Pada 1 /12/2010 yang lepas , telah diadakan satu majlis ringkas makan malam GB4B Permatang Pauh bersama Adun Seberang Jaya Datuk Arif Shah Omar Shah di kediamannya di Seberang Jaya . Seramai 15 orang AJK Kawasan GB4B Permatang Pauh diketuai Sdr Amiruddin Abd Hamid hadir majlis berkenaan .
Di majlis itu juga, GB4B Permatang Pauh telah menyerahkan secara rasmi kertas kerja program belia untuk pertimbangan Yb Datuk Arif Shah . Beliau juga berjanji akan cuba membantu 4B selaku NGO belia bagi menjalankan aktiviti belia melalui peruntukannya sebagai wakil rakyat .
Terima kasih diucapkan kepada YB Datuk Arif Shah kerana sudi menjemput kami Belia 4B Prmtg Pauh menghadiri majlis makan malam ini .
No comments:
Post a Comment