Followers

Monday, December 30, 2013

KERAJAAN HARUS DENGAR RINTIHAN RAKYAT ISU KOS SARA HIDUP



Bermula dengan kenaikan harga minyak, gula, tarif elektrik, tol dan kini tambang bas sekolah juga akan dinaikkan sehingga 40%. Semua kenaikan ini ternyata akan memberi implikasi yang besar kepada golongan pengguna diperingkat bawahan. Malah golongan sederhana juga dijangka selepas ini bakal menjadi golongan 'miskin bandar'.

 Persoalannya mengapakah ini semua berlaku hanya selepas kurang dari 8 bulan kerajaan Barisan Nasional(BN) kembali mendapat mandat dari rakyat? Mengapa ini semua tidak dikhabarkan kepada rakyat sebelum atau semasa kempen PRU13 rancak diadakan? Sejauh mana pihak kerajaan melihat rakyat dari persepsi mereka?

 Segala kenaikan yang terlampau ketara ini dibuat dengan pelbagai alasan klise. Kita tahu semua ini tidak dapat dimasukkan dalam manifesto kerana rakyat akan marah tetapi dengan menaikkan segala keperluan rakyat adakah kerajaan mengangap rakyat boleh dimainkan sesuka hati? Kini golongan bawahan merasakan seperti diperbodohkan.

Rakyat kini berasa seolah mereka diperbodohkan oleh pemimpin-pemimpin yang berlagak pandai dan cuba mengajar rakyat agar belajar untuk memahami situasi semasa sedangkan dalam masa yang sama mereka di atas dilihat terus boros. Sudah lupakah mereka bahawa majoriti undi yang diberikan oleh rakyat kepada mereka adalah dari golongan bawahan dan luar bandar.

Golongan ini majoritinya merasakan nasib mereka akan terbela dan terus memberikan sokongan. Tetapi kini,dengan segala kenaikan yang mendadak maka kesan utama pastinya kepada mereka. Oh lupa, kata pihak atasan tarif elektrik ini tidak akan membebankan golongan bawahan tetapi mereka lupa bahawa majoriti rumah luar bandar sekarang ada Astro, komputer, peti ais dan lain-lain.Taraf hidup mereka bukan seperti zaman 70an lagi.

Walaupun tidak semewah orang-orang kaya di bandar besar, tapi segala keperluan ini ada di rumah mereka. Yang pastinya majoritinya bil elektrik rumah mereka akan melebihi RM80.00. Maka mereka akan terkena dengan kadar tarif yang baru!

 Kita ambil sahaja jalan mudah seperti kata pak menteri, kalau ayam naik harga, jangan makan ayam, gula naik harga, jangan makan gula kerana boleh dapat kencing manis, ,maka selepas ini harga kain juga akan naik atas faktor kenaikan segala kos jadi selepas ini orang-orang luar bandar jangan pakai kain!

 Mudahnya jadi pak menteri macam ini!! "kenaikan harga tol tidak dapat dielakkan", "tarif elektrik baru ini tidak akan membebankan rakyat", "kerajaan harap rakyat faham situasi semasa psaran harga minyak mentah yang dikawal oleh kuasa besar negara-negara pengeluar minyak", "kita tidak dapat elakkan semua ini",

"Negara menanggung kos subsidi yang banyak jadi kerajaan harus menyemak semula". Inilah ayat-ayat yang sentiasa kita dengar dari pihak atasan apabila berlaku kenaikan sesuatu barang. Tetapi apabila harga minyak mentah dunia turun, ada kerajaan maklumkan kepada rakyat? Itu belum dikira dengan beberapa lagi cadangan bodoh seperti mahu menghapuskan kereta berusia 12 tahun ke atas.

 Pelbagai saluran telah digunakan untuk menyampaikan keluhan rakyat kepada pihak atasan tetapi persoalannya sejauh mana perkara ini di ambil berat?

Adakah kerajaan yakin bahawa rakyat akan bising sementara sahaja dan lama-lama akan diam? Adakah BRIM RM1200 pada musim dekat-dekat pilihanraya akan datang bakal menjadi gula-gula lagi kepada rakyat?


 Mungkin Pak Najib lupa, Pak Lah naikkan harga minyak melampau kemudian rakyat bising maka Pak Lah beri duit untuk tanggung kos dengan pemberian RM650 untuk kereta dan RM150 untuk motor bagi setiap rakyat Malaysia yang layak. Implikasinya, dalam diam ketika PRU12 kerajaan 'megah' Pak Lah tumpas di 5 Negeri dan hilang majoriti 2/3.

 Kerana kekalahan teruk ini Pak Lah di desak meletak jawatan dan Pak Najib naik dengan harapan rakyat ketika itu bahawa Pak Najib yang mempunyai pengalaman ketika zaman kejatuhan Pak Lah kerana berada bersama Pak Lah dapat belajar sesuatu dan memperbaiki keadaaan. Kini rakyat mula mempersoalkan, benarkah Pak Najib benar-benar memahami denyut nadi rakyat kerana beliau dari kecil lahir dari golongan bangsawan.

Pernahkan beliau mengalami situasi di mana duit di dalam dompet hanya ada RM50.00 selepas membayar segala hutang dan bil dan dengan duit sebanyak itu terpaksa bertahan hampir sebulan untuk menyara anak-anak yang ramai? Benarkah rakyat menjadi keperluan utama dalam setiap keputusan rakyat?

Benarkah Pak Najib dan para menteri turut menangis dalam diam setiap kali pengumuman harga barang dibuat??? Sekadar luahan yang bakal dipandang sepi..................

 SUMBER

Wednesday, December 4, 2013

SEKITAR MESYUARAT PERWAKILAN GERAKAN BELIA 4B NEGERI P.PINANG


Mesyuarat Agung  GB4B Negeri P.Pinang telah diadakan pada 3 Disember 2013 yang lalu dan ia dirasmikan oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Mesyuarat kali diadakan pemilihan barisan baru kepimpinan GB4B P.Pinang dan Mantan Pengerusi GB4B Negeri P.Pinang  Sdr Roslan Abd Rahim  tidak mempertahankan jawatannya disandangnya .

Perwakilan telah sebulat suara memilihan barisan jawatankuasa baru tanpa pertandingan dan Pengerusi GB4B Negeri P.Pinang disandang oleh Sdr Rossesarwandi dari Bayan Baru.








 barisan perwakilan Permatang Pauh 




Mantan Pengerusi GB4B Permatang Pauh ,Sdr Amiruddin menerima 
cenderahati di atas sumbangan baktinya kepada belia 4B 

Tuesday, July 16, 2013

MESYUARAT PERWAKILAN TAHUNAN 4B KAWASAN PERMATANG PAUH 2012







Alhamdulillah , Gerakan Belia 4B Permatang Pauh telah berjaya melaksanakan Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan 2012 pada 3 Julai yang lalu di Dewan Kg Pertama . Ia dirasmikan oleh En Mozakir Bin Buyong Moktar , Pegawai Belia & Sukan SPT.

Mesyuarat kali ini juga adalah bagi memilih ahli jawatankuasa baru GP4B Kawasan untuk penggal  2012 -2015 .   Pengerusi GB4B Kawasan Permatang Pauh ,   Sdr Mohd Amiruddin Abd Hamid  bersama Timb Pengerusi Sdr Anuar Zamani Ibrahim  tidak mempertahankan jawatan mereka  kerana sudah melepasi umur had keanggotaan belia .

Maka di dalam mesyuarat perwakilan tahun  dan setelah dipersetujui sebulat suara , Pengerusi GB4B Kawasan Permatang Pauh yang baru  disandang oleh Sdr Mohd Nawi Md Ismail  & Timbalan Pengerusi ialah Sdr Zaini .

Admin berharap kepada semua ahli Belia 4B dapat memberi kerjasama dan sokongan padu  kepada ahli jawatankuasa baru kawasan ini .




cenderamata kenangan kepada Sdr Mohd Amiruddin  di atas
sumbangan baktinya  kepada Belia 4B



 cenderamata kenangan kepada Sdr Anuar Zamani  di atas
sumbangan baktinya  kepada Belia 4B


 cenderamata kenangan kepada Sdr Hairil Anuar di atas
sumbangan baktinya  kepada Belia 4B

Beliawanis baru 4B 



Pengerusi kawasan yang baru bersama orang kuat 4B 

Thursday, May 16, 2013

Jawatan Menteri Belia & Sukan amanah untuk bentuk persepsi positif terhadap kerajaan - Khairy




KUALA LUMPUR, 16 Mei – Khairy Jamaluddin menyifatkan jawatan Menteri Belia dan Sukan yang disandangnya sebagai amanah yang mempunyai cabaran besar dalam mendekati golongan muda dan membentuk persepsi positif mereka terhadap kerajaan.
“Ini satu amanah cukup besar dan kali ini portfolio ini saya lihat amat berat sekali terutama untuk mendekati generasi muda dan membentuk persepsi yang lebih positif terhadap kerajaan serta membawa suara generasi muda ke dalam kerajaan,” katanya kepada pemberita.
Beliau ditemui selepas Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia oleh Menteri dan Timbalan Menteri Persekutuan di Istana Negara di sini pagi Khamis.
Mengenai pembaharuan yang mahu dibuat dalam kementeriannya, Khairy Jamaluddin berkata ia masih terlalu awal untuk bercakap mengenainya.
Bagaimanapun berdasarkan tugasnya yang dibahagikan kepada hal ehwal belia dan sukan, beliau berkata beliau akan memfokus kepada usaha membentuk generasi muda yang cintakan negara dan mencuba sebaik mungkin untuk mengangkat martabat sukan bola sepak negara ke peringkat dunia.
“Pada Rabu dalam media sosial, semua meminta pasukan Harimau Malaya supaya layak ke Piala Dunia. Saya tidak tahu nak buat macam mana dalam tempoh masa yang singkat. Walaupun harapan mereka tinggi, saya anggap ini satu cabaran untuk saya menggalas tugas dan harapan ini,” katanya.
Beliu berkata beliau akan membawa pendekatan tersendiri mengikut perspektif dirinya sendiri sebagai golongan muda bagi melaksanakan perubahan terhadap program Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
“Saya tidak tahu dari segi perbezaan untuk masa sekarang tetapi mungkin saya datang daripada generasi yang berbeza daripada menteri-menteri sebelum ini. Mungkin perspektif saya berbeza sikit, jadi saya melihat melalui perspektif ini yang lebih muda mungkin saya dapat bawa sedikit perubahan kepada program-program dalam KBS,” katanya.
Khairy Jamaluddin juga mengharapkan Kabinet yang diistilah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai kabinet transformasi mampu benar-benar memahami kehendak generasi muda.
“Saya harap saya dapat menjadi jurucakap bagi generasi muda dalam jemaah menteri yang telah dibentuk ini,” katanya.

Thursday, April 18, 2013

Bilik Operasi Jentera Belia bantu kempen BN di Permatang Pauh


Pada 17 April 2013 , bilik Operasi Jentera Belia PRU13 Parlimen Permatang Pauh telah dibukan secara rasmi selepas dilancarkan oleh calon BN Permatang Pauh Dr Mazlan Ismail .

Penubuhan bilik operasi ini adalah inisiatif sendiri  Gerakan Belia 4B Permatang Pauh  adalah  untuk membantu jentera  BN di parlimen ini  dalam kempen PRU13 .

Ketika pelancaran bilik operasi ini turut diadakan juga penyampaian sumbangan barangan keperluan harian kepada  30  warga emas & golongan memerlukan daripada Kg Pelet & Pdg Ibu . Turut hadir majlis ini ialah Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh Dato Abd Jalil Majid , Ketua Pemuda UMNO Prmtg pauh Sdr Mohd Zaidi Mohd Said serta calon-calon BN yang bertanding .









Sunday, March 10, 2013

GB4B Permatang Pauh bantah kebiadapan Tian Chua hina polis





BUKIT MERTAJAM -  Kenyataan biadab Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua yang menyifatkan insiden pencerobohan di Lahad Datu sebagai sandiwara UMNO turut menimbulkan kemarahan NGO-NGO di P.Pinang

Ekoran itu, seramai 3  orang wakil daripada  14 NGO  seperti  Gerakan Belia 4B Permatang Pauh , Kelab Warisan P.Pinang, Sekretariat Perhimpunan Melayu P.Pinang    tersebut tampil membuat laporan di di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah  (SPT) di sini hari ini.


Menurut wakil kumpulan itu, Mohd Amiruddin Abd Hamid  laporan tersebut bertujuan membolehkan polis mengambil tindakan segera kerana kenyataan Tian Chua boleh menimbulkan suasana tegang dalam kalangan penduduk di negara ini.

Beliau yang juga Pengerusi Gerakan Belia 4B Permatang Pauh berkata kenyataan Ahli Parlimen Batu itu dilihat sebagai  satu penghinaan kepada anggota keselamatan  termasuk adiknya  sendiri yang sedang bertugas Lahad Datu .

Monday, February 25, 2013

Sembang Santai Belia P.Pinang bersama YB Shabery Chik




Satu Majlis Sembang Santai Belia Bersama YB Dato Sri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Belia dan Sukan malaysia telah diadakan pada 21 Februari 2013 bertempat di Route 69, Bandar Baru Perda, Bukit Mertajam jam 9.00 malam. Seramai 200 orang belia setempat khususnya dari Parlimen Permatang Pauh telah hadir dan beramah mesra dengan YB Menteri Belia dan Sukan.

Tidak ketinggalan pemimpin-pemimpin belia peringkat kawasan, daerah dan negeri turut sama memeriahkan majlis tersebut. Di dalam Majlis tersebut beberapa permasalahan belia setempat telah dibangkit kepada YB Menteri.

 Rata-rata belia-belia yang hadir berpuashati dengan maklumbalas yang diberikan oleh YB Menteri. Kesudian YB Menteri beramah mesra bersama belia-belia dan sanggup turun padang di Parlimen Permatang Pauh mendapat perhargaan dan pujian pemimpin-pemimpin setempat yang turut hadir termasuk Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid dan Timbalan Pengerusi Pehubungan UMNO Negeri Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir yang juga Ketua UMNO Bahagian Bukit Mertajam.

 Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang, En. Zakaria Bin Kasa, Sdr. Fauzi Shariff, Ketua Pemuda UMNO Bukit Mertajam dan Sdr. Wahid Osman, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Batu Kawan.- SGB-



SGB5




SGB2




SGB1



SGB6



SGB4



SGB3

SGB7


Monday, February 4, 2013

80 % pertubuhan belia tak aktif , boleh digantung - Shabery




PUTRAJAYA — Sebanyak 80 peratus atau 3,796 daripada lebih 4,000 pertubuhan belia tunggal di negara ini berpotensi untuk digantung atau dibatalkan kerana tidak aktif, kata Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Katanya, mereka yang tidak bernaung di bawah mana-mana pertubuhan belia yang lebih kukuh misalnya di bawah Majlis Belia Malaysia, turut gagal mengemukakan penyata tahunan kepada Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia.
Menurutnya, kebanyakan pertubuhan itu berkemungkinan ditubuhkan kerana ingin mengikut trend tanpa matlamat tertentu atau berharap untuk mendapat peruntukan secara automatik.
"Sebab itu kita rasa persatuan belia ini mesti mengemaskinikan kaedah-kaedah mereka secara inovatif dan dalam masa yang sama mereka juga mesti mengembangkan bukan sahaja nama mereka tetapi penjenamaan nama mereka mesti dibesarkan dan dikemaskini tujuannya (penubuhan)," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata, antara faktor yang menentukan kejayaan penubuhan sesuatu pertubuhan itu ialah pentadbiran, kepimpinan, wawasan, perancangan, pembahagian tugas, peruntukan kewangan, sokongan masyarakat dan semangat kesukarelawan.— BERNAMA

Sambutan GERAK Himpun Maulidul Rasul




Bukit Mertajam 24 Januari  - Pengerusi Badan Perhubungan UMNO P.Pinang Dato Zainal Abidin Osman  & Datuk Musa Sheikh Fadzir mengetuai perarakan sambutan Maulidur Rasul anjuran GERAK Himpun Maulidul Rasul dari padang Politeknik Seberang Perai  dan berakhir di pekarangan Masjid Bandar Perda di sini hari ini.

Perarakan itu disertai lebih 15,000 peserta membabitkan  dari pelbagai agensi kerajaan, swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), GERAKAN BELIA 4B Permatang Pauh , UMNO Bahagian ,  institusi pengajian tinggi (IPT), pelajar  ,KRT  dan ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) berarak sejauh 35 kilometer. 







Himpunan Anak Muda 1Malaysia Parlimen Permatang Pauh




Bukit Mertajam - Himpunan Anak Muda 1 Malaysia  Permatang Pauh yang bermula petang hingga malam  tadi telah mendapat sambutan hangat dari anak-anak muda. Program yang dijalankan di Jalan Sembilang Seberang Jaya itu tadi telah dipenuhi pengunjung sejak tengahari. 

Pelbagai  acara & program yang menarik untuk  pengunjung yang hadir  antaranya pendaftaran Bantuan Lesen 1 Malaysia (BL1M) , pertandingan Battle Of The Band , penyampaian BR1M , penyampaian helmet 1M4U , perkhidmatan service motorsikal percuma , cabutan bertuah , acara berbasikal FUN RIDE  dan lain-lain .

Kehadiran pengunjung hingga malam  tadi sahaja telah melebih 3000 orang. 






Kunjungan Dato Abd Jalil di booth GB4B Permatang Pauh 



Service motosikal percuma untuk orang muda 





Pendaftaran BL1M  




Penyerahan Topi Keledar 1Malaysia 






Battle Of The Band 




BBQ , FUN RIDE 












Popular Posts