Followers
Thursday, May 6, 2010
Hari Belia Negara 2010
Hari Belia Negara 2010 Tawar Peluang Usahawan Muda Untuk Mengembangkan Perniagaan
Sempena Hari Belia Negara 2010 pada 14, 15 dan 16 Mei ini, akan diadakan pelbagai aktiviti menarik yang akan dilaksanakan oleh belia untuk generasi belia itu sendiri. Di antaranya ialah penganjuran Youth Town yang melibatkan sepenuhnya penyertaan dari kalangan belia. Youth Town akan mengumpulkan kira-kira 50 gerai jualan yang akan diusahakan oleh usahawan-usahawan belia dari seluruh Negara.
Dianggarkan kira-kira 100,000 pengunjung akan mengunjungi Youth Town yang mempunyai pelbagai aktiviti jualan menarik yang menepati citarasa belia-belia pada masa kini. Di Youth Town terdapat pelbagai barangan jualan menarik yang akan dijual seperti pakaian lelaki dan wanita mengikut fesyen belia semasa, tudung wanita, cenderamata, barangan military, makanan serta minuman dan banyak lagi. Barangan jualan di Youth Town juga telah ditetapkan untuk dua gerai jualan hanya satu barangan yang sama boleh dijual bagi menyediakan lebih banyak lagi barangan yang berlainan menjadi pilihan setiap pengunjung.
Selain itu, di Youth Town turut disertai 15 rakan niaga dari syarikat-syarikat yang berdaftar bersama skuad Go-Mobile Rakan Muda yang mana akan memberikan harga istimewa bagi setiap barangan jualan mereka bukan sahaja kepada pengunjung-pengunjung yang berdaftar sebagai ahli Rakan Muda malah kepada yang bukan ahli. Di antara rakan niaga yang turut sama ialah Le Run Bicycle, Auto Association Malaysia (AAM), Dr, Irfan Khairy, Comic Paradise, Foto Mania dan banyak lagi.
Di Youth Town ini juga, belia akan dapat mencari peluang-peluang baru dan maklumat berkenaan perniagaan di samping dapat berkenalan dengan belia-belia lain yang turut sama hadir di Youth Town.
Disediakan Oleh : Mohd Zuwairi Shafie, Unit Komunikasi Korporat, KBS.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Pada : 24 Januari 2010 ( Ahad ) Tempat: Perkarangan Dewan orang ramai Taman Baru , Seberang Jaya Jam : 9.00 pagi - 2 .00 pet...
-
Para Pelajar Ijazah Sarjana Muda Perubatan Veterinar Universiti Malaysia Kelantan Pensyarah UMK menyampaikan cenderamata kepada Pengerusi Ge...
-
a Sdr Roslan Rahim , Pengerusi GB4B PP menyampaikan ucapan Pengarah Jasa PP menjawab soalan yang dikemukakan oleh belia yang hadir Sdr Hilmi...
-
27 Julai 2014 - GB4B Permatang Pauh turut bersolidariti di Perhimpunan Kasih GAZA di Masjid Bandar Perda bersama NGO Islam yang lain di ...
-
penyampaian cenderahati kepada Datuk Arif Shah oleh GB4B penyerahan kertas kerja program belia Sdr Amirudin meluahkan masalah dalam pertubu...
-
bacaan Ikrar GB4B oleh Presiden baru Sdr Muammar Ghadafi delegasi perwakilan dari PP P engerusi 4B Pmtg Pauh bersama Tim.Pengerusi Negeri PP...
-
Bergambar kenangan Sdr Amir nampaknya sedang rehat sebentar jamuan tengahari Pada 21 Feb 2010 lepas , sa...
-
Sdr Roslan Rahim dan Pengarah JASA En Ahmad Lotfi sesi brainstorming yang menarik mengenai isu semasa dan belia Sdr Amir cukup ke...
-
BUKIT MERTAJAM - Kenyataan biadab Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua yang menyifatkan insiden pencerobohan di Lahad ...
No comments:
Post a Comment