Followers

Friday, May 21, 2010

GB4B Permatang Pauh di Hari Belia Negara 15 Mei 2010











untuk melihat lebih banyak gambar GB4B Prmtg Pauh di Hari Belia Negara .klik di sini

Pada 14hb Mei - 15 Mei 2010 lepas, GB4B Permatang Pauh telah menyertai rombongan anjuran Pejabat Belia dan Sukan SPT dan KDN ke Hari Belia Negara di Putrajaya . Rombongan belia dari SPT ini disertai 4o orang dan majoritinya daripada terdiri daripada ahli GB4B Permatang Pauh .

Bertemakan Belia Kreatif Pemacu Pembangunan Negara, tahun ini Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah menganjurkan Hari Belia Negara bagi menghargai golongan belia di negara ini.

Sambutan yang diadakan selama tiga hari berturut-turut bermula pada 14 Mei sehingga 16 Mei yang lepas telah menarik ramai pengunjung ke situ termasuklah pelajar sekolah serta pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

Hari Belia Negara adalah sambutan yang diadakan besar-besaran khas untuk belia merangkumi lapan kluster iaitu kesenian, ekspo dan pameran, sukan, penyertaan swasta, kerohanian dan kebajikan, kreatif dan inovatif, kemajuan dan pengikitirafan belia serta kesukarelaan.

Pelbagai ekspo dan pameran yang diadakan bersempena dengan sambutan Hari Belia Negara ini. Peniaga-peniaga, syarikat-syarikat serta badan-badan persatuan kerajaan dan juga bukan kerajaan berpeluang untuk mempromosikan produk-produk mereka di samping menyampaikan informasi-informasi berguna kepada pengunjung.

Sementara itu, terdapat juga pelbagai aktiviti yang berkonsepkan generasi muda antaranya aktiviti sukan.Kewujudan aktiviti seumpama ini dapat membuka peluang kepada generasi muda untuk mengetengahkan bakat serta kebolehan masing-masing.

Salah satu aktiviti sukan yang mendapat sambutan hangat pengunjung ialah aktiviti Kejohanan Rentap Futsal Putrajaya Kosmo! yang dianjurkan oleh akhbar Kosmo! dengan kerjasama pihak KBS.

Dianggarkan lebih daripada 200,000 belia dari seluruh negara telah menghadiri sambutan Hari Belia Negara 2010 yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.Jelas di sini , pengisian dan penyusunan program serta aktiviti yang menarik menjadi faktor utama kunjungan belia ke sambutan tersebut.


Terima kasih kepada Kementerian Belia & Sukan di atas penganjuran yang berjaya ini dan juga Pejabat Belia & Sukan SPT yang sudi membawa kami ke satu hari untuk belia di negara ini .




Unit Media GB4B Permatang Pauh
Presint 2 ,Putrajaya .



2 comments:

  1. Assalamu'alaikum WW,

    Selamat Maju Jaya kpd warga Belia 4B Permatang Pauh................teruskan dekati para belia kerana generasi inilah sebagai kepimpinan masa depan negara.

    Selamat berjuang......kearah membawa gagasan 1 Malaysia yg direncana oleh YAB Dato' Seri Najib Tun Hj Abd Razak.

    Salam 1 Malaysia.

    ReplyDelete
  2. terima kasih kepada Tn Hj Rahim ..

    insyallah kita akan mendekati para belia ini semua terutama di kawasan Permatang Pauh bagi bersama-sama kita dengan slogan 1 Belia 1 Malaysia ..

    ReplyDelete

Popular Posts