Followers

Thursday, January 7, 2010

Aktiviti GB4B Permatang Pauh dalam akhbar Sinar Harian


Kursus Pengurusan Jenazah anjuran GB4B Tanah liat ini merupakan program yang cukup baik dan boleh mewujudkan palapis dari generasi muda pada masa akan datang . Penyelaras program ,Sdr Hilmi Elias yang juga Setiausaha GB4B Permatang Pauh menyatakan tujuan program ini bagi mendekatkan belia dengam masjid .

Selain itu, kursus secara percuma ini juga amat berguna sebagai pendedahan awal kepada belia dalam aspek pengurusan jenazah supaya mereka boleh sama-sama membantu golongan yang berpengalaman jika berlaku kematian di kampung masing2.

Menurutnya lagi, kursus ini juga boleh mendidik belia untuk mendekatkan diri dengan aktiviti keagamaan . Sebelum ini ramai yang beranggapan belia di Permatang Pauh kurang berminat dengan aktivit agama . Justeru itu, dengan pengajuran program ini , ia mampu membuktikan bahawa persepsi masyarakat terhadap belia adalah tidak tepat kerana kini golongan belia sudah berminat dengan aktiviti keagamaan seperti ini .

Syabas diucapkan kepada GB4B Tanah Liat !!

" Belia sebenarnya mempunyai potensi ,tetapi mereka perlu bimbingan "




Unit Media GB4B Permatang Pauh

Masjid Hj Saad , Tanah Liat .

No comments:

Post a Comment

Popular Posts