Followers

Wednesday, March 10, 2010

NGO belia pertikai isu perlantikan Pengerusi PUZ PP


PULAU PINANG 9 Mac - Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) menyifatkan cadangan kerajaan negeri untuk melantik Timbalan Ketua Menteri I, Mansor Othman sebagai Pengerusi Pusat Urus Zakat (PUZ) mempunyai matlamat tersirat.
Presidennya, Jais Abd. Karim berkata, beliau percaya cadangan tersebut dibuat bagi membolehkan kerajaan negeri menguasai wang zakat dari institusi itu untuk digunakan bagi kepentingan kerajaan negeri dan parti-parti politik tertentu.
Beliau menambah, jika cadangan berkenaan berhasil, ia sudah tentu akan menyukarkan pentadbiran PUZ kerana sudah menjadi tradisi sejak penubuhannya, jawatan itu diperuntukkan untuk individu yang dilantik sebagai Pengerusi Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP).
"Kalau orang lain pegang, saya rasa akan berlaku satu percanggahan yang besar dari segi pentadbiran antara kedua-dua institusi yang selama ini mampu menjalankan tugas dengan baik untuk kepentingan umat Islam.
"Namun, kerana ada agenda tersendiri, kerajaan negeri sanggup membuat tindakan sembarangan dengan bercadang menempatkan Mansor sebagai Pengerusi PUZ," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Sehingga kini, MAIPP masih belum membuat keputusan mengenai siapa yang akan menerajui PUZ.
Yang Dipertua MAIPP, Ellias Zakaria berkata, perkara itu masih pada peringkat perbincangan dengan beberapa pihak.
Menurut Jais, PUZ merupakan sebuah institusi yang dijadikan sebagai pusat untuk pelbagai pihak membayar zakat dan wang itu kemudiannya disalurkan kepada mereka yang layak termasuk orang miskin.
"Tidak sepatutnya perkara ini terjadi kerana kita takut, wang zakat yang sepatutnya diperuntukkan untuk golongan yang layak disalurkan kepada pihak lain," katanya.
PUZ yang ditubuhkan pada 1994 merupakan organisasi di bawah MAIPP dan mampu memungut kutipan zakat sekitar RM50 juta setahun.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts