Followers

Wednesday, December 30, 2009

Selamat Tahun Baru 1 Malaysia 2010

Beberapa jam sahaja lagi kita akan menyambut Tahun Baru 2010. Meninggalkan tahun 2009 yang penuh dengan pelbagai warna-warni kehidupan. Warna-warni yang menandakan Malaysia dan belia semakin matang hari demi hari. Begitu juga dengan GB4B Malaysia dan Kawasan Permatang Pauh dengan kepimpinan baru yang bakal menyambung kesinambungan perjuangan belia 4B di bawah Akta Belia yang baru yang menghadkan umur belia iaitu 15 - 40 tahun . Syabas kepada semua pemimpin yang telah dipilih untuk memegang jawatan ini dan jalankan tanggungjawab dan amanah ini dengan ikhlas dengan semangat sukarelawan yang tinggi .

Di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengetuai kerajaan menggunakan slogan gagasan 1 Malaysia , nampaknya ia telah mula meresapi di kalangan rakyat terutama generasi belia. Bagi golongan belia , slogan 1 Belia 1 Malaysia kini akan terus dipopularkan kepada golongan muda di seluruh negara dengan bermulanya ekspedisi 1 Belia 1 Malaysia yang telah dilancarkan oleh Menteri KBS , Datuk Ahmad Shabery Chik baru -baru ini .


Salam 1 Belia 1 Malaysia ..

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2010



Unit Media GB4B Permatang Pauh

Ekspedisi 1 Belia 1 Malaysia pupuk semangat patriotisme


KUALA LUMPUR 28 Dis. - Sebanyak 30 kereta yang melibatkan 80 peserta terdiri daripada golongan belia dari seluruh negara menyertai Ekspedisi 1Belia 1Malaysia selama enam hari bermula hari ini.

Ekspedisi anjuran Kementerian Belia dan Sukan serta Majlis Belia Malaysia (MBM) itu yang melibatkan 10 negeri bermula di Hotel Palace Of The Golden Horses di Seri Kembangan di sini dan akan berakhir di Lenggong, Perak.

Ketua Ekspedisi, Hasmadi Md. Yatim berkata, program jelajah Malaysia bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat khususnya golongan belia terhadap gagasan kerajaan ke arah melahirkan generasi belia yang mempunyai semangat patriotisme yang tinggi.

Katanya, setiap destinasi yang disinggahi turut diadakan pelbagai aktiviti bersama Majlis Belia Negeri di samping mempromosikan logo 1Belia 1Malaysia.

"Kita akan melaksanakan pelbagai aktiviti menarik sepanjang ekspedisi itu seperti acara sukaneka, pengedaran cenderahati, risalah, pelekat dan poster berkaitan belia.

"Acara sambutan hanya diadakan di Semenanjung disebabkan faktor geografi menyukarkan kami ke Sabah dan Sarawak," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis pelepasan konvoi itu yang disempurnakan oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek.

Sebelum itu, Ahmad Shabery mempengerusikan Persidangan Majlis Perundingan Belia Negara 2009/2010 di hotel yang sama.

Menurut Hasmadi, antara objektif lain ekspedisi itu adalah memberi pendidikan dan maklumat berguna kepada golongan belia melalui program yang dijalankan dan meningkatkan kesedaran pentingnya perpaduan di kalangan belia negara ini.

"Diharapkan pendekatan dan pengisian yang digunakan ini dapat memberi makna kepada para peserta dan belia seluruh negara untuk menanam sifat jati diri, cinta pada negara dan bekerjasama ke arah melahirkan generasi muda 1Belia 1Malaysia," tambahnya.

Katanya, ekspedisi itu akan berakhir di Lenggong 2 Januari ini selepas singgah di berapa destinasi utama seperti Dataran Pahlawan, Bandar Hilir, Melaka; Kemaman, Terengganu; Tanjung Malim, Perak dan Kangar, Perlis.

Perhimpunan Agung GB4B Malaysia 2009 di Hotel Tanjung Puteri, Melaka

bacaan Ikrar GB4B oleh Presiden baru Sdr Muammar Ghadafi


delegasi perwakilan dari PP

Pengerusi 4B Pmtg Pauh bersama Tim.Pengerusi Negeri PP, Saudari Nor Azah

Sdr Hilmi ( S/U GB4B Prmtg Pauh )

Kepimpinan baru GB4B Malaysia


Sdr Amir dan Hilmi -perwakilan Prmtg Pauh



silat warisan Melayu



Pengerusi Negeri PP Saudara Roslan Rahim(kiri)bersama Pengerusi tetap Negeri Saudara Ismail Awang

Monday, December 28, 2009

Derma Darah-Di Taman Baru


Gambar hiasan

Kepada semua belia2, beliawanis dan orangramai, Gerakan Belia 4B Cawangan Taman Baru, Seberang Jaya akan menjalankan satu program "DERMA DARAH" di Dewan Orangramai Taman Baru pada 24-01-2010 ini. Kepada semua sebarkan kempen ini kepada semua yang anda kenali...
Datanglah beramai-ramai...

Kem Permata Kasih 25 - 27 Disember 2009 di Damai Park Resort

Antara aktiviti yang sempat dirakam oleh kamera Unit Media GB4B ketika hari terakhir Kem Permata Kasih .

Kem Permata Kasih 2009

majlis penyampian hadiah kepada
setiap kumpulan oleh Pengarah LPPKN
Pn Hajah Rakiah




majlis penutup Kem Permata Kasih 2009





lakonan remaja perempuan yang dengar
cakap ibunya


sekumpulan remaja bermasalah lepak
bersama gengnya .

lakonan remaja yang minta duit kepada ibunya
untuk membeli dadah


lakonan dua adik beradik kembar yang
derhaka kepada bapanya Datuk Talhah



wakil GB4B Prmtg Pauh turut hadir
pada majlis penutup Kem Permata Kasih










perbincangan dalam kumpulan mengenai
persembahan nanti



dorm yang menempatkan semua peserta


Damai Park Resort


Pada 25 Disember lepas , Kem Permata Kasih anjuran LPPKN Pulau Pinang dengan kerjasama Kelab Rakan Muda Permatang Pauh dan Gerakan Belia 4B Prmtg Pauh telah diadakan selama 3 hari di bertempat di Damai Park Resort ,Merbok . Program ini diuruskan sendiri oleh pihak LPPKN yang mempunyai fasilitator yang berpengalaman dan terlatih . Program ini terbuka untuk golongan remaja yang berumur dari 15 tahun ke 25 tahun di sekitar SPT dan seramai 54 orang peserta menyertai kem ini yang terdiri daripada 29 orang lelaki dan 25 orang perempuan.

Syabas kepada adik-adik semua yang sanggup berkorban meninggalkan keluarga dan rakan-rakan ketika musim cuti sekolah ini untuk menyertai Kem Permata Kasih yang banyak memberikan kesedaran dan manfaat berguna kepada remaja agar tidak terjebak dengan gejala sosial yang semakin menular masa kini .Program ini juga banyak membentuk dan membimbing remaja bagi menjadi seorang remaja yang mempunyai jati diri dan sahsiah yang tinggi .


Unit Media GB4B Prmtg Pauh
Damai Park Resort, Merbok

Monday, December 21, 2009

Bilik Gerakan Belia 4B Kawasan Permatang Pauh-Dipecah masuk

Hanya ini yang tinggal

Hanya ini yang tinggal

BERITA SEDIH, Pada 18/12/2009-Bilik Gerakan Belia 4B Kawasan Permatang Pauh yang bertempat didewan Komuniti Bestari Kampung Pertama telah ditimpa malang apabila dipecah masuk pencuri, kesemua peralatan2 komputer, Sound System hakmilik Komuniti Bestari dan juga komputer hakmilik KEMAS turut dicuri. Didapati pencuri telah memecah masuk pada malam hari daripada pintu tepi yang berhampiran meja guru TABIKA. Pihak Komuniti hanya menyedari pada 10pagi Jumaat dan telah membuat lapor pada Pihak Polis pada hari yang sama.
Kejadian ini beri kesan yang amat besar bagi AJK Pergerakan Belia 4B Kawasan Permatang Pauh dan juga AJK Komuniti Kg Pertama kerana banyak maklumat2 ada tersimpan pada komputer2 tersebut, dibawah adalah barang2 yang telah dicuri:-
1) 2 -monitor LCD
2) 4 -CPU komputer
3) 1set -System Equalizer
4) 2 - Sound system (2Kaki)
5) 1 set- Alat2 mikrofon
Kepada sesiapa yang ada maklumat2, sila lapor segera kepada Balai Polis yang berhampiran. Dengan peristiwa malang ini kami dipihak Gerakan Belia 4B Permatang Pauh dan juga mewakili pada pihak Komuniti Bestari Kampung Pertama dengan berbesar hati kepada sesiapa yang ingin memberi sumbangan yang bentuk wang atau peralatan adalah amat di alu-alukan, anda bolehlah hubungi sdr Faizal (No Tel: 019-4232827), atas kesudian anda dapatlah pihak kami menjalankan kerja amal dan sukarela ini seperti sediakala.

Persidangan Belia Meneroka Masa Depan 18- 20 Disember 2009 di Langkawi





bergambar kenangan di Chandek Kura Hotel




Exco Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang
Yb Pn Ong Kok Fooi hadir pada Majlis Perasmian

Kak Nora ,Anuar dan Faizal menjamu selera
ketika waktu rehat
.




Sdr Zaidi Abd Aziz dari Majlis Belia Malaysia
menyampaikan ceramah Halatuju Belia
Malaysia : Membentuk negara bangsa


Prof Turiman Suandi dari UPM menyampaikan
ceramah Urustadbir & Keberkesanan Pertubuhan
Belia Malaysia


Sifu Belia di Pulau Pinang iaitu Uncle Sulaiman
Bin Abdullah dari IKBN Bukit Mertajam
yang menyampaikan ceramahnya Peranan
& Skop kerja dalam organisasi sukarela

Cik Zakiah dari Yayasan Salam antara penceramah
yang membuatkan dewan gamat seketika dengan gelak
ketawa peserta yang mengikuti cerita dan
pengalaman beliau dalam kerja sukarela


wakil dari HYO juga turut mengikuti persidangan ini



Sdr Anuar ,Kak Nora dan Faizal khusyuk mengikuti
ceramah


Ceramah bertajuk Belia Meneroka Masa Depan
oleh Presiden Majlis Belia Negeri PP
Sdr Mohamed Maliki Mohamed Rapiee

Barisan kepimpinan Majlis Belia Negeri

Abg Marzuki selaku ketua peserta persidangan
menerima sijil dari Presiden MBN


Pada 18hb Disember - 20 Disember ,Gerakan Belia 4B Prmtg Pauh menyertai Persidangan Belia Meneroka Masa Depan anjuran Majlis Belia Negeri Pulau Pinang. Persidangan ini diadakan bertujuan untuk memberikan input berkenaan kepimpinan, pengurusan dan perhubungan kepada kepimpinan belia baik di peringkat daerah mahupun cawangan .

Persidangan selama 3 hari di Hotel Chandek Kura ini dihadiri oleh 82 orang peserta dari beberapa persatuan di bawah MBN iaitu Gerakan Belia 4B , GPMS , Puteri Islam , St John , HYO , Kelab Bell Belia Tamil , Majlis Belia Daerah dan lain -lain . Fokus utama kriteria peserta untuk persidangan ini ialah pemimpin -pemimpin yang berjawatan penting dalam pertubuhan belia samada di peringkat daerah mahupun cawangan.

Selama 3 hari menghadiri persidangan ini, banyak input dan pengetahuan serta pengalaman diperolehi yang mana ia boleh diaplikasi di dalam organisasi Gerakan Belia 4B di kawasan mahupun di cawangan. Belia sebenarnya adalah sebuah entiti utama yang berperanan sebagai pelapis kepada kepimpinan negara dan juga penggerak kepada masyarakat keseluruhannya. Di atas bahu belialah diberikan tanggujawab untuk melaksanakan perpaduan dan mengekalkan keharmonian kaum di dalam negara kita. Jadilah seorang belia yang berguna dan berjasa kepada masyarakat dan negara.


Unit Media GB4B Prmtg Pauh
Hotel Chandek Kura , Langkawi

Konsep 3K pacu belia ke Wawasan 2020


YO!: Wawancara


Ada 13 tahun saja lagi. Apabila dicampur angka itu dengan tahun 2007, bermakna Malaysia akan mencapai gagasan Negara iaitu Wawasan 2020. Satu pihak melihat 13 tahun masih lama, tetapi satu pihak lagi menganggap tempoh tersebut sebenarnya pendek. Alasannya ialah ‘pejam celik pejam celik’ (siang berganti malam) tahun 2020 sudah agak dekat. Masalahnya, adakah seluruh warga Malaysia terutama generasi muda benar-benar mampu untuk berdepan dengan era 2020 yang persaingannya ternyata lebih kompleks. Malaysia kini mempunyai kira-kira 11 juta rakyat berstatus belia. Namun begitu, Cuma kira-kira tiga juta sahaja yang menganggotai organisasi belia.

Kira-kira tiga juta orang belia berpersatuan itu pula, mereka dipayungi oleh satu organisasi besar iaitu Majlis Belia Malaysia (MBM). Kali ini wartawan YO!, Bazli Abdul Rahman menemu bual Presiden MBM, Dato’ Shamsul Anuar Hj. Nasarah bagi mengetahui sejauh manakah persediaan belia untuk mendepani tahun 2020.


Yo!: Daripada 11 juta belia, Cuma tiga juta berpersatuan. Bagaimana MBM boleh membentuk lapan juta orang lagi?

Shamsul : Saya akui perangkaan itu. Sebenarnya adalah mustahil semua 11 juta belia (berumur 15 hingga 40 tahun) yang ada di negara ini akan berpersatuan secara aktif. Lainlah jika ada satu undang-undang yang mewajibkan setiap belia mesti berpersatuan. Sekarang cuma 3 juta golongan muda menyertai 40 organisasi belia manakala lapan juta lagi kedudukannya secara berterabur. Maksud berterabur itu ialah daripada lapan juta sebahagian besar masih di bangku sekolah menengah, di institut pengajian tinggi (IPT) termasuk universiti manakala yang lain sudah bekerja. Penuntut IPT pula tidak boleh aktif berpersatuan belia kerana terikat dengan akta universiti. Walaupun mereka (pelajar, penuntut IPT dan belia yang berkerja) tidak boleh terlibat secara langsung dengan program MBM tetapi yang penting bagi kami ialah mereka tahu MBM menyediakan program pembangunan untuk mereka sebagai kumpulan sasar.

Yo!: Tahun 2020 kian hampir. Bagaimana cara MBM mendekatkan diri dengan belia demi memacu mereka untuk mencapai Wawasan 2020?

Shamsul: Banyak cara yang telah kita laksanakan. Antaranya ialah MBM memberi tumpuan kepada konsep 3K iaitu Kepimpinan, Kemahiran dan Keusahawanan. Konsep 3K itu pula MBM pecahkan kepada lima bahagian iaitu ilmu pengetahuan, masalah sosial dan dadah, memasyarakatkan gerakan belia, mengantarabangsa belia dan keahlian pertubuhan belia. Untuk mendampingi mereka kita mengambil pendekatan yang bersifat matang dan global. MBM sentiasa memahami kehendak dan cita rasa orang muda yang telah berubah. Kita tidak boleh lagi menggunakan budaya lama. Contohnya, dulu orang muda mudah dipanggil ke dewan sivik di kampung bagi mendengar ceramah. Kini, amalan lama itu sudah tidak digemari lagi. Belia mahu ke program yang menyeronokkan seperti aktiviti bersukan dan ada unsur hiburan. Menerusi program sebegitu barulah MBM dapat kumpulkan mereka, kemudian kita selit atau tanamkan semangat memajukan diri dan negara. Secara tidak langsung kita dapat jadikan belia sebagai tonggak utama pembangunan Malaysia.
Yo!: Kenapa MBM tidak menggunakan cara pembangunan belia negara lain seperti di Eropah sebagai contoh di Malaysia?

Shamsul: Kita mahu majukan Malaysia mengikut acuan sendiri. Sebab itulah kita tidak meniru bulat-bulat pendekatan yang digunakan di sesetengah negara. Sebenarnya, gerakan belia di Malaysia berbeza dengan di Amerika Syarikat, Afrika dan Filipina. Organisasi belia kita bukan tidak kuat, tetapi ada perbezaannya apabila dibandingkan dengan di negara-negara yang saya sebutkan tadi. Ini kerana organisasi belia di sini memiliki pemimpin yang terdiri dari individu yang kuat bekerja, termasuk dalam kabinet sendiri. Dalam kesempatan ini saya menyeru supaya orang muda mestilah faham bahawa mereka sekarang sudah menjadi ’pemain terbaik’ untuk mencapai Wawasan 2020 nanti.

Yo!: Bagaimana pula cara pelaksanaan 3K MBM?

Shamsul: Dalam aspek keusahawanan, kami bekerjasama dengan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi. Menerusi kerjasama itu, MBM memperjelaskan buat orang muda mengenai peluang perniagaan, peluang mendapat kemahiran dan peluang memperoleh pinjaman yang disediakan oleh kementerian berkaitan. Pada masa yang sama MBM mengambil pendekatan memaklumkan kepada belia bahawa peluang perniagaan bukan hanya berkisar di Malaysia sahaja. Pasaran global juga perlu mereka beri perhatian, terutama ke China, India dan Vietnam. Kita kena ingat bahawa pembangunan di tiga negara itu sedang melonjak yang secara tidak langsung ia turut memberi kesan kepada pembangunan di negara ini sendiri. Berteraskan kepada kerjasama dengan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi itu juga MBM mahu melahirkan lebih ramai usahawan peringkat rendah termasuk menjelaskan kepada belia mengenai fungsi Lembaga Pembangunan Perindustrian Malaysia (CIDB). Dalam aspek kepimpinan pula, MBM sentiasa melatih anak muda untuk diberikan kefahaman tentang kepimpinan yang tulen. Bagi mencapai matlamat itu, kami kenalah merapati mereka menerusi pertemuan seperti forum dan mengedarkan risalah bermaklumat. Pada masa yang sama, MBM juga memberikan penekanan secara lebih serius untuk memastikan belia kita sentiasa memiliki pengetahuan yang berganda. Pengetahuan itu termasuklah berhubung bahayanya pelbagai gejala sosial terutama penyalahgunaan dadah.

sumber : Majlis Belia Malaysia

Sunday, December 20, 2009

Pemimpin Yang Baik, Lahir Dari Masyarakat Yang Baik




Kestabilan sesebuah negara (pemerintahan dan pentadbirannya) itu sebenarnya terbentuk bermula dari diri setiap individu yang kemudiannya keluarganya, dan seterusnya keterlibatannya dalam kemasyarakatan, yang akhirnya menyumbang dalam pembinaan sesebuah negara tertentu tersebut.Maka, perlulah untuk kita memahami bahawa pemimpin yang baik itu asalnya sebenarnya terlahir dari masyarakat kebanyakan iaitu dari kalangan sesama kita. Jika setiap individu tidak dibina dengan keimanan dan kesolehan yang betul, bagaimana kita mahu melahirkan pemimpin yang benar-benar baik dari kelompok masyarakat tersebut? Sedangkan usaha-usaha pembinaan yang positif tidak wujud dalam diri setiap individu yang membentuk sesebuah masyarakat tersebut?



Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman (maksudnya),



“Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang soleh bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di muka bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredhai-Nya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka tetap menyembah-Ku dengan tiada mempersekutukan sesuatu apa pun dengan Aku. Dan barangsiapa yang (tetap) kafir sesudah (janji) itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasiq.” (an-Nuur, 24: 55)



Imam Ibnu katsir rahimahullah menjelaskan,



“Dari sini kita berupaya mengetahui dan menilai akan kebenaran janji Allah dan Rasul-Nya. Maha Benar Allah dan Rasul-Nya. Kita memohon kepada Allah supaya Dia selalu melimpahkan kepada kita keimanan kepada Allah dan Rasul-Nya serta kekuatan untuk mensyukurinya bersesuaian dengan apa yang diredhai-Nya.



Ar-Rabi’ bin anas telah meriwayatkan sebuah hadis yang bersumber dari Abul ‘Aliyah ketika menafsirkan firman Allah tersebut, ia berkata,



“Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa Sallam dan para sahabatnya tinggal di Makkah sekitar sepuluh tahun. Mereka berdakwah, menyerukan untuk beribadah kepada Allah dan menyembah Sang Khaliq Yang Maha Esa, tidak ada sekutu bagi-Nya. Dakwah yang dilaksanakan bersifat rahsia dan secara senyap-senyap. Mereka tidak berani bertindak lebih dari itu, kerana pada ketika itu, masih belum ada perintah untuk berperang. Perintah keluar berperang hanya muncul sekitar selepas mereka berhijrah ke Madinah.



"Pada awalnya mereka merasa takut, sama ada di waktu pagi atau pun di petang hari. Mereka selalu sentiasa bersiap sedia dengan senjata. Mereka berada dalam keadaan seperti itu sehingga ke waktu yang dikehendaki oleh Allah... ...Dan Allah Subhanahu wa Ta’ala pun menurunkan ayat tersebut "(an-Nuur, 24: 55).



"Allah menjadikan Nabi-Nya mampu menguasai Jazirah arab, sehingga mereka pun merasa aman dan tidak lagi sentiasa dalam keadaan berjaga-jaga (ketakutan). Kemudian setelah Allah mewafatkan Nabi-Nya, mereka tetap merasa aman di bawah pemerintahan Abu Bakar, Umar dan Ustman...” (Rujuk: Shahih Tafsir Ibnu Katsir, Terbitan Pustaka Ibnu katsir, jil. 6, m/s. 431-432)



Beliau juga menjelaskan,



Adalah para Sahabat, kerana mereka merupakan kelompok (komuniti) manusia yang paling mentaati perintah Allah setelah Nabi wafat, maka kejayaan yang mereka perolehi itu adalah bersesuaian dengan (keikhlasan) mereka di dalam menegakkan kalimatullah di penjuru bumi di bahagian timur mahu pun barat. Oleh kerana itu, Allah memperkuatkan (memperkukuhkan) kejayaan mereka sekuat-kuatnya sehingga mereka berupaya menakluki pelbagai negeri lainnya dan menjadi penguasa penduduk negeri yang mereka takluki. Namun ketika umat telah mula lalai dalam menjalani ketaatan kepada Allah, maka menjadi pudarlah kejayaan umat Islam. Namun dalam sebuah hadis yang termaktub di dalam kitab Shahih al-Bukhari dan Shahih muslim, dan diriwayatkan melalui banyak jalur periwayatan, disebutkan bahawa Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,



“Akan sentiasa ada segolongan dari umatku yang membela kebenaran. Tidak akan membahayakan mereka orang-orang yang menghina dan yang menyelisihi mereka, sehinggalah datang hari kiamat”.” (Hadis Riwayat muslim, 1/137) (Rujuk: Shahih Tafsir Ibnu Katsir, Terbitan Pustaka Ibnu katsir, jil. 6, m/s. 436-437)



Dari sini kita dapat melihat sebuah penjelasan yang menerangkan bahawa sebuah pemerintahan yang baik (pentadbiran yang berkesan) lahir dari sebuah masyarakat yang memiliki keimanan, kesolehan dan ketaatan yang baik kepada Allah.



Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman (maksudnya),



“Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri itu beriman dan bertaqwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi.” (al-A’raaf, 7: 96)



“Dan mengapa tidak ada (penduduk) suatu kota yang beriman, lalu imannya itu bermanfaat bagi mereka, selain kaum Yunus. Tatkala mereka (kaum Yunus itu) beriman, Kami hilangkan dari mereka azab yang menghinakan dalam kehidupan dunia, dan Kami beri kesenangan kepada mereka sehingga pada waktu yang tertentu.” (Yunus, 10: 98)



“Dan Kami utus dia (Yunus) kepada seratus ribu orang atau lebih. Lalu mereka beriman, kerana itu Kami anugerahkan kenikmatan hidup kepada mereka hingga waktu yang tertentu.” (ash-Shaffat: 147-148)



Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman (maksudnya),



“Dan demikian kami jadikan sebahagian orang-orang yang zalim itu menguasai sebahagian yang lain disebabkan apa-apa yang mereka (masyarakat) usahakan.” (al-An’am, 6: 129)



Imam Ibnu katsir rahimahullah menjelaskan (berkenaan ayat tersebut),



“Tiada orang yang zalim pun melainkan ia akan diuji dengan orang yang zalim. Dijadikan dari kalangan orang-orang yang zalim, mereka dikuasai oleh orang-orang-orang yang zalim lainnya. Sebahagian mereka dihancurkan dengan sebahagian lainnya, dan sebahagian mereka disiksa dengan sebahagian lainnya, sebagai balasan atas kezaliman mereka.” (Rujuk: Shahih Tafsir Ibnu Katsir, Terbitan Pustaka Ibnu katsir, jil. 3, m/s. 430)



“Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri maka Kami perintahkan orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah), tetapi mereka melakukan kefasikan/kederhakaan dalam negeri itu, maka sudah sewajarnya berlaku terhadap mereka perkataan (ketentuan) Kami, kemudian kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.” (al-Isra’, 17: 16)



Ayat ini menjelaskan kepada kita bahawa atas sebab kefasikan dan sikap ingkar terhadap ketaatan kepada Allah akan mengakibatkan suatu masyarakat atau negeri itu dibinasakan.



Begitu juga dengan firman Allah,



“Dan (penduduk) negeri itu telah Kami binasakan ketika mereka berbuat kezaliman.” (al-Hakfi, 18: 59)



Al-Walid ath-Tharthusi rahimahullah berkata,



“Sehingga sekarang masih terdengar orang-orang berkata, “amalan-amalan kalian adalah pekerja-pekerja kalian”, sebagaimana kalian sekarang ini; maka seperti itulah kalian akan dipimpin. Di dalam al-Qur’an terdapat ayat yang semakna dengan perkara ini,



“Dan demikian kami jadikan sebahagian orang-orang yang zalim itu menguasai sebahagian yang lain disebabkan apa-apa yang mereka (masyarakat) usahakan.” (al-An’am, 6: 129)



Abdul Malik bin Marwan pernah berkata,



“Wahai rakyatku! Bersikap adillah kepada kami! (Bagaimana mungkin) kalian mahukan dari diri kami sebagaimana yang dilaksanakan oleh Abu Bakar dan Umar, sedangkan kalian tidak pun mengerjakan sebagaimana apa yang mereka amalkan?!” (Siraj al-Muluk, m/s. 100-101)



Maka, dengan ini dapatlah kita mengetahui dan memahami bahawa kesolehan dan keadilan yang terpancar (lahir) pada diri pemerintah berserta cemerlangnya sesebuah pentadbiran itu sebenarnya turut bergantung kepada kesolehan, keimanan, dan keadilan dalam diri-diri masyarakatnya. Maka, atas sebab itu, kita tidak memiliki jalan lain melainkan kita masing-masing mengambil inisiatif untuk bermula melakukan perubahan ke dalam diri sendiri dan seterusnya ke dalam masyarakat di sekeliling kita. Maka, bermuhasabahlah dan berusahalah menambah ilmu, pengetahuan dan maklumat berkaitan agama bagi tujuan membersihkan diri (dan masyarakat) dari pelbagai jenis kecelaruan dan kekeliruan (kejahilan). Hanya dengannya kita mampu memperbaiki diri-diri kita, keluarga kita dan seterusnya menerapkannya ke dalam segenap ruang lingkup kehidupan kita dan mengaktifkannya bersama-sama dengan masyarakat sekeliling.



“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan tidak menderhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.” (Surah at-Tahrim, 66: 6)



“Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat-menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat-menasehati supaya menetapi kesabaran.” (al-‘Ashr, 103: 1-3)



“Sesungguhnya Allah tidak merobah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merobah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.” (ar-Ra’d, 13: 11)


Maka, sebagai jalan penyelesaiannya di sini adalah kita masing-masing perlu berusaha memperbaiki diri dengan menerapkan agama berpandukan dasar-dasar yang jelas berpandukan petunjuk dari al-Qur’an dan as-Sunnah dengan tafsiran-tafsirannya yang jelas (di atas prinsip para salaf). Proses tasfiyah (pemurnian) dalam beragama (beraqidah) perlu berlaku dan pentarbiyahan pula perlu berlangsung dengan ilmu yang betul.

Program Kemasyarakatan: GB4B Prmtg Pauh mengunjungi rumah keluarga Hafizi

GB4B Permatang Pauh bersama keluarga Hafizi



team kemasyarakatan GB4B
Permatang Pauh



Sdr Suhaimi dan Amir





kunjungan team GB4B

Pada 13hb Disember 2009 yang lepas, Gerakan Belia 4B Permatang Pauh menerusi Team Program Kemasyarakatan GB4B Prmtg Pauh meneruskan lagi aktiviti kemasyarakatan dengan mengunjungi rumah ahli Cawangan Kg Prmtg Janggus iaitu Sdr Mohd Hafizi Bin Abas yang kehilangan bapa Arwahyarham Abbas Bin Mardzuki yang meninggal dunia pada 9hb Disember 2009 .

Dalam kunjungan ini juga, GB4B Prmtg Pauh memberi sedikit sumbangan berbentuk barangan keperluang harian kepada keluarga Hafizi bagi meringankan beban keluarganya. Program kemasyarakatan seperti ini cukup baik dan mendekatkan belia dengan masyarakat .


Unit Media GB4B Prmtg Pauh
Kg Permatang Janggus

Popular Posts