Followers

Tuesday, May 22, 2012

Skrin Besar Final Champion League Chelsea vs Bayern Munich



Pada 19 Mei 2012 , bertempat di Pusat Komersial Prmtg Pauh telah diadakan satu program Skrin Besar Final Champion League 2012 antara kelab Chelsea dengan Bayern Munich . Ia dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan SPT dengan kerjasama Gerakan Belia 4B Permatang Pauh .

Pelbagai aktiviti menarik diadakan sebelum menyaksikan perlawanan berkenaan yang bermula 2.30 pagi . Antaranya ialah pameran kereta dan motorsikal , pertandingan karaoke , pertandingan menimbang bola serta kuiz mengenai bola sepak .  Ia dihoskan oleh Kumpulan Mamu Raja Lawak yang juga berasal dari P.pinang .

menyaksikan perlawanan sedang berlansung ..



 hadiah untuk pemenang karaoke 


 hadiah kepada pemenang pertandingan menimbang bola 


 menimbang bola ..kira jangan tak kira Mamu ...


 karaoke pun ada...tak boring sangat ..



 terima kasih kepada pihak ASTRO 


kelab  motor Vespa pun ada 







 apom lenggang pun ada ...ianya percuma untuk semua penyokong yang hadir .


 dahaga atau nak mengantuk boleh pekena air ...



menu utama makanan iaitu roti canai khas dari Mengkuang Semarak ...


Mamu Raja Lawak sebagai hos ...kelakar la depa 2 orang  ni ...

Sunday, April 15, 2012

Program Juara Rakyat Bulan NGO dapat sambutan luar jangkaan !



Hari ini 15 April 2012 bertempat di Kg Tanah Liat telah diadakan Program Juara Rakyat - Bulan NGO Parlimen Permatang Pauh  yang dianjurkan  oleh Gerakan Belia 4B Permatang Pauh .   Lebih 1,000 penduduk sekitar Permatang Pasir & Penanti hadir memeriahkan  program ini .

Pelbagai acara dan program diatur seperti sukaneka , cabutan bertuah , pemeriksaan kesihatan percuma ,  pameran kereta serta penyampaian buku  akaun Tabung Haji peringkat Dun Permatang Pasir & Penanti .  Antara tetamu yang hadir ialah Ketua Pemuda UMNO Permatang Pauh , Sdr Mohd Zaidi Mohd Said dan Penyelaras DUN Penanti  Ibrahim Ahmad .



 Sdr Art Burger @ Ibrahim Ahmad menjadi pengadil
untuk pertandingan tarik tali ...











 pameran kereta sport dengan sistem audio canggih ..


 penyampaian buku akaun Tabung Haji oleh Sdr Amiruddin , Pengerusi
GB4B Permatang Pauh 









pemeriksaan kesihatan percuma oleh agensi kerajaan ...

Popular Posts