|
| |
Kuala Lumpur, 18 Mac 2010 - Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) merupakan salah satu program yang berjaya dalam mendidik serta melatih remaja lepasan SPM dalam menyiapkan diri dengan prinsip kenegaraan. Namun, ada segelintir bekas pelatih yang tamat latihan PLKN masih lagi mencari arah dalam menempatkan diri mereka ke dalam masyarakat. Melihat akan perkara tersebut, MBM mengambil inisiatif untuk mengadakan pertemuan dengan Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) bagi membincangkan beberapa program bersama. Delegasi MBM seramai 8 orang ini diketuai sendiri oleh Presiden MBM, Sdr. Mohamed Maliki Mohamed Rapiee telah mengadakan kunjung hormat ke pejabat Ketua Pengarah JLKN. |
No comments:
Post a Comment