Tahniah kepada Juara Kejohanan Liga Futsal edisi 2009/2010

belia Kg Pdg Temusu
ucapan oleh En Ishak , Pengerus GDW Kg Pdg Temusu
ucapan oleh Ketua Pemuda UMNO Prmtg Pauh
Sdr Mohd Zaidi Bin Hj Mohd Said
penyampaian hadiah kepada peserta
penyampaian sijil penghargaan kepada
waris Arwah Tn Hj Malik Sharif
Pada 19 June 2010 lepas, satu majlis penyampaian hadiah Kejohanan Liga Futsal Piala Hj Malik Edisi 2009 / 2010 telah diadakan di Dewan GDW Kg Padang Temusu . Kejohanan ini dianjurkan oleh GB4B Kg Pdg Temusu yang diketuai oleh Sdr Akmal Anas Bin Malik dan mendapat penyertaaan 4 pasukan dari belia Kg Pdg Temusu .
Kejohanan Futsal ini berlangsung selama 6 bulan dan ia mengikut format secara liga dan diadakan di Bola Bola Futsal di Mak Mandin . Majlis penyampaian hadiah kepada peserta disampaikan oleh penyumbang piala kejohanan iaitu Ketua Pemuda UMNO Permatang Pauh , Sdr Mohd Zaidi Bin Hj Mohd Said . Turut hadir sama ke majlis ini ialah Pengerusi GB4B Prmtg Pauh ,Sdr Amiruddin Hj Abd Hamid .
Syabas dan tahniah kepada GB4B Kg Pdg Temusu !!
Unit Media GB4B Prmtg Pauh
Kg Pdg Temusu