Followers

Wednesday, February 23, 2011

Lawatan Universiti Malaysia Kelantan ke Ladang Ternakan Ayam Piru 4B Kawasan Pmtg Pauh

Para Pelajar Ijazah Sarjana Muda Perubatan Veterinar Universiti Malaysia Kelantan
Pensyarah UMK menyampaikan cenderamata kepada Pengerusi Gerak Korporat 4B Pmtg Pauh
Para pelajar puas dapat merasa keenakan ayam piru yang diternak
Sdr Rafizal menerangkan cara-cara menternak ayam piru
S/U 4B Kaw. Pmtg Pauh, Sdr Hilmi serta Ketua Penerangan 4B Kaw., Sdr Suhaimi turut hadir.
Penerangan kepada pelajar dilakukan sendiri oleh Sdr Rafizal
Para pelajar khusyuk mendengar taklimat



        Pada 18 Februari 2011, para pelajar perubatan veterinar dari Universiti Malaysia Kelantan telah mengadakan lawatan sambil belajar ke ladang ternakan ayam piru di bawah seliaan  Gerakan Belia 4B Kawasan Pmtg Pauh. Rombongan seramai 40 orang pelajar serta pensyarah ini sempena lawatan sambil belajar mereka ke Negeri Pulau Pinang.

       Para peserta telah didedahkan tentang cara-cara menternak ayam piru serta cara menangani wabak penyakit. Penerangan tentang penternakan ini telah diberikan sendiri oleh Saudara Rafizal Bin Yusof selaku Pengerusi Gerak Korporat 4B Kawasan Pmtg Pauh.

       Di akhir sesi lawatan, para peserta serta tetamu telah dijamu dengan hidangan ayam piru bakar dan panggang. Tahniah dan terima kasih kepada para pelajar dari Universiti Malaysia Kelantan yang telah sudi hadir ke ladang ternakan ayam piru 4B Kawasan Pmtg Pauh. Moga bertemu lagi. BERGERAK!

1 comment:

Popular Posts