Followers
Sunday, May 30, 2010
Kursus Pemimpin Belia Berkaliber 21-24 Mei 2010
Pada 21 -23 Mei lepas, Pejabat Belia & Sukan SPT telah menganjurkan Kursus Pemimpin Belia Berkaliber di Hotel Havard Suasana , Bedong . Kursus yang diadakan bagi memberi peluang kepada pemimpin2 belia mempelajari bagaimana untuk menjadi seorang pemimpin belia yang berkaliber untuk memimpin dalam organisasi masing-masing .
Diharapkan para peserta semua dapat manfaat ilmu dan pengalaman selepas mengikut kursus ini .
1 Belia 1 Malaysia !!
Sunday, May 23, 2010
Kursus Asas Fotografi Digital
Friday, May 21, 2010
GB4B Permatang Pauh di Hari Belia Negara 15 Mei 2010
untuk melihat lebih banyak gambar GB4B Prmtg Pauh di Hari Belia Negara .klik di sini
Pada 14hb Mei - 15 Mei 2010 lepas, GB4B Permatang Pauh telah menyertai rombongan anjuran Pejabat Belia dan Sukan SPT dan KDN ke Hari Belia Negara di Putrajaya . Rombongan belia dari SPT ini disertai 4o orang dan majoritinya daripada terdiri daripada ahli GB4B Permatang Pauh .
Bertemakan Belia Kreatif Pemacu Pembangunan Negara, tahun ini Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah menganjurkan Hari Belia Negara bagi menghargai golongan belia di negara ini.
Sambutan yang diadakan selama tiga hari berturut-turut bermula pada 14 Mei sehingga 16 Mei yang lepas telah menarik ramai pengunjung ke situ termasuklah pelajar sekolah serta pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).
Hari Belia Negara adalah sambutan yang diadakan besar-besaran khas untuk belia merangkumi lapan kluster iaitu kesenian, ekspo dan pameran, sukan, penyertaan swasta, kerohanian dan kebajikan, kreatif dan inovatif, kemajuan dan pengikitirafan belia serta kesukarelaan.
Pelbagai ekspo dan pameran yang diadakan bersempena dengan sambutan Hari Belia Negara ini. Peniaga-peniaga, syarikat-syarikat serta badan-badan persatuan kerajaan dan juga bukan kerajaan berpeluang untuk mempromosikan produk-produk mereka di samping menyampaikan informasi-informasi berguna kepada pengunjung.
Sementara itu, terdapat juga pelbagai aktiviti yang berkonsepkan generasi muda antaranya aktiviti sukan.Kewujudan aktiviti seumpama ini dapat membuka peluang kepada generasi muda untuk mengetengahkan bakat serta kebolehan masing-masing.
Salah satu aktiviti sukan yang mendapat sambutan hangat pengunjung ialah aktiviti Kejohanan Rentap Futsal Putrajaya Kosmo! yang dianjurkan oleh akhbar Kosmo! dengan kerjasama pihak KBS.
Dianggarkan lebih daripada 200,000 belia dari seluruh negara telah menghadiri sambutan Hari Belia Negara 2010 yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.Jelas di sini , pengisian dan penyusunan program serta aktiviti yang menarik menjadi faktor utama kunjungan belia ke sambutan tersebut.
Terima kasih kepada Kementerian Belia & Sukan di atas penganjuran yang berjaya ini dan juga Pejabat Belia & Sukan SPT yang sudi membawa kami ke satu hari untuk belia di negara ini .
Unit Media GB4B Permatang Pauh
Presint 2 ,Putrajaya .

Wednesday, May 19, 2010
Tuesday, May 18, 2010
Najib umum RM 10 juta untuk pembangunan aktiviti belia
PUTRAJAYA,15 Mei — Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan peruntukan khas RM10 juta kepada Kementerian Belia dan Sukan dan Majlis Belia Malaysia (MBM) bagi menyemarakkan aktiviti belia di seluruh negara.
Perdana Menteri berkata aktiviti itu mesti bersesuaian dengan ti...ga pendekatan iaitu “kehendak”, “penyertaan” dan “pemerkasaan” bagi mendapatkan penglibatan lebih menyeluruh di kalangan belia.
"Menteri Belia dan Sukan serta MBM akan bantu para belia tetapi jangan manjakan mereka, bantu mereka dengan cara yang patut.
"Ini akan menyemarakkan lagi daya juang dan semangat pemimpin-pemimpin belia di seluruh tanah air. Para pemimpin belia adalah cerminan masa depan negara,” katanya dalam amanat pada majlis perhimpunan Hari Belia Negara 2010 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.
Turut hadir isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek dan Presiden MBM Mohamed Maliki Mohamed Rapiee. - Bernama
Sunday, May 16, 2010
Taklimat Penubuhan Koperasi
Pada 9.5.2010 yang lepas, Gerak Korporat GB4B Permatang Pauh telah menganjurkan satu taklimat penubuhan syarikat Koperasi untuk ahli-ahli yang telah disampaikan oleh Pegawai daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia bertempat di dewan Gerakan Belia 4B Permatang Pauh.
Rancangan untuk menubuhkan syarikat Koperasi untuk ahli-ahli belia ini adalah merupakan langkah ke hadapan oleh AJK Gerakan Belia 4B Permatang Pauh untuk meneroka bidang baru untuk meningkatkan sosio-ekonomi dikalangan ahli-ahli setiap cawangannya dan serta banyak faedah akan dapat diperolehi dari penubuhan Koperasi ini .
Friday, May 14, 2010
Program Senamrobik di Empangan Mengkuang Dam
Kepada Semua....!!!!
Dijemput ke Program Senamrobik di Empangan Mengkuang Dam anjuran Pejabat Belia dan Sukan SPT dan bersama Gerakan Belia 4B Cawangan Mengkuang Semarak dan juga Kelab Senamrobik Taman Guar Perahu seperti berikut:-
Hari : Setiap hari Ahad
Masa: 8.00pagi
Bertempat: Empangan Mengkuang Dam
Untuk maklumat sila hubungi Pejabat Belia dan Sukan SPT:-
Encik Asmi Faisal- 04-5303030
Puan Nora- 017-4332566
Encik Rafizal- 019-5666900 (Pengerusi 4B Cawangan Mengkuang)
Tuesday, May 11, 2010
Lawatan Muhibbah ke Hadyai / Songkla 12 - 13 Jun 2010
Sunday, May 9, 2010
Konvoi Belia Pewaris Nusa 2010
majlis pelepasan peserta di Bangunan Perda PP
Pada 18hb April 2010 lepas, Perda dan JASA menganjurkan program Konvoi Belia Pewaris Nusa yang bermula jam 8.00 pagi dari Bangunan PERDA PP ke Kem Bina Negara Balik Pulau .
Gerakan Belia 4B Permatang Pauh juga turut serta menyertai program yang disertai lebih 200 orang golongan muda dari sekitar SPT dan SPU . Konvoi yang juga turut dibantu oleh pihak Polis yang mengawal trafik dan lalulintas peserta konvoi . Terima kasih kepada Perda yang menganjurkan program sebegini untuk golongan belia . BELIA PEWARIS NUSA !!

Thursday, May 6, 2010
Hari Belia Negara 2010
Hari Belia Negara 2010 Tawar Peluang Usahawan Muda Untuk Mengembangkan Perniagaan
Sempena Hari Belia Negara 2010 pada 14, 15 dan 16 Mei ini, akan diadakan pelbagai aktiviti menarik yang akan dilaksanakan oleh belia untuk generasi belia itu sendiri. Di antaranya ialah penganjuran Youth Town yang melibatkan sepenuhnya penyertaan dari kalangan belia. Youth Town akan mengumpulkan kira-kira 50 gerai jualan yang akan diusahakan oleh usahawan-usahawan belia dari seluruh Negara.
Dianggarkan kira-kira 100,000 pengunjung akan mengunjungi Youth Town yang mempunyai pelbagai aktiviti jualan menarik yang menepati citarasa belia-belia pada masa kini. Di Youth Town terdapat pelbagai barangan jualan menarik yang akan dijual seperti pakaian lelaki dan wanita mengikut fesyen belia semasa, tudung wanita, cenderamata, barangan military, makanan serta minuman dan banyak lagi. Barangan jualan di Youth Town juga telah ditetapkan untuk dua gerai jualan hanya satu barangan yang sama boleh dijual bagi menyediakan lebih banyak lagi barangan yang berlainan menjadi pilihan setiap pengunjung.
Selain itu, di Youth Town turut disertai 15 rakan niaga dari syarikat-syarikat yang berdaftar bersama skuad Go-Mobile Rakan Muda yang mana akan memberikan harga istimewa bagi setiap barangan jualan mereka bukan sahaja kepada pengunjung-pengunjung yang berdaftar sebagai ahli Rakan Muda malah kepada yang bukan ahli. Di antara rakan niaga yang turut sama ialah Le Run Bicycle, Auto Association Malaysia (AAM), Dr, Irfan Khairy, Comic Paradise, Foto Mania dan banyak lagi.
Di Youth Town ini juga, belia akan dapat mencari peluang-peluang baru dan maklumat berkenaan perniagaan di samping dapat berkenalan dengan belia-belia lain yang turut sama hadir di Youth Town.
Disediakan Oleh : Mohd Zuwairi Shafie, Unit Komunikasi Korporat, KBS.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Popular Posts
-
Borang kursus Jangan lepaskan!!! Terbuka kepada ahli-ahli Belia dan Beliawanis 4B dan belia2 Permatang Pauh .
-
Bergambar kenangan Sdr Amir nampaknya sedang rehat sebentar jamuan tengahari Pada 21 Feb 2010 lepas , sa...
-
GB4B Malaysia bersama Pemuda UMNO dan NGO lain membuat bantahan insiden membakar Jalur Gemilang di kedutaan Malaysia di Indonesia . Pemuda U...
-
Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mempelawa belia dan beliawanis tanahair untuk berkhidmat sebagai anggota TLDM peringkat rendah (lain2 pa...
-
PERMATANG PAUH 27 April - Kempen Kami Prihatin anjuran Utusan Malaysia terus mendapat sokongan dengan yang terbaru, Gerakan Belia 4B Perma...
-
Tahniah diucapkan kepada 2 orang Exco Belia 4B Negeri Pulau Pinang dari Kawasan Permatang Pauh kerana telah dilantik menjadi pengerusi un...
-
Bukit Mertajam 24 Januari - Pengerusi Badan Perhubungan UMNO P.Pinang Dato Zainal Abidin Osman & Datuk Musa Sheikh Fadzir ...
-
Mai lah daftar mengundi adik-adik !! GB4B Permatang Pauh sedia membantu anda !! nasib baik ada kempen kat sini ..selama ini aku tak ...