Followers

Tuesday, August 24, 2010

Sekitar Majlis Perundingan Belia Negara 2010




sumbangan peruntukan oleh kerajaan kepada NGO belia, MBM

ucapan oleh Sdr Maliki selaku Presiden MBM

Sdr Roslan Abd Rahim , Pengerusi GB4B PP sebagai wakil
dari MBN PP

Presiden GPMS Sdr Jais Karim



sumber : MBM


Putrajaya, 23 Ogos 2010 - Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Sidang III Penggal 2009-2010 telah diadakan di Hotel Marriot Putrajaya. Majlis yang dirasmikan oleh YB. Menteri Belia dan Sukan Malaysia bermula pada jam 2 petang dan berakhir lewat jam 6 petang. Anggota persidangan turut diraikan dengan Majlis Berbuka Puasa sejurus tamat persidangan.

MBM dilantik sebagai Penolong Pendaftar Pemilih oleh SPR


KUALA LUMPUR 19 Ogos - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersetuju untuk melantik Majlis Belia Malaysia (MBM) sebagai Penolong Pendaftar Pemilih dalam usaha menarik golongan belia mendaftar sebagai pemilih.

Pegawai Perhubungan Awam SPR, Sabri Said berkata, kerjasama itu tercetus hasil perjumpaan antara Presiden MBM, Mohamed Maliki Mohamed Rapiee dan beberapa wakil majlis tersebut dengan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof di Ibu Pejabat SPR, Putrajaya.

"Sebagai pengelola aktiviti belia di negara ini, MBM diharap dapat menambahkan jumlah warganegara yang layak untuk mendaftar sebagai pemilih.

"SPR yakin MBM boleh memainkan peranan yang berkesan kerana mempunyai rangkaian dengan belia-belia di peringkat negeri dan daerah di seluruh negara," katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Menurut Sabri, rekod daftar pemilih SPR sehingga suku pertama tahun ini adalah 4,194,190 atau 37 peratus pemilih berdaftar adalah dalam kategori belia iaitu 21 hingga 40 tahun.

"Namun masih terdapat 4.3 juta atau 28 peratus warganegara yang berusia 21 tahun ke atas yang layak tetapi belum mendaftar sebagai pemilih," katanya.

Beliau berkata, MBM turut mengemukakan kertas cadangan bertajuk Program Pendidikan Masyarakat Mengenai Hak dan Tanggungjawab Mengundi di Kalangan Pemimpin Belia Tempatan kepada SPR.

Menurutnya, cadangan itu bertujuan membantu meningkatkan kesedaran golongan belia mengenai kepentingan mendaftar sebagai pemilih.

Sunday, August 15, 2010

KURSUS ASAS MASAKAN-GB4B Padang Ibu














































Pada 24 April – 23 Mei 2010 yang lalu Gerakan Belia 4B Padang Ibu telah berjaya mengadakan kursus KURSUS ASAS MASAKAN(Latihan Kemahiran Tidak Formal) setiap Sabtu dan Ahad.

Kursus ini di anjurkan oleh Jabatan Belia & Sukan Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Belia 4B Permatang Pauh dan Belia 4B Padang Ibu. Program ini mendapat sambutan yang mengalakan dari penduduk setempat dari Padang Ibu, Padang Temusu, Kampung Pelet, Guar Perahu, Taman Guar Perahu, Jarak, Kepala Batas, Kampung Petani, Taman Pauh Jaya dan Kulim.

Kursus ini di hadiri oleh 56 peserta dari pelbagai peringkat umur dan telah terbahagi kepada 4 kumpulan iaitu kuning, oren, coklat dan hijau.

Terdapat 4 orang chef dan tukang masak yang terlibat dalam program ini.Antaranya tenaga pengajar Chef Ridhwan dan Chef Azwarita daripada Kolej Komuniti Nibong Tebal, Chef Ibrahim dari Kulim Golf Resort dan Chef Rahmah dari Restoren Padang di Pulau Pinang.

Diantara menu yang di pelajari Chicken Chop, Lamb Chop, Char Hor Fun, daging dendeng Berlada, Pie Apple, Chicken Pie, Kerabu Pelam, Egg Noodles, Ayam masak Calio, Cantonese Mee dan Rendang Minang. Program berjalan dengan lancar, peserta dan tenaga pengajar memberi komitmen serta kerjasama yang baik.

"Semoga ilmu yang di pelajari di ingati dan di praktikkan untuk
kebaikan bersama…Majulah Belia 4B Padang Ibu..
moga kita terus berusaha untuk memajukan diri sendiri, keluarga dan bangsa...Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Kursus Asas Masakan ini…"

Cik Shakinah,Pengerusi GB4B Padang ibu.

Dari pihak AJK GB4B Permatang Pauh dengan ucap 'SYABAS' kepada Pengerusi GB4B Padang Ibu atas kejayaan menjadi tuan rumah program kursus ini.


Unit Media GB4B Permatang Pauh
Padang Ibu

Sunday, August 8, 2010

Gotong Royong membaiki rumah di Kg Pelet

bergambar kenangan ...

Dato Abd Jalil menunjukkan skil susun bata sambil
diperhatikan Datuk Arif , Pak Hashim dan Abg Din .



Pada 8/8/2010 , satu program gotong royong telah membaiki rumah Abg Din anjuran UMNO Cawangan Kg Pelet dengan kerjasama GB4B Cawangan Sinar Jaya Kg Pelet. Turut sama hadir Dato Abd Jalil Majid , Ketua UMNO Bahagian Prmtg Pauh dan YB Datuk Arif Shah Omar Shah .



Popular Posts