Followers

Tuesday, May 18, 2010

Najib umum RM 10 juta untuk pembangunan aktiviti belia


PUTRAJAYA,15 Mei — Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan peruntukan khas RM10 juta kepada Kementerian Belia dan Sukan dan Majlis Belia Malaysia (MBM) bagi menyemarakkan aktiviti belia di seluruh negara.

Perdana Menteri berkata aktiviti itu mesti bersesuaian dengan ti...ga pendekatan iaitu “kehendak”, “penyertaan” dan “pemerkasaan” bagi mendapatkan penglibatan lebih menyeluruh di kalangan belia.

"Menteri Belia dan Sukan serta MBM akan bantu para belia tetapi jangan manjakan mereka, bantu mereka dengan cara yang patut.

"Ini akan menyemarakkan lagi daya juang dan semangat pemimpin-pemimpin belia di seluruh tanah air. Para pemimpin belia adalah cerminan masa depan negara,” katanya dalam amanat pada majlis perhimpunan Hari Belia Negara 2010 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

Turut hadir isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek dan Presiden MBM Mohamed Maliki Mohamed Rapiee. - Bernama

No comments:

Post a Comment

Popular Posts