Pada 10-12 Disember 2010, GB4B Tanah Liat telah mengadakan satu rombongan ke Negeri Melaka. Program 3 hari 2 malam ini bertujuan menghargai jasa-jasa baik dan murni ahli-ahli 4B Tanah Liat yang telah bertungkus lumus membuat dan membantu pelbagai program yang telah diadakan baik di peringkat cawangan mahupun kawasan.
Program ini diketuai oleh Setiausaha 4B Kawasan Pmtg Pauh, Saudara Mohd Hilmi Elias yang melibatkan penyertaan seramai 34 orang belia & beliawanis. Pelbagai tempat menarik dikunjungi oleh para peserta sepanjang berada di Negeri Melaka. Rombongan ini turut juga mengambil kesempatan mengadakan pertemuan dengan pihak 4B Melaka yang dihadiri oleh wakilnya iaitu Cik Suria, Setiausaha Kehormat 4B Negeri Melaka. Pelbagai idea dan pandangan dapat dikongsi bersama sepanjang pertemuan itu untuk manfaat 4B Cawangan Tanah Liat dan 4B Kawasan Pmtg Pauh. Para peserta juga turut dibawa ke pejabat ahli parlimen Tangga Batu, Datuk Ir Idris Haron yang juga merupakan Presiden Pertubuhan Belia Sedunia.
Rata-rata peserta berpuas hati dengan rombongan ini dan sebahagian besar daripada mereka bertekad untuk membuat lawatan lagi ke Negeri Melaka. Tahniah diucapkan kepada semua jawatankuasa program yang bertungkus lumus memastikan program ini berjalan dengan lancar dan tahniah juga pada para peserta yang terlibat yang telah memberikan komitmen yang baik. Moga 4B Tanah Liat terus gemilang dan cemerlang pada tahun 2011. BERGERAK!
sumber :GB4B Tanah Liat
No comments:
Post a Comment