Followers

Wednesday, March 21, 2012

Program Jom Menabung Bersama Tabung Haji


GB4B Permatang Pauh dengan kerjasama Tabung Haji akan menganjurkan program Jom Menabung Bersama Tabung Haji yang akan melibatkan beberapa buah sekolah kebangsaan di dalam Parlimen Permatang Pauh  iaitu dalam bulan April depan .  Setiap sekolah hanya  akan dibiayai sebanyak 50 orang murid oleh pihak Belia 4B bagi  membuka akaun tabung haji .

Tujuan program ini diadakan untuk memberi kesedaran kepada murid-murid sekolah serta waris dalam membudayakan sikap menabung , berjimat cermat dan bijak menguruskan kewangan .

Untuk makluman , borang telah diedarkan kepada semua sekolah kebangsaan di Parlimen Permatang Pauh  dan pihak sekolah  diminta menyenaraikan nama murid  yang berumur 7- 11 tahun beserta salinan sijil kelahiran murid .

BERGERAK !!

No comments:

Post a Comment

Popular Posts