Followers

Friday, January 8, 2010

Tahniah kepada Sdr Maliki Mohamad Rafiee Presiden baru Majlis Belia Malaysia



Tahniah kepada Saudara Maliki Mohamed Rafiee dari Majlis Belia Negeri Pulau Pinang yang berjaya memenangi jawatan PRESIDEN MAJLIS BELIA MALAYSIA setelah YB Norol Azali Sulaiman menarik diri dari bertanding. Juga tahniah kepada calon dari GB4B Malaysia, memenangi jawatan TIMBALAN PRESIDEN MBM, juga tanpa bertanding, Saudara Shukor, mantan Presiden Penaja GB4B Malaysia.

Lebih membanggakan dua pemimpin muda dari Pulau Pinang ini menduduki kerusi tertinggi dalam Majlis Belia Malaysia. Sudah agak lama kita tidak dapat melihat pemimpin dari negeri kita memimpin pertubuhan belia yang mewakilli Majlis Belia Malaysia ini

Semoga dengan kepimpinan majlis tertinggi yang baru dibawah umur 40 tahun , MBM diharapa dapat terus memimpin pertubuhan belia di bawah gabunganya dengan cemerlang sesuai dengan slogan 1 Belia 1 Malaysia ..






Unit Media GB4B Permatang Pauh
Pusat Konvensyen Centre Kuala Lumpur

1 comment:

  1. amat mengecewakan kerana YB Norol menarik diri!

    ReplyDelete

Popular Posts