Followers

Monday, December 20, 2010

Berita Baik untuk GB4B Seluruh Negara..!!


Penyusunan semula KBS perkasakan belia.

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan menjalani penjenamaan semula sebagai usaha untuk memperkasakan generasi belia bagi menghadapi cabaran masa depan yang lebih besar, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, sebagai sebuah organisasi yang menerajui aktiviti belia di seluruh negara, kementerian berkenaan perlu disusun semula bagi pembangunan belia.

Sebuah jawatankuasa akan ditubuhkan yang akan dipengerusikan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek untuk mengkaji struktur kementerian secara keseluruhan.

"Ini akan melibatkan soal kepegawaiannya, sumbernya, struktur kementerian dan peranannya untuk mengkoordinasi dengan pelbagai agensi lain serta bekerja rapat dengan pertubuhan belia di seluruh negara," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pembangunan Belia di sini hari ini.

Beliau berkata, mesyuarat hari ini bersetuju agar Dasar Pembangunan Belia Negara 1997 dikaji semula supaya bersesuaian dengan kehendak semasa belia yang perlu fokus kepada golongan tertentu dalam kelompok belia.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts