Followers

Wednesday, April 28, 2010

GB4B Permatang Pauh sokong kempen Kami Prihatin


PERMATANG PAUH 27 April - Kempen Kami Prihatin anjuran Utusan Malaysia terus mendapat sokongan dengan yang terbaru, Gerakan Belia 4B Permatang Pauh bersedia membantu menjayakan kempen kemanusiaan itu.

Setiausaha GB4B Permatang Pauh , Mohd Hilmi B Elias berkata, pertubuhan belia itu sangat menghargai usaha sedemikian kerana ia adalah tanggungjawab sosial yang seharusnya dipikul oleh segenap lapisan masyarakat di negara ini bagi membendung gejala sosial yang semakin menular ini

" Kami menyokong penuh kempen kami prihatin yang dianjurkan oleh Utusan Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat kerana berpendapat kempen sebegini mampu menyedarkan masyarakat tentang nilai-nilai murni agar tidak terdedah kepada gejala mendera dan membuang bayi yang semakin berleluasa sekarang.

Mengikut statistik yang dikeluarkan, jelas sekali kes pembuangan bayi banyak melibatkan golongan muda di bawah usia 25 tahun malah lebih membimbangkan apabila ada yang masih berumur di bawah 18 tahun juga turut terlibat di dalam kes pembuangan bayi.

Golongan Belia ini sepatutnya diberi penekanan yang lebih tentang hala tuju kehidupan agar mereka tidak terus hanyut dengan keseronokan alam remaja yang bakal membawa kesan negatif kepada mereka di kemudian hari "


" Golongan muda masa kini harus didekati dengan pelbagai kaedah dan mekanisma yang lebih efektif agar mereka dapat menjiwai setiap informasi yang cuba disampaikan. Pendekatan kepada iklan & hiburan dengan lagu tema yang dinyanyikan oleh golongan artis popular belum tentu mampu memberikan kesan" katanya ketika dihubungi Unit Media GB4B Permatang Pauh di sini hari ini.

Kempen Kami Prihatin dianjurkan oleh Utusan Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) serta Astro.

Pengerusi Penggerak Media Komunikasi GB4B Permatang Pauh, Mohd Ikhwan Hakim berkata sebagai permulaan sokongan GB4B Permatang Pauh kepada kempen ini , blog utama pertubuhan ini akan diletakkan logo Kempen Prihatin sebagai tanda sokongan .

" Bagi menyatakan sokongan kepada kempen Kami Prihatin ini , blog GB4B Permatang Pauh akan meletakkan logo kempen ini bagi menyahut saranan untuk bersama-sama menjayakan kempen tersebut kepada orang ramai mengenai isu penderaaan kanak-kanak dan buang bayi.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts