gunung Inas

Sunday, January 17, 2010

Program memasak Bubur Asyura GB4B Sinar Jaya Kg Pelet

AJK GB4B Kawasan Prmtg Pauh juga hadir





proses membungkus bubur asyura untuk
diagihkan kepada ahli dan penduduk
kampung








Bendahari Cawangan, Sdr Hamizan memasak
nasi untuk jamuan tengahari berserta
gulai pisang

Pada 17/1/2010 , GB4B Cawangan Sinar Jaya menganjurkan program kemasyarakatan di kampung iaitu memasak bubur asyura di rumah Pengerusi GB4B Cawangan , Sdr Syamsuri . Program ini mendapat sambutan menggalakan oleh belia kampung dan penduduk yang sama-sama bergotong-royong memasak bubur asyura dan juga sedikit jamuan tengahari .
Bubur asyura ini dibungkuskan dan diagihkan kepada ahli belia dan penduduk sekitar kampung .


Pengerusi dan AJK Gerakan 4B Permatang Pauh mengucap "Tahniah dan Syabas" kepada Pengerusi GB4B Sinar Jaya Kg Pelet kerana berjaya mengadakan program ini bersama belia dan masyarakat kampung.


" Semoga GB4B Sinar Jaya Kg Pelet akan terus bersinar "



Unit Media GB4B Prmtg Pauh
Kampung Pelet

Friday, October 30, 2009

Belia 4B Sinar Jaya Kg Pelet bantu di Jogaton SK Seri Penanti


senamrobik dilakukan sebelum memulakan larian jogaton


Sek Keb Seri Penanti telah menganjurkan pertandingan jogaton pada 31 Oktober 2009 bagi mengumpul sumbangan untuk tabung PIBG sekolah . Larian jogaton ini terbuka kepada pelajar sekolah ,guru-guru dan juga waris pelajar .

Gerakan Belia 4B Cawangan Sinar Jaya Kg Pelet juga membantu pihak sekolah dan PIBG dalam jogaton ini dengan bertugas sebagai marshall di checkpoint di setiap laluan .



pelajar lelaki kategori tahun 4,5 ,6 melalui laluan checkpoint




aktiviti senamrobik




menjamu selera jamuan yang disediakan pihak sekolah




Marshall Jogaton dari Gerakan Belia 4B Sinar Jaya Kg Pelet

Popular Posts