Followers

Wednesday, November 25, 2009

Lemas: Adik Mantan KB 4B Permatang Pauh

Allahyarham Zulkefli Abu Bakar

Mayat arwah ketika ditemui

Pada 20 hb November yang lalu telah berlaku satu tragedi yang mengejutkan seluruh penduduk Permatang Pauh, seorang anak belia dari kampung Pertama telah terjatuh dan lemas di pintu air lapan yang berhampiran dengan Taman Burung Seberang Jaya, beliau adalah Allahyarham Zulkefli bin Abu Bakar adik kepada Mantan Ketua Belia 4B Permatang Pauh iaitu Abdul Halim Bin Abu Bakar, kejadian berlaku ketika arwah pergi memancing bersama seorang kawannya iaitu Mohd Zaini.
Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), orang ramai, kawan2 arwah, sahabat2 arwah dan juga penduduk kampung Pertama datang bersama mencari dan menyelamat beliau. 

Mereka semua berkampung ditebing sungai sehingga pagi dalam misi usaha mencari dan menyelamat. Akhirnya mayat arwah ditemui pada pukul 7.30 pagi hari Ahad 22 hb November, mayatnya terdampar di seberang sungai kira-kira 400 meter dari tempatnya terjatuh. Kemudian jenazah dihantar ke hospital untuk proses postmortem dan jenazah selamat dikebumikan pada hari yang sama pada pukul 3.00petang. Tragedi ini juga telah disiarkan di media cetak tanah air-klik sini,klik sini.

Dengan ini mantan Ketua Belia 4B Permatang Pauh, Abd Halim mengucapkan ribuan Terima Kasih kepada semua yang terlibat dalam usaha mencari dan menyelamat adik beliau sehingga jenazah adik beliau ditemui dan jenazah selamat dikebumikan.

Dengan itu marilah kita semua bersama-sama membaca Al-Fatihah sedekah kepada arwah dan berdoa semoga rohnya diletak dikalangan roh2 orang2 yang beriman. 

Al-Fatihah.
Amin.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts