Followers

Thursday, December 10, 2009

Gerakan Belia 4B Pulau Pinang calonkan Mohd Nizam Omar sebagai Timbalan Presiden Gerakan Belia 4B Malaysia


MELAKA 9 Dis. - Pengerusi Gerakan Belia 4B Negeri Melaka, Mohd. Nizam Omar dicalonkan untuk merebut jawatan Timbalan Presiden Gerakan Belia 4B Malaysia pada perhimpunan agung tahunan pertubuhan itu mulai 20 hingga 22 Disember ini.

Mohd. Nizam setakat ini mendapat tiga pencalonan iaitu dari Melaka, Pulau Pinang dan Terengganu.

Turut dicalonkan ialah Naib Pengerusi Wanita Gerakan Belia 4B Melaka, Mas Ermieyati Samsudin untuk jawatan Ahli Majlis Tertinggi manakala Pengerusi Gerakan Belia 4B Kawasan Masjid Tanah, Zaidi Mohd. bagi jawatan pemeriksa kira-kira.

Mohd. Nizam menyifatkan pencalonan yang diterima dari Melaka, Pulau Pinang dan Terengganu untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden sebagai pengiktirafan yang amat berharga.

''Saya mengucapkan terima kasih atas kepercayaan yang diberikan untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden," katanya di sini hari ini.

Sebanyak 15 jawatan tertinggi termasuk Presiden akan dipertandingka

No comments:

Post a Comment

Popular Posts