Followers

Wednesday, January 6, 2010

Norol Azali guna kabel PM untuk merebut Presiden MBM


n
Presiden Majlis Belia Pahang, Norol Azali Sulaiman disebut-sebut bakal dipilih sebagai presiden baru Majlis Belia Malaysia (MBM) pada pemilihan pertubuhan belia itu minggu ini, menggantikan Datuk Shamsul Anwar Nasarah.

Difahamkan, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri 'merestui' pemilihan Norol Azali dan pada masa yang sama mengharapkan 300 perwakilan menolak Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang turut berhasrat merebut jawatan itu yang disifatkan sebagai 'boleh membawa masalah besar'.
Nama Norol Azali yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guai, Pahang, muncul pada saat-saat akhir menjelang penamaan calon yang dijadualkan esok dan Jumaat ini, setelah sebelum ini hanya dua calon disebut-sebut merebut jawatan berkenaan iaitu Presiden Majlis Belia Pulau Pinang, Mohamed Maliki Mohamed Rapiee dan bekas Presiden Penaja Gerakan Belia 4B, Shukor Mohd. Yusof.

Bagaimanapun usaha-usaha bagi memastikan tidak berlaku pertandingan bagi merebut jawatan Persiden MBM itu sedang dijalankan sebaliknya semua calon terlibat diminta berkompromi memberi laluan kepada Norol Azali.

Ini memandangkan sebelum ini sudah kedengaran berlakunya perpecahan dalam MBM untuk pemilihan Ahli Jawatankuasa Kerja sesi 2010-2013, apabila Mohamed Maliki dan Shukor yang dikenali sebagai dua 'orang kuat' MBM mahu berentap merebut jalan itu.

Tambah menimbulkan kebimbangan apabila Reezal Merican yang juga bekas Setiausaha Politik Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan kini bergelar 'Datuk Seri' dalam usia belum mencecah 40 tahun, turut berhasrat merebut jawatan berkenaan.

Norol Azali, 38, yang juga merupakan Ketua Eksekutif Persatuan Francais Malaysia (MFA) dan beliau pernah mengacarakan program Selamat Pagi Malaysia kelolaan Radio Televisyen Malaysia (RTM) selain menjadi Timbalan Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Pahang.

Lepasan Ijazah Sarjana Pengurusan dan Perniagaan dari Universiti Utara Malaysia (UUM) ini juga bergiat aktif dalam politik kampus apabila memegang jawatan Timbalan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) universiti tersebut 15 tahun lalu.

Beliau dilihat sebagai antara mereka yang boleh ditonjolkan untuk menjadi pemimpin pelapis dan perlu diketengahkan dalam politik arus perdana dalam tempoh beberapa tahun lagi.

Sebelum ini Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Jais Abdul Karim berharap Mohamed Maliki dan Shukor dapat mencapai kata sepakat agar tidak berlaku pertandingan dalam pemilihan kali ini.

"Kedua-duanya merupakan pemimpin yang hebat. Sayang sekali jika salah seorang daripada mereka tewas lalu bertindak menjauhkan diri daripada perjuangan belia Malaysia yang kian berkembang.

"Saya ada menghubungi mereka dan berpendapat kesepakatan itu bukanlah sesuatu yang mustahil. GPMS selaku badan gabungan MBM sedia mengambil tanggungjawab sebagai orang tengah bagi menemukan kedua-dua mereka agar berlaku perbincangan dalam suasana muhibah," katanya.

Perdana Menteri akan merasmikan Mesyuarat Agung MBM malam ini.

sumber : malaysian instinct

No comments:

Post a Comment

Popular Posts