Followers

Monday, December 14, 2009

Hari Keluarga dan Sukaneka Cawangan Padang Ibu







Datuk Abd Jalil menyampaikan hadiah kepada peserta
dan pemenang cabutan bertuah




berkhidmat untuk masyarakat




GB4B Permatang Pauh menyampaikan sumbangan
kepada penduduk yang tidak berkemampuan
dan golongan warga emas




Sdr Amir menyampaikan ucapan





Pada 13 Disember 2009 , UMNO Cawangan Padang Ibu dengan kerjasama Gerakan Belia 4B Cawangan Pdg Ibu menganjurkan Majlis Sukaneka dan Hari Keluarga di perkarangan rumah Ketua Cawangan UMNO Pdg Ibu , Pn Hajah Latifah Bt Datuk Hj Mohd Noor.

Program kemasyarakatan ini berlangsung dengan suasana cukup meriah dan kehadiran ramai penduduk sekitar terutama golongan muda Kampung Pdg Ibu sejak awal pagi lagi . Pelbagai pertandingan diadakan antaranya pertandingan membuat gubahan , tarik tali, kerusi berirama , makan epal , lari dalam guni serta cabutan bertuah .

Gerakan Belia 4B Kawasan Permatang Pauh yang menjalankan program kemasyarakatan selama 2 bulan juga menyampaikan sumbangan berbentuk barangan keperluan harian kepada penduduk yang kurang berkemampuan dan juga warga emas. Sumbangan ini disampaikan oleh Pengerusi Gerakan Belia 4B Kawasan Permatang Pauh , Sdr Mohd Amiruddin Hj Abd Hamid .

Selain itu, majlis ini juga diserikan lagi oleh kehadiran Datuk Abd Jalil Abd Majid, Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh yang sudi hadir merasmikan Majlis Sukaneka dan Hari Keluarga ini serta menyampaikan hadiah-hadiah kepada peserta. Beliau juga turut menyarankan kepada cawangan -cawangan lain agar mengadakan aktiviti-aktiviti dan program seperti ini bagi menyahut seruan PM iaitu agar pemimpin turun padang dan mendekati rakyat. Menurutnya lagi, UMNO Bahagian bersedia untuk menyediakan peruntukan untuk program seperti ini akan diberikan dan pemohonannya harus dikemukakan lebih awal bagi memudahkan urusan .














pemenang pertandingan tarik tali wanita



antara AJK GB4B Prmtg Pauh yang hadir












menjamu selera



acara makan buah epal




acara kemuncak iaitu tarik tali menjadi tumpuan
golongan belia



Sdr Amir menjadi pengadil acara tarik tali



golongan beliawanis juga tidak turun ketinggalan
sertai tarik tali ini





Unit Media GB4B Prmtg Pauh
Kg Padang Ibu


No comments:

Post a Comment

Popular Posts