Followers

Sunday, January 3, 2010

Pendapat Belia-belia 4B Kawasan Permatang Pauh :Isu penggunaan perkataan 'ALLAH' didalam majalah Mingguan Herald Tribune


Pendapat Setiausaha Cawangan GB4B Sinar Jaya Kg Pelet

Umat Islam tidak kira apa fahaman politik harus bersatu dalam mempertahankan penggunaan kalimah Allah sebagai hak mutlak agama Islam.Keputusan mahkamah ini tidak bertepatan dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Islam di tempat yang istimewa di antara agama-agama lain di negara ini.



Pendapat Setiausaha Gerakan Belia 4B (M) Kawasan Pmtg Pauh:-

Saya membantah sekerasnya hak penggunaan
kalimah Allah oleh agama lain kerana ia jelas
telah mencabuli hak eksklusif agama Islam
sebagai agama rasmi di Malaysia. Saya tidak
nampak apa keperluan penting agama lain untuk
menggunakan kalimah Allah di dalam Agama mereka
kerana di dalam Islam Allah itu sendiri membawa
maksud YANG ESA. Konteks maksud ini jelas
sekali tidak sama dengan prinsip ketuhanan yang
diamalkan oleh agama lain. Saya dengan ini
menyeru seluruh golongan belia ataupun lebih
tepat golongan pelapis pimpinan masa hadapan
agar sama-sama menyuarakan ketidakpuasan hati
kita terhadap isu sensitif ini agar ianya
sebagai petunjuk kepada puak pelampau bahawa
golongan muda yang ada ketika ini sebenarnya
tidak akan tunduk diam jika hak serta
kepentingan agama mereka dicabuli serta
dipersoalkan sesuka hati oleh mana2
pihak..ALLAHUAKHBAR!!


Pendapat Pengerusi Gerakan Belia 4B Cawangan Kampung Pertama:-


Adalah malang isu ini telah berlaku di negara kita yang dikata negara Islam dan contoh kepada negara Islam diluar sana. Jika isu ini tidak dapat diselesaikan dengan segera, ia mampu memberi kesan kepada keamanan dan kemakmuran yang kecapi oleh negara kita selama ini, yang dibimbangi akan ada kewujudan gerakan-gerakan atau perhimpunan-perhimpunan bantahan dan demi2 bantahan dari kecil-kecil kepada lebih besar atau perhimpunan perdana yang lebih agresif jika perkara ini tidak diselesai segera dengan bijaksana dan kemungkinan besar akan terjadi kecelakaan kepada negara yang kita yang dicintai.

Diharapkan kerajaan kita,para-para belia muslim dan NGO-NGO yang berlabel Islam di negara ini bermain peranan yang penting dan berkesan untuk menidakkan penggunaan nama'Allah' untuk majalah minggu Herald Tribune, kerana dari jangka masa pendek dan panjang kesannya adalah sama akan terjadinya kehancuran umat Islam dibumi Malaysia ini. Kerana perpecahan/kelemahan umat Islam dinegara kita adalah penyebab kepada wujudnya isu ini. Maka bersatulah umat Islam dibumi ini demi akidah2 anak2 pewaris agama yang mulia ini. Bersatu kita teguh, bercerai kita pasti roboh.

Doa saya adalah jadikan isu penggunaan nama 'Allah' oleh pihak tertentu (non-muslim) sebagai penyatuan umat Islam dinegara ini. Amin.
Pendapat Pengerusi Gerakan Belia 4B Cawangan Padang Ibu:-

Sebagai orang Islam, tiada kompromi (tolak ansur) pada penggunaan nama ALLAH sebab ugama lain tidak layak menggunakan nama ALLAH. Belia 4B Cawangan Padang Ibu menjadi kewajibpan untuk terus mengekalkan dan mempertahankan penggunaan nama ALLAH hanya untuk orang2 Islam sahaja.

Note: Kepada sesiapa dari parlimen Permatang Pauh yang ingin memberi pendapat dialu-alukan..sila beri pendapat anda didalam ruang 'comment' dan komen anda akan dikemaskini didalam lampiran ini.
Terima Kasih atas kesudian anda.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts