Followers

Monday, February 25, 2013

Sembang Santai Belia P.Pinang bersama YB Shabery Chik




Satu Majlis Sembang Santai Belia Bersama YB Dato Sri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Belia dan Sukan malaysia telah diadakan pada 21 Februari 2013 bertempat di Route 69, Bandar Baru Perda, Bukit Mertajam jam 9.00 malam. Seramai 200 orang belia setempat khususnya dari Parlimen Permatang Pauh telah hadir dan beramah mesra dengan YB Menteri Belia dan Sukan.

Tidak ketinggalan pemimpin-pemimpin belia peringkat kawasan, daerah dan negeri turut sama memeriahkan majlis tersebut. Di dalam Majlis tersebut beberapa permasalahan belia setempat telah dibangkit kepada YB Menteri.

 Rata-rata belia-belia yang hadir berpuashati dengan maklumbalas yang diberikan oleh YB Menteri. Kesudian YB Menteri beramah mesra bersama belia-belia dan sanggup turun padang di Parlimen Permatang Pauh mendapat perhargaan dan pujian pemimpin-pemimpin setempat yang turut hadir termasuk Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid dan Timbalan Pengerusi Pehubungan UMNO Negeri Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir yang juga Ketua UMNO Bahagian Bukit Mertajam.

 Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang, En. Zakaria Bin Kasa, Sdr. Fauzi Shariff, Ketua Pemuda UMNO Bukit Mertajam dan Sdr. Wahid Osman, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Batu Kawan.- SGB-



SGB5




SGB2




SGB1



SGB6



SGB4



SGB3

SGB7


Monday, February 4, 2013

80 % pertubuhan belia tak aktif , boleh digantung - Shabery




PUTRAJAYA — Sebanyak 80 peratus atau 3,796 daripada lebih 4,000 pertubuhan belia tunggal di negara ini berpotensi untuk digantung atau dibatalkan kerana tidak aktif, kata Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Katanya, mereka yang tidak bernaung di bawah mana-mana pertubuhan belia yang lebih kukuh misalnya di bawah Majlis Belia Malaysia, turut gagal mengemukakan penyata tahunan kepada Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia.
Menurutnya, kebanyakan pertubuhan itu berkemungkinan ditubuhkan kerana ingin mengikut trend tanpa matlamat tertentu atau berharap untuk mendapat peruntukan secara automatik.
"Sebab itu kita rasa persatuan belia ini mesti mengemaskinikan kaedah-kaedah mereka secara inovatif dan dalam masa yang sama mereka juga mesti mengembangkan bukan sahaja nama mereka tetapi penjenamaan nama mereka mesti dibesarkan dan dikemaskini tujuannya (penubuhan)," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata, antara faktor yang menentukan kejayaan penubuhan sesuatu pertubuhan itu ialah pentadbiran, kepimpinan, wawasan, perancangan, pembahagian tugas, peruntukan kewangan, sokongan masyarakat dan semangat kesukarelawan.— BERNAMA

Popular Posts